Sebaliknya kata Ketua UMNO
Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, tuduhan tersebut tidak
berasas sama sekali dan cuba mencari kesalahan orang lain.
Katanya, media arus
perdana hanya melaporkan perkara yang benar terutama melibatkan perbicaraan kes
liwat beliau dengan Mohd. Saiful Bukhari.
“Media yang didakwa beliau
sebagai pro-UMNO tidak serang dengan fitnah dan maki hamun serta cercaan, itu
tanggapan Anwar,” tegasnya.
Beliau mendakwa Anwar sedang
berada dalam ketakutan kerana keputusan kes liwatnya mendapat perhatian ramai.
“Bukan perkara baru Anwar
menyalahkan media, malah dia akan tuduh UMNO rancang segala-galanya, inilah
tabiat buruk Anwar,” tegasnya.
Dalam siri bertemu
pengundi di Kajang malam tadi, Anwar yang juga Ketua Umum PKR mendakwa beliau
diserang melalui media dikuasai Barisan Nasional (BN) walaupun Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menganjurkan kempen PRK berjalan dengan
bersih.
Beliau turut menuduh
pemimpin UMNO tidak berpijak di bumi nyata apabila menganjurkan bertanding
secara ‘gentlemen’.
“Dari segi politik saya
tak ada masalah, tapi kenyataan maki hamun, cerca hukum orang disebar dalam
media UMNO,” Anwar dilaporkan sebagai berkata.
Menurut Syed Ali lagi,
Anwar sengaja meletakkan kesalahan kepada UMNO sedangkan media alternatif pro-pembangkang
lebih aggresif menyerang BN dan UMNO.
Katanya, media alternatif termasuk
portal berita dan blogger pro-pembangkang terlebih dahulu melancarkan perang
saraf terhadap UMNO bagi menghakis sokongan rakyat.
“Kumpulan ini yang dilihat begitu cenderung menyebarkan
pelbagai dakyah dan provokasi supaya rakyat membenci UMNO dan BN,” tegasnya.
Tambah beliau, apa
yang disuarakan oleh Anwar diibaratkan ‘meludah
ke langit’ kerana sebelum ini pemimpin pembangkang itu yang mengunakan media
termasuk media asing menyerang kerajaan.
Jelas beliau lagi, umum
mengetahui Anwar memburuk-burukkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak
menggunakan media Barat.
Dalam perkembangan
berkaitan, Syed Ali berkata pengakuan Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa beliau
telah menghadap Sultan Selangor memaklumkan pendiriannya tidak akan meletakkan
jawatan Menteri Besar memberi tamparan hebat kepada Anwar.
“Ini membayangkan bahawa
Khalid telah mendapat restu Sultan Selangor,” ujarnya sambil mengulangi
kenyataannya sebelum ini bahawa Anwar akan terus kempunan menagih jawatan Menteri
Besar.
Beliau berkata, Anwar
sememangnya tidak layak untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor
berdasarkan rekod peribadinya.
Pengakuan Khalid telah mengesahkan
spekulasi bahawa beliau menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah sejurus selepas
menerima surat arahan perletakan jawatan daripada PKR pada awal Februai lalu.
Khalid juga mengaku memberi
penjelasan bahawa beliau tidak berganjak daripada keputusannya untuk terus
memegang jawatan Menteri Besar Selangor kepada EXCO serta barisan
kepimpinannya.
“Saya memaklumkan kepada
Sultan Selangor dan barisan EXCO mengenai tindakan saya,” katanya dalam satu
sidang media selepas program bersama rakyat Selangor di Dewan Taman Mesra,
Kajang, hari ini, seperti yang dilaporkan oleh portal berita themalaysianinsider.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan