Halaman

Khamis, 18 Disember 2008

Perjuangan liberalisasi runtuhkan perpaduan kaum – Syed Ali

KUALA LUMPUR : Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mengingatkan semua pihak supaya berwaspada dengan sikap sesetengah pemimpin bersifat liberal yang begitu cenderung memainkan isu perkauman untuk kepentingan politik.

Katanya, golongan ini sanggup memperalatkan kepentingan orang Melayu bagi memastikan agenda politik mereka tercapai walaupun terpaksa menyaksikan berlakunya keruntuhan perpaduan etnik dan kaum di negara ini.

“Mereka berselindung disebalik perjuangan liberalisasi untuk matlamat politik tetapi dalam masa yang sama mereka telah melakukan satu kesilapan besar yang boleh menjerumuskan negara ini dalam situasi politik yang tidak stabil,” tegasnya.

Beliau mendakwa, pemimpin Melayu liberal seperti Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid Ibrahim dikatakan sanggup memperjudikan masa depan umat Melayu demi untuk kepentingan politik mereka.

“Pengalaman lalu membuktikan bahawa Anwar sanggup mengkhianati aspirasi perjuangan orang Melayu yang pernah beliau dokong ketika bersama UMNO,” jelasnya.

Perubahan sikap itu kata beliau, jelas membuktikan bahawa Anwar tidak memiliki semangat nasionalis Melayu dan sanggup membiarkan dirirnya terperangkap dengan perjuangan politik golongan pelampau.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang Melayu yang telah terpedaya dengan falsafah perjuangan PKR supaya kembali semula ke pangkal jalan kerana fahaman liberal yang diperjuangkan oleh pemimpin parti itu tidak memberi sebarang manfaat kepada mereka.

Menurutnya, keadaan bertambah serius apabila terdapat pula parti politik yang bergabung dalam gagasan Barisan Nasional (BN) masih tebal dengan semangat perkauman, yang tidak sepatutnya berlaku setelah 51 tahun negara merdeka.

Tanpa berselindung, Syed Ali menyelar perlakuan politik parti komponen BN, seperti MCA dan Gerakan yang dilihat membawa aspirasi perjuangan politik parti pembangkang, DAP.

“Mereka mengaku hormat kepada semangat setiakawan dalam BN, tetapi mereka juga dilihat seperti bersetuju dengan banyak perkara diperjuangkan oleh DAP yang menjuruskan kepada kepentingan kaum, ini membuktikan bahawa MCA dan Gerakan tidak ikhlas,” tegasnya.

Syed Ali mengambil contoh bagaimana semua pihak termasuk MCA dan Gerakan melatah apabila Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir mencadangkan sekolah untuk semua kaum menggunakan bahasa kebangsaan sebagai alternatif memupuk semangat perpaduan.

Katanya, Mukhriz dikecam hebat hanya kerana satu cadangan kearah memupuk intergrasi nasional dan ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai sikap buruk sangka kepada apa jua perkara yang ada kaitan dengan orang Melayu.

“Dalam menghadapi gelombang ini, saya menyeru kepada semua pemimpin Melayu supaya kembali bersatu dengan satu matlamat untuk terus mempertahankan perpaduan sedia ada bagi menjamin hak dan kepentingan umat tidak tergugat,” tegasnya.

3 ulasan:

  1. Salam Perjuangan!
    Udah lama Pak Ngah tak layari blog ini. bukan apa, Pak Ngah sibuk di kampung halaman kerana bimbang,kalau-kalau kampung Pak Ngah tergadai..maklumlah, kita orang Melayu hanya menang sorak je.

    Datuk Syed Ali bagaimana ? Doa Pak Ngah semoga Datuk Ali semakin ceria dan optimis untuk memenangi kerusi MT UMNO pada bulan Mac ini, bulan terakhir memanda Dollah Badawisebagai PM dan Presiden parti.

    Pak Ngah tertarik dengan cetusan yang dilontarkan oleh Datuk Ali - Melayu liberal spt Nuar Berahim, Khalid Berahim dan mungkin Zahid Bearhim, tidak ada jiwa kemelayuan - kosong, maka itu pemimpin PKR tergamak bersubahat dengan HINDRAF untuk rampas kuasa cara pintu belakang (syy: bukan main belakang.

    Kalulah ramai pemimpin UMNO yang senada dengan Datuk Ali Cheras ni, Pak Ngah rasa orang bukan Melayu tak kan berani angkat muka dan berhidung tinggi. Tetapi malangnya, pemimpin seperti Datuk Ali tak ramai, kalau ada pun, awal-awal lagi dah kena pancung. Samalah dengan Datuk Ali di Wilayah Persekutuan - kerana keberanian dan kelantangan Datuk Ali bersuara dan menentang politik mungkar di Wilayah Persekutuan, maka Datuk Ali pun diketepikan. Mereka takut tembelang mereka pecah jika Datuk Ali diberikan tempat.

    Bagaimanapun Pak Ngah percaya dan yakin, pemimpin UMNO semacam Datuk Ali tidak akan undur ke belakang - pantang pendekar keluar gelanggang sebelum berjuang.

    Akhir kalam, Pak Ngah nak ucapkan selamat berjuang kepada Datuk Ali dengan harapan semoga sentiasa sukses dan diberkati Allah SWT.

    BalasPadam
  2. Dato tolong selamatkan IJN!!!

    BalasPadam
  3. Cadangan Mukhriz memang ditunggu oleh rakyat Malaysia. Di negara jiran spt Thailand dan Indonesia mana ada sek kerajaan Cina/Tamil macam kat Malaysia. Disana nama org cina ditukar agar tdk nampak macam kaum pendatang/menumpang. Sepatutnya pemimpin UMNO dulu dah buat benda ini dan tak payah tunggu Mukhriz maklumkan. Sekarang generasi baru spt Mukhriz terpaksa menghadapinya. Sy berharap Mukriz menang Ketua Pemuda dan memperjuangkan cadangan ini

    Harap sial penyapu Khair toyo tak menyerap ke Pemuda Cheras

    Hang Kasturi

    BalasPadam