KETUA
Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed
Ali Alhabshee menyifatkan wakil rakyat pembangkang sebagai tidak cerdik
apabila mempersoalkan lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin ke Dubai.
Menurut beliau, sikap
‘kebodohan’ wakil rakyat berkenaan membuktikan mereka tidak layak berada di
Dewan Rakyat.
Sepatutnya kata beliau,
sebagai Ahli Parlimen mereka lebih memahami tujuan lawatan tersebut.
Katanya, lawatan Timbalan
Perdana Menteri bagi menjalin hubungan
dua hala yang boleh memberi banyak manfaat kepada negara ini.
“Lawatan Muhyiddin atas
urusan negara, bukannya makan angin,” tegas.
Tambah Syed Ali, hubungan Malaysia
dengan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bakal meneroka banyak peluang terutama dalam
sektor pendidikan.
“Amat memalukan apabila
Ahli Parlimen tidak memahami tujuan lawatan pemimpin kerajaan ke luar negara,”
ujarnya.
Tambah beliau, mereka perlu faham tujuan
lawatan tersebut dan hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara terbabit.
“Tetapi kerana kebodohan
mereka, segalanya dipolitikkan,” tegasnya.
Beliau mengulas tindakan
Ahli Parlimen pembangkang, Steven Sim (Bukit Mertajam) dan Zairil Khir Johari
(Bukit Bendera) yang mempersoalkan lawatan Muhyiddin ke Dubai.
Mereka mendakwa tugas rasmi
Muhyiddin hanya antara jam 10 pagi hingga 1 petang dan turut mempersoalkan siapa
yang membiayai perjalanan tersebut dengan menggunakan pesawat khas.
Menurut Syed Ali lagi,
selain acara rasmi yang diatur oleh pihak berkenaan kebiasaannya pemimpin
negara juga mempunyai acara sampingan termasuk riadah dan jamuan makan.
“Walapun beriadah seperti bermain golf, tetapi
kesempatan tersebut diguna untuk membincangkan
beberapa perkara secara tidak formal termasuk dengan sektor bukan
kerajaan,” ujarnya.
“Ini yang Ahli Parlimen pembangkang tak faham,
mungkin kerana mentaliti sempit sehingga
menyerlahkan sikap kebodohan mereka,” tegasnya.
Syed Ali turut memberikan
contoh mengenai lawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ke luar negara
sebagai tidak memberi manfaat.
Katanya, wakil rakyat
pembangkang sepatutnya bertanya kepada
Guan Eng apakah tujuan lawatan beliau ke luar negara.
“Kenapa wakil rakyat
pembangkang tidak mempersoalkan lawatan Guan Eng, contohnya seperti ke China
atau sebagainya,” katanya.
“Kalau mereka boleh bertanya
soalan bodoh berhubung lawatan Muhyiddin ke Dubai, mereka juga boleh bertanya
soalan yang sama kepada Guan Eng.
Wakil
Rakyat DAP bawa bayi ke sidang Parlimen
Dalam perkembangan lain,
Syed Ali berkata tindakan lima orang wakil rakyat DAP membawa anak kecil ke Parlimen semalam sebagai satu lagi perbuatan
tidak masuk akal.
“Ini satu lagi perbuatan
bodoh wakil rakyat DAP, sengaja cari publisiti murahan,” katanya.
Beliau berkata, tidak pernah
berlaku dalam sejarah persidangan Dewan Rakyat dicemari perbuatan bodoh
dengan membawa anak kecil menyertai sidang tersebut.
“Ini bukan lagi satu
tindakan bodoh tetapi secara jelas menghina kemuliaan Dewan Rakyat, institusi tertinggi
dalam sistem demokrasi di negara ini,” tegasnya.
Beliau mengecam keras
perbuatan tersebut yang disifatkannya sebagai sengaja dirancang untuk menarik
perhatian umum.
Bagaimanapun Syed Ali
mempersoalkan bagaimana pengawal keselamatan boleh memberikan kebenaran kepada
wakil rakyat pembangkang membawa masuk anak mereka.
Tambah menjelekkan kata
beliau, wakil rakyat DAP itu kemudiaannya mengadakan sidang media bersama bayi
mereka.
“Mengapa bayi kecil itu diperalatkan
untuk agenda politik mereka dan pihak Parlimen pula membenarkan mereka masuk,
ini yang menghairankan orang ramai,” ujarnya.
Sepatutnya kata beliau,
peraturan dan etika menghadiri persidangan Dewan Rakyat termasuk Dewan Negara
diguna pakai bagi membendung salah laku ahlinya.
“Ini yang saya tak faham,
kenapa kawalan keselamatan begitu longgar, boleh benarkan bayi masuk dewan,”
tegas Syed Ali, yang peranh dilantik sebagai Senator selama dua penggal.
Beliau bimbang tindakan ‘beri
muka’ kepada wakil rakyat pembangkang akhirnya akan menjadikan Parlimen sebagai
pasar borong.
“Hari ini mereka bawa
bayi, esok lusa mereka akan bawa masuk nenek moyang mereka ke dalam Parlimen
sebab tak ada siapa yang nak halang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan