Halaman

Jumaat, 13 Jun 2014

PAS kecam Syed Mokhtar : mengapa Melayu 'nak bunuh' Melayu ? - Syed Ali

"Mengapa Melayu 'nak bunuh' Melayu", itu kenyataan keras Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee terhadap mereka yang berterusan menyerang Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

Sebaliknya tegas beliau, orang Melayu perlu berasa bangga kerana ada seorang Melayu seperti Syed Mokhtar yang berjaya memecah menopoli perniagaan daripada bukan Melayu.

"Kita sepatutnya berbangga kerana ada orang Melayu yang tersenarai sebagai salah seorang yang terkaya di Malaysia dan juga di Asia," ujarnya.

Tetapi katanya, kejayaan dan kekayaan Syed Mokhtar yang juga Pengerusi Kumpulan Albukhary cuba 'dibunuh' oleh pemimpin politik Melayu.

"Sungguh menyedihkan, pemimpin PAS menyerang Syed Mokhtar dengan tuduhan dan andaian tidak berasas.

Menyifatkan perbuatan tersebut sebagai khianat, beliau menegaskan pemimpin PAS tidak perlu berasa cemburu dengan kejayaan taikon perniagaan Melayu itu.

Beliau mengulas tindakan beberapa Ahli Parlimen PAS yang menyerang Syed Mokhtar dalam sidang Dewan Rakyat kelmarin.

Tambah Syed Ali, pemimpin PAS sepatutnya menjadikan kejayaan Syed Mokhtar sebagai contoh kejayaan usahawan Melayu.

"Pemimpin PAS adalah orang Melayu, sepatutnya mereka mempertahankan Syed Mokhtar," katanya.

Sebaliknya kata beliau, pemimpin PAS tidak berani mengkritik syarikat-syarikat besar milik bukan Melayu yang berlaku tidak adil terhadap kepentingan rakyat di negara ini.

"Mengapa mereka diam, sebaliknya sengaja 'nak bunuh' tokoh perniagaan Melayu seperti Syed Mokhtar," ujarnya lagi.

Dalam perbahasan Rang Undang-Undang Institusi Pengajian Tinggi Swasta (Pindaan) 2014 di Parlimen kelmarin, dua wakil rakyat PAS, Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena) dan Khalid Abdul Samad (Shah Alam) menyerang Syed Mokhtar dengan pelbagai tohmohan dan tuduhan tidak berasas.

Menurut Syed Ali, kecaman dan tohmohan pemimpin PAS itu menunjukkan mereka sakit hati terhadap kejayaan Syed Mokhtar.

"Pemimpin PAS sepatutnya memberikan idea yang baik bagaimana untuk melahirkan lebih ramai lagi orang Melayu seperti Syed Mokhtar," katanya.




5 ulasan:

  1. Dua-dua mangkuk hayun PAS tu mmg tak boleh pakai..dua2 mangkuk tu BUKAN MELAYU...BUKAN SAMA SEKALI.. tp merupakan paria..barua DAPigs...Sekoq Mr. Bean Mampus dan sekoq lagi Penyangjung kristian mmg la diorg tu sakit hati dengan kejayaan Melayu....dasar mangkuk....

    BalasPadam
  2. macam tu lah perangai melayu.....

    BalasPadam
  3. perangai orang melayu sejak dari azali.....lagi.

    BalasPadam
  4. Bodoh pemimpin melayu ni,dh jadi anjing cina..

    BalasPadam
  5. Mahfuz dan khalid samad, 2 melayu yg sgt bodoh dan bebal sehingga lupa bahawa yg dikhianati adalah bangsanya sendiri. Iblis menang dalam diri 2 makhluk ini.

    BalasPadam