Halaman

Selasa, 11 Mac 2014

Tarik balik Konsensus Nasional ; Anwar contoh pemimpin politik paling tidak ikhlas – Syed Ali

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai contoh pemimpin politik paling tidak ikhlas dan tidak boleh dipercayai.

Beliau mendakwa, Anwar hanya mengutamakan kepentingan politik peribadi daripada agenda nasional.

Katanya, ini berikutan tindakan Anwar menarik balik tawaran Konsensus Nasional yang pernah dihulurkan kepada Barisan Nasional (BN) berikutan keputusun Mahkamah Rayuan tidak memihak kepadanya dalam kes liwat 2, Jumaat lalu.

Sebelum ini Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengajak BN berdialog bagi mencapai Konsensus Nasional antaranya bagi mengatasi masalah perpaduan dan kebencian antara agama.

“Apabila mahkamah memutuskan belia bersalah dalam kes liwat, beliau menarik tawaran tersebut, ini jelas menunjukkan Anwar mempunyai agenda peribadi disebalik cadangan konsensus tersebut,” tegasnya.

Jika Anwar jujur dan ikhlas kata beliau, konsensus tersebut masih boleh diteruskan menerusi pembabitan pemimpin pembangkang dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Usaha itu sepatutnya diteruskan walaupun Anwar disabitkan salah oleh Mahkamah Rayuan.

Dalam ceramah pada Majlis Keusahawanan di Kajang malam (Isnin) tadi, Anwar mengumumkan menarik balik tawaran Konsensus Nasional dengan BN.

“Sekarang sudah tiada lagi dialog. Tiada lagi Konsensus Nasional. Kita lawan ! Kerana apa (kerana mereka) biadab!, Anwar dipetik sebagai berkata.

Beliau turut mengisytiharkan ‘perang dasar’ terhadap pemimpin BN yang didakwa menyalahgunakan kuasa dan badan kehakiman telah diperalatkan.

Ceramah tersebut dilihat sebagai kempen politik  menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, 23 Mac ini.

Dalam ceramah berkenaan, Anwar turut mendakwa panel hakim yang mendengar kesnya tidak memperdulikan fakta sebaliknya hanya bersetuju dengan hujah peguam pihak pendakwaan, Tan Sri Shafee Abdullah.

Mengulas lanjut, Syed Ali berkata sebelum ini Anwar yang dilihat bersungguh-sungguh mahu mengadakan dialog dengan pemimpin BN.

Beliau tidak menolak cadangan Anwar itu setelah menyedari banyak kesilapan dilakukan pembangkang terutama membabitkan isu perpaduan nasional.

Malah kata beliau, Anwar juga yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun razak supaya menyertai Konsensus Nasioanal.

“Apabila pemimpn BN termasuk Najib memberikan reaksi positif terhadap cadangan tersebut, tiba-tiba Anwar pula tarik balik cadangan tersebut kerana kes liwatnya, inilah pemimpin putar belit dan cakap tidak serupa bikin,” tegasnya.

Tambah beliau lagi, pembangkang terutama Anwar yang bertanggungjawab terhadap penganjuran perpecahan di kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

“Sebenarnya beliau adalah dalang dan petualang disebalik keresahan masyarakat awam, berikutan tindakan pembangkang menganjurkan demontrasi jalanan,” ujarnya.

Katanya, sama ada konsensus tersebut diadakan atau sebaliknaya, agenda perpaduan dan intergriti kaum sentiasa diberikan perhatian utama oleh kerajaan BN.

Mengulas mengenai pertandingan satu lawan satu di DUN Kajang membabitkan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Datin Paduka Chew Mei Fun (MCA-BN), Syed Ali menjelaskan BN berpeluang untuk memenangi kerusi tersebut.

“BN tidak gentar siapa calon pembangkang, apa yang penting BN akan bekerja keras unjtuk merampas kerusi DUN Kajang daripada pembangkang,” tegasnya.
Wan Azizah kata beliau, hanya boneka dan umpan Anwar untuk meneruskan penguasaan politiknya yang semakin berkubur.


“Kerjaya politik Anwar sudah berada di pengujung jalan, dan jika mereka (pembangkang) kecuncang di DUN Kajang, maka berakhirlah episod politik Anwar,” tegasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan