Oleh sebab itu tegas beliau, tidak wajar mana-mana pihak khususnya di kalangan pemimpin parti menunding jari kepada Tengku Adnan.
"Tengku Adnan tidak mencampuri urusan politk di Terengganu, beliau hanya menjalakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh presiden parti," ujarnya.
Katanya lagi, Tengku Adnan juga hanya memaklumkan berhubung pertukaran Menteri Besar setelah mengadakan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin UMNO negeri berkenaan.
Syed Ali kesal kerana sesetengah pihak menyalahkan Tengku Adnan bersabit perletakan jawatan Datuk Seri Ahamd Said sebagai Menteri Besar.
Berdasarkan senario dan kemelut yang berlaku itu, beliau tidak menolak kemungkinan ada pihak mengambil kesempatan itu untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presdiden UMNO dan Perdana Menteri.
"Mungkin ada gerakan untuk untuk jatuhkan Najib dengan menjadikan Tengku Adnan sebagai kambing hitam disebalik kemelut politik di Terengganu,"tegasnya.
Beliau menjelaskan, apabila ada pihak yang menunding jari kepada Tengku Adnan bermakna mereka mempertikaikan keputusan pucuk pimpinan parti.
"Tengku Adnan menjalankan tugas manakala Najib pula menunaikan tanggungjawab dan kewajipan demi mengukuhkan parti sejajar dengan transformasi politik yang dilakukannya," tegas beliau.
Walaupun krisis politik di Terengganu telah berakhir, Syed Ali tidak menolak kemungkinan masih ada pihak yang tidak berpuashati terhadap keputusan yang dibuat oleh Najib.
Beliau menjelaskan, Ahmad Said sepatutnya bersikap lebih profesional sebagai pemimpin UMNO yang berpengalaman dengan tidak mengemukakan alasan yang boleh dipertikaikan umum.
Kata beliau, persefahaman berdasarkan perjanjian untuk beliau meletakkan jawatan selepas setahun sebagai Menteri Besar daripada tarikh Pilihan Raya Umum (PRI) ke-13 sewajarnya dipatuhi.
"Apabila perjanjian telah disepakati semua pihak termasuk pucuk pimpinan, maka tidak timbul bahawa Ahmad Said dipaksa oleh Najib supaya melepaskan jawatan Menteri Besar," jelasnya.
Sebagai pemimpin UMNO katanya, bekas Menteri Besar Terengganu itu sepatutnya akur dan patuh kepada perjanjian tersebut.
Menurut Syed Ali lagi, tindakan Ahmad Said keluar daripada parti walaupun hanya dalam tempoh lebih kurang 48 jam tetapi kesannya amat besar kepada intergriti UMNO.
"Tindakan tidak bertanggungjawab itu memungkinkan akan memberi keuntungan besar kepada pihak pembangakang di Terengganu," tegasnya.
Malah kata beliau, memberi sebab tarikh perkahwinan anaknya sebagai alasan yang tidak rasional dan memalukan.
"Ahamd Said tidak sewajarnya merajuk dan menunjukkan protes beliau secara terbuka kepada Najib dengan bertindak keluar parti,"tegasnya.
"Jika beliau tidak menghormati Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri,sudah tentu akan memberi persepsi negatif kepada ahli-ahli UMNO,sepatutnya dia tunjukkan teladan baik dan bersikap terbuka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan