
PENGUNDI pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini dinasihatkan tidak terpedaya dengan calon boneka PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Kata beliau, tidak ada gunannya pengundi memberikan kemenangan kepada calon boneka tersebut kerana beliau tidak berkemampuan untuk membawa sebarang perubahan kepada pengundi.
"Pembangkang hanya tahu berjanji dan memberikan pelbagai harapan kepada pengundi, tetapi tidak berkemampuan untuk melaksanakannya, tidak sepertimana yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN)," tegasnya.
Secara logiknya juga kata beliau, calon berkenaan tentunya sibuk mengurus masalah suaminya yang telah dijatuhkan hukumkan penjara lima tahun daripada memberikan perkhidmatan kepada rakyat.
Sebaga calon boneka PKR kata Syed Ali, Wan Azizah tidak mempunyai prinsip perjuangan yang jelas untuk menjaga kepentingan pengundi.
"Saya berani cabar PKR, tunjukkan rekod perkhidmatan cemerlang Wan Azziah selama ini kepada rakyat?
Katanya lagi, selama memegang jawatan Presiden PKR Wan Azizah tidak berani untuk membuat sebarang keputusan parti kerana semuanya di kawal oleh Anwar.
"Jadi, orang seperti ini sebenarnya tidak layak dan tidak sepatutnya diberikan kemenangan sebagai wakil rakyat pada PRK DUN Kajang," tegasnya.
Beliau juga menyebut contoh betapa Wan Azizah merupakan pemimpin politik yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan kerjaya politk Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Wan Azizah hanya tahu menjaga kepentingan politk Anwar, masalah rakyat diketepikan sepertimana pernah berlaku di Parlimen Permatang Pauh," tegasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali menyelar wakil rakyat pembangkang yang menuduh hukuman yang dikenakan terhadap Anwar kerana ada campur tangan pihak tertentu.
Dakwaan itu kata beliau, sebagai tidak berasas dan bertujuan untuk memberi gambaran kepada umum kononnya Anwar bersih daripada meliwat.
"Mahkamah telah membuat keputsuan dan beliau masih ada ruang untuk mengemukakan rayuan, jadi tak perlulah untuk buat tuduhan secara melulu," ujarnya.
Tambah beliau lagi, sistem kehakiman di negara ini tetap akan dianggap sebagai tidak adil jika apa jua keputusan tidak memberi kepuasaan kepada pemimpin parti pembangkang.
Bapak munafik ini sememangnya merupakan seorang lelaki anugerah syaitan yang tegar meliwat. Memalukan umat manusia sahaja. Paling terpalit ialah kita penghuni bumi Malaysia ini. Sehingga bermacam musibah telah melanda Negara tercinta ini. Udara menjadi Racun, Air menjadi kritikal, pengangkutan Awam menjadi medan misteri. Menjatuhkan dan menghapuskan pengaruh Nuar Jubo adalah satu jihad buat sekalian umat Islam.
BalasPadamKepada pengundi Kajang yang bukan melayu terutamanya kaum Cina dan India, cukuplah bermimpi seperti apa yang Anwar janjikan seperti akan mengubah perlembagaan persekutuan agar hak-hak orang melayu dihapuskan, kebebasan berugama kepada melayu islam, akan menyokong LGBT dsb. Sedarlah dari angan-angan. Baliklah kepada sedia kala. Apa yang Anwar janji itu tak mungkin terjadi.Tak usahlah pertikaikan hak-hak orang bumiputra. Sesungguhnya bila orang-orang melayu bahagia, orang bukan melayu semestinya akan turut bahagia. Tak perlu kita bahagia seperti negara-negara lain. Kita ada cara sendiri kerana negara kita adalah berbilang kaum. Berbaliklah 50 tahun dulu bagaimana kita hidup bersama di Malaysia aman dan damai.
BalasPadamAnwar akan ke penjara. Sekiranya ada lagi klon seperti Anwar dan mencanang janji yang sama, lupakan sajalah manusia itu.