Beliau menegaskan, Umno sejak ditubuhkan telah berjaya menyatupadukan kekuatan politik umat Melayu disamping terus kekal sebagai tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN).
Lagipun jelas beliau, hanya Umno merupakan parti yang membela nasib dan masa depan orang Melayu jika dibandingkan dengan parti pembangkang terutamanya PAS.
Malah katanya, hasil kestabilan politik yang dibawa oleh Umno juga turut dikongsi bersama oleh rakan komponen BN termasuk MCA untuk terus mendapat sokongan kaum mereka.
"Hakikatnya, MCA dan Gerakan mendapat sokongan berterusan daripada kaum Cina, walaupun berlaku penurunan,hasil daripada kestabilan dan kekuatan politik Umno," tegasnya.
Tambah Syed Ali lagi, kekuatan Umno yang dibina hasil perjuangan orang Melayu bagaimanapun tidak pernah mengetepikan kepentingan rakan-rakannya dalam BN.
Katanya, UMNO sentiasa mengambil pendekatan bertolak ansur walaupun kadangkala rakan-rakan komponen BN menunjukkan sikap tidak ikhlas dalam menutut sesuatu kepentingan.
"Mereka juga sering menggunakan sentimen kaum dan agama untuk menguji serta mencabar Umno termasuk dalam isu hak ketuanan orang Melayu.
Sebagai bekas presiden MCA, beliau berkata seeloknya Chua berusaha menggukuh dan merapatkan lagi hubungan intergrasi antara kaum.
"Chua sepatutnya tidak menyerang UMNO dengan fakta yang tidak tepat," tegasnya.
Beliau menolak dakwaan Chua yang mendakwa pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadikan Umno semakin kuat, dan pada masa sama menjadikan sekutu Umno dalam BN 'tidak berkuasa'.
Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh portal berita pro-pembangkang, malaysiakini.com hari ini Chua dipetik sebagai berkata kerusi parlimen Melayu bertambah sejak tiga pilihan raya umum lalu,
dan ini mencetuskan kegusaran di kalangan masyarakat Cina.
"Orang Cina secara umumnya risau kerajaan Melayu yang terlalu kuat akan
menceroboh status serta hak ekonomi dan politik mereka," kata belau.
"Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan pelaksanaannya yang lemah membuatkan orang
Cina lebih risau dan hilang keyakinan kepada kerajaan," katanya lagi.
Bekas Menteri Kesihatan itu turut menjelaskan yang sebarang keputusan Majlis
Tertinggi Umno kini diguna pakai sebagai keputusan Kabinet sehingga menyebabkan
kesan buruk ke atas sekutu Umno dalam BN.
Mengulas lanjut, Syed Ali berkata tanggapan Chua bahawa Umno menceroboh kepentingan kaum Cina amat tidak tepat dan berbau rasis.
"Pentadbiran Dr Mahathir tidak pernah mengetepikan kepentingan masyarakat Cina, sebaliknya kaum tersebut terus menikmati pelbagai keistimewaan yang disalurkan oleh kerajaan BN," ujarnya.
Menurut beliau lagi, apa juga yang dibangkitkan UMNO adalah mewakili hak dan kepentingan orang Melayu.
"Tidak timbul soal keputusan MT UMNO dijadikan keputusan kabinet, mengapa Chua bangkitkan perkara ini ketika beliau sudah keluar daripada kabinet,? soal beliau lagi.
Sehubungan itu katanya, sebagai pemimpin veteran MCA, Chua sepatutnya tidak dilihat sengaja mengapi-apikan sentimen kaum sehingga boleh mencetuskan keresahan di kalangan anggota komponen BN.
Menurut Syed Ali, Chua juga sepatutnya melihat secara ikhlas mengapa sokongan pengundi Cina terhadap MCA mengalami kemerosotan paling ketara pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang lalu.
"Apakah orang Cina tidak undi MCA kerana marahkan UMNO ? tentunya tidak, sebaliknya pengundi Cina tolak MCA mungkin kerana mereka meluat dengan permainan politik dan gaya hidup pemimpin parti itu," tegasnya.
"Chua sepatutnya tanya pemimpin MCA, mengapa orang Cina tolak MCA dan sekaligus memberi kesan kepada BN, jangan salahkan Umno kerana kelemahan parti itu.
Katanya, kemerosotan undi Cina terhadap MCA berpunca daripada sikap pemimpin parti itu sendiri yang sudah gagal memberi keyakinan kepada pengundi.
"Rumah tangga mereka yang bercelaru sepatutnya diperbetulkan terlebih dahulu, bukannya tunding jari salahkan pemimpin UMNO khususnya Dr. Mahathir," ujarnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan