DATUK Seri
Syed Ali Alhabshee mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap portal
berita termasuk laman-laman sosial yang menjurus penyiaran mereka kepada unsur fitnah dan hasutan.
Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menegaskan, sudah sampai masanya
pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan
Multi Media (SKMM) bertegas dalam isu tersebut.
“Saya kesal kerana tindakan teragak-agak pihak berkuasa menangani
isu berkenaan menyebabkan portal berita khususnya pro-pembangkang seperti Malaysiakini.com semakin berani menyiarkan
laporan berbentuk fitnah, hasutan dan provokasi yang boleh menjejaskan
ketenteranman awam,” tegasnya.
Beliau berkata, selagi pihak berkuasa berlembut dan memandang
ringan terhadap penyaluran maklumat palsu dan berbau fitnah yang dilakukan oleh portal berita dan laman-laman sosial, perbuatan seperti itu akan terus berleluasa.
Tambah beliau lagi, akibat ketidaktegasan pihak berkuasa juga
memberi ruang kepada parti-parti pembangkang mengeksploitasikan sesuatu isu
sehingga mencetusan keresahan dan kekeliruan rakyat.
Beliau menjelaskan, Malaysia bersikap terbuka terhadap pengamal
media tetapi dalam masa yang sama perlu berkeras terhadap mana-mana pihak yang
sengaja menyalur atau menyebarkan maklamt palsu dan berniat jahat terhadap kestabilan
negara ini.
“Isu portal berita seperti Malaysiakini dan laman-laman sosial menyerang kerajaan
secara terbuka sudah lama berlaku dan sehingga kini tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa dilihat
kurang berkesan,” tegasnya.
Beliau mengulas tindakan Datuk Seri Najib Razak dan UMNO mengancam
mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysiakini ekoran penyiaran dua artikel mengumpulkan pandangan pembaca dalam
isu krisis Terengganu baru-baru ini.
Menurut Syed Ali, tindakan yang dilakukan oleh Najib dan UMNO
terhadap portal berita pro-pembangkang itu sememang wajar kerana tindak-tanduknya
sudah keterlaluan.
“Malaysiakini sudah lama
memutarbelitkan isu, lakukan provokasi dan menyebarkan fitnah bagi menjayakan
agenda pembangkang untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Najib selaku Perdana
Menteri,” tegasnya.
Beliau bagaimanapun kesal kerana pihak berkuasa khususnya SKMM dan
polis sepatutnya lebih dahulu mengesan agenda penyiaran pendapat oleh Malaysiakini berhubung isu politik di
Terengganu baru-baru ini.
Dalam notis tuntutan yang diserahkan petang semalam, tetuan Hafarizam Wan &
Aisha Mubarak yang mewakili UMNO dan Najib, atas kapasiti peribadinya, mendakwa
dua artikel yang disiarkan pada 14 Mei lalu mengandungi kata-kata fitnah jahat
pada anak guamnya.
Peguam Datuk Muhd Hafarizam Harun merujuk dua artikel bertajuk“A case
of the PM reaping what he sows” and “How
much will Najib spend to keep Terengganu?”.
Katanya, komen daripada tujuh pembaca dalam artikel itu antaranya menggambarkan
UMNO sebuah parti politik tidak berintegriti, rasis, tidak mengambil berat pada
bangsa lain, tidak mempunyai moral yang baik serta tidak berkaliber.
“Segala tuduhan yang dibuat oleh pengguna-pengguna di laman web
Malaysiakini.com adalah tidak berasas sama sekali, tanpa sebarang bukti yang
kukuh dan adalah amat serius dengan niat jahat (mala fide) untuk memburukkan dan merosakkan reputasi dan imej anak-anak
guam kami.
“Ia antara lain juga bertujuan menjatuhkan dan merendahkan maruah dan
kredibiliti anak-anak guam kami selaku tulang belakang kerajaan BN yang
mentadbir negara Malaysia dan mempunyai imej awam yang baik,” menurut notis
itu.
Najib dan UMNO menuntut permohonan maaf tidak bersyarat daripada Malaysiakini, menerbitkan penarikan balik artikel itu dan menyediakan akujanji
bertulis tidak akan mengeluarkan lagi kenyataan serupa dalam tempoh 48 jam.
Malaysiakini juga dituntut membayar ganti
rugi untuk kerosakan reputasi yang teruk, termasuk kos dan perbelanjaan.
Jika tiada maklum balas dalam tempoh itu, prosiding mahkamah akan diteruskan
terhadap portal itu.
kalau setakat nak follow stail menteri amaran dalam negeri, baik tak payah.
BalasPadamkalau nak saman, saman sajalah.. nak org mintak maaf buat apa..ptuih!