Halaman

Khamis, 11 Disember 2008

Kerajaan negeri jangan ambil risiko luluskan pembinaan rumah di cerun bukit – Syed Ali

KUALA LUMPUR : Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee turut menggesa kerajaan supaya menghentikan serta-merta projek pembinaan rumah di cerun-cerun bukit bagi mengelak tragedi tanah runtuh yang mengorbankan nyawa terus berulang.

Katanya, kerajaan negeri khususnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak seharusnya mengambil risiko dengan memberi kelulusan pembinaan rumah terutamanya kediaman mewah di cerun bukit kerana ianya terdedah kepada ancaman diluar jangkaan.

Katanya, ada dakwaan yang menyebut bahawa PBT hanya memberikan kelulusan tetapi apabila berlaku kejadian tanah runtuh pihak berkuasa berkenaan tidak akan bertanggungjawab.

“Situasi ini semakin menyukarkan kerana ada beberapa akta seperti Akta Jalan, Saluran dan Bangunan 1974 yang dipercayai memberi imuniti kepada pihak berkuasa tempatan,” jelasnya.

Sehubungan itu katanya, apabila berlaku kejadian tanah runtuh di cerun bukit dan menyebabkan rumah kediaman ranap dan nyawa manusia melayang, akan timbul tuduh menuduh di antara satu salam lain.

Sambil merujuk kepada tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang setakat ini telah mengorbankan empat nyawa dan menimbuskan 14 banglo, Syed Ali kesal kerana dikatakan telah berlaku tuding menunding antara PBT dengan mangsa kejadian tersebut.

“Kejadian menyedihkan telah pun berlaku di Bukit Antarabangsa, sepertimana tragedi menyayat hati di Hingland Towers 15 tahun lalu, eloklah dijadikan iktibar supaya tidak lagi berulang,” ujarnya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras tidak menafikan semua pihak berasa simpati dan sedih dengan mangsa tragedi tanah runtuh tetapi mala petaka itu mungkin boleh dielakkan jika langkah-langkah awal sudah diambil.

“Kelulusan pembinaan rumah di cerun-cerun bukit adalah bidang kuasa kerajaan negeri dan sepatutnya kelulusan tidak diberikan kerana ianya mampu mengundang pelbagai risiko,” tambahnya.

Menurut Syed Ali, penggondolan kawasan dan puncak bukit boleh menjejaskan takungan air hujan yang menyebabkan berlakunya hakisan tanah dan dalam masa yang agak lama, persekitaranya boleh terhakis dan runtuh.

Katanya, akibat proses hakisan ianya juga akan membawa kepada pencemaran alam sekitar yang tururt menjejaskan kualiti kehidupan manusia dan alam sejagat.

Beliau berkata, kerajaan negeri perlu mengambil tindakan drastik dengan mengharamkan cadangan pembinaan rumah kediaman di cerun bukit manakala kelulusan yang telah diberikan perlu ditarik balik.

“Kerajaan negeri perlu memberi perhatian kepada pengekalan sumber bumi agar tidak dipergunakan sewenang-wenangnya bagi mengelak berlaku kejadian yang tidak di ingini,” tegasnya.

5 ulasan:

  1. Salam perjuangan,

    Benar, jangan kita ambil risiko. Tetapi jika perancangan yang telus dan pemantauan menyeluruh mungkin dapat memastikan tragedi sebegini tidak berulang.

    Yang penting, pihak yang berkenaan perlu menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah.

    "Memperkasa Generasi Baru"

    Pergerakan Pemuda
    UMNO Cawangan Taman IKS
    Bahagian Batu WP

    http://pemudaiks.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Ramai orang nak cepat kaya,bukan saja developer,orang PBT pun...orang politik apa lagi,diaorang sebagai jambatan penghubung. Semua orang dah tau,ramai yang longlai bila disogok dengan duit dan perempuan!

    BalasPadam
  3. Awas dengan peminta sedekah yang menipu orang awam di Bukit Bintang .. http://jamilkucingpondan.blogspot.com ..dulu reformis kini pengemis .. manusia dua alam !!!! Sebarkan!!!!

    Tulisanya boleh dibaca disini
    http://bbcatlover.blogspot.com/2008/12/melayu-sokong-umno-bodoh.html

    http://bbcatlover.blogspot.com/2008/12/pemimpin-umno-kena-bodoh-dengan-jamil.html

    BalasPadam
  4. salam ziarah :-)





    (( Kuala Terengganu )) : ‘Markah Bonus’ Untuk Calon Pemilihan Parti :-)
    http://pro-faizal.blogspot.com

    BalasPadam
  5. awas dengan janji duit Tekun untuk semua!Tekun untuk kroni-kroni sahaja.

    BalasPadam