Halaman

Isnin, 3 Februari 2014

Peguam Negara perlu dakwa segera kes salah laku dua bekas pegawai menteri - Syed Ali

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabhsee mahu Pejabat Peguam Negara segera mengheret  ke mahkamah dua bekas pegawai menteri kabinet yang didakwa salah laku oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Katanya, kelewatan mendakwa dua bekas pegawai kepada menteri kabinet yang didakwa terbabit dengan penyelewengan RM1.1juta dikhuatiri akan menimbulkan salah tanggapan rakyat kononnya ada campur tangan politk dalam kes tersebut.
Beliau berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) difahamkan telah menahan mereka yang terbabit dan akan didakwa di mahkamah, tetapi sehingga kini Pejabat Peguam Negara tidak mengambil sebarang tindakan yang sepatutnya..
"Kita tidak mahu kerajaan dituduh melindungi mereka yang melakukan rasuah dan  penyelewengan, oleh sebab itu pihak berkenaan perlu telus dan bertanggungjawab," tegasnya.
"Dalam kes tersebut, rakyat sedang memerhati sejauhmana ketelusan Pejabat Peguam Negara," ujarnya.
Tambah Syed Ali, Pejabat Peguam Negara mesti telus dan adil melakukan pendakwaan terhadap mana-mana tertuduh sama ada datangnya daripada UMNO mahpun parti pembangkang," tegasnya.
Beliau tidak mahu kes tersebut didakwa oleh orang ramai sebagai kes terpilih kerana yang tertuduh ada kaitan dengan UMNO mahupun seorang menteri kebinet.
"Ini sudah tentu tidak adil dan menimbulkan kecurigaan orang ramai, jadi saya minta Pejabat Peguam Negara segera mengeheret kes tersebut ke mahkamah,"ujarnya lagi.
Kelewataan pendakwaan itu katanya, juga akan membrri persespsi buruk rakyat terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kita tidak mahu ada yang tuduh kerajaan melindungi orang tertentu yang dikaitkan dengan salah laku atau rasuah," tambahnya.
Beliau menegaskan, Pejabat Peguam Negara termasuk SPR juga perlu tegas dan tidak memilih bulu terhadap kes-kes berprofil tinggi atau membabitkan kepentingan parti politik bagi menjamin keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan negara ini tidak terhakis.
Sehubungan itu, Syed Ali menegaskan dua bekas pegawai menteri kabinet berkenaan perlu didakwa segera kerana membabitkan isu salah laku dan rasuah yang turut memberi kesan tidak baik kepada parti.
"Hanya seorang dua yang membawa lumpur semuanya terpalit," tegasnya sambil berkata UMNO tidak perlu melindungi mana-mana pihak yang terbukti melakukan perbuatan rasuah atau salah guna kuasa.
Katanya, intergeriti dan kredibiliti kerajaan secara tidak langsung telah dicemari oleh kes seumpama itu dan Pejabat Peguam Negara sepatutnya segera bertindak sepertimana yang disarankan pelbagai pihak.
Dua bekas pegawai menteri berkenaan didakwa terbabit dengan penyalahgunaan RM1.1 juta daripada tiga yayasan Isnin lalu tetapi sehingga kini tidak didakwa di mahkamah.
Syed Ali turut bersetuju dengan gesaan Pengerusi Panel Penasihat Konsultasi dan Pencegahan Rasuah SPRM, Datuk Johan Jaaffar yang mahukan Pejabat Peguam Negara memberikan penjelasan mengapa dua bekas pegawai kepada menteri kabinet itu tidak didakwa di mahkamah.
Panel itu  bimbang dengan spekulasi mengenai kejadian ini, kerana SPRM telah mengumumkan kepada media sebelum ini bahawa bekas pegawai itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
"Sebagai panel bebas, kami bimbang dengan perkembangan ini, kerana ia boleh menghasilkan spekulasi yang bukan-bukan di kalangan orang ramai, atau spekulasi bahawa ada campur tangan," kata Johan dalam satu kenyataannya kepada Bernama hari ini.
Katanya, panel itu sangat sedih dengan dengan spekulasi yang mengatakan ada campur tangan politik atau pendakwaan terpilih menyebabkan kelewatan ini, tetapi beliau yakin ia bukan yang sebenarnya.
Panel 11 anggota itu menentang sekeras-kerasnya campur tangan, politik atau pihak-pihak lain, dalam usaha SPRM memerangi rasuah, kerana ia akan menyebabkan keyakinan kepada SPRM dan Pejabat Peguam Negara terhakis, apatah lagi kepada kerajaan itu sendiri.
Sementara itu,portal berita The Malaysian Insider hari ini turut melaporkan spekulasi semakin memuncak menyatakan wujud campur tangan politik atau pendakwaan terpilih yang menyebabkan tuduhan terhadap bekas setiausaha politik UMNO lewat dijalankan selepas ditangkap Isnin lalu berikutan penyalahgunaan RM1.1 juta daripada tiga yayasan.
Sumber berkata, bekas setiausaha politik dan pengarah salah satu yayasan itu dikaitkan dengan siasatan kerana dikatakan menggunakan wang yayasan yang sepatutnya digunakan untuk membantu golongan miskin itu bagi kegunaan politik.

1 ulasan:

  1. Saya ikuti perjalanan politik salah seorang dari pegawai itu. Kalau lah tuhan gelap kan mata kita dari kebaikan, kotor nya jalan yang bakal kita pilih, akhir nya tiada lagi ketenteraman dalam diri.

    BalasPadam