Halaman

Ahad, 23 November 2008

Rafidah berhak pertahankan jawatan, Shahrizat tidak boleh dihalang bertanding – Syed Ali

KUALA LUMPUR : Tan Sri Rafidah Aziz berhak mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO manakala naibnya, Datuk Seri Shahrizat Abd. Jalil tidak boleh disekat daripada merebut jawatan itu pada pemilihan parti Mac depan.

“Tidak ada sebab Shahrizat perlu undur ke belakang kerana beliau menyahut kehendak suara akar umbi,” jelas ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Katanya, pelan peralihan kuasa pergerakan itu yang tidak berlaku sepertimana dirancangkan turut memberi kebebasan ahli peringkat akar umbi membuat pilihan.

“Pada pendapat saya, Rafidah berhak mempertahankan kedudukannya dan keputusan Shahrizat mencabar beliau pula tidak sepatutnya dilihat daripada sudut negative,” tegasnya.

Dalam isu ini kata beliau, tidak timbul soal mungkir janji dan siapa yang gilakan kuasa kerana kedua-duanya memiliki keupayaan dan kekuatan untuk memimpin pergerakan itu.

Sehubungan itu, beliau berharap wanita UMNO khususnya perwakilan akan lebih mengutamakan perjuangan parti daripada kepentingan politik kedua-dua pemimpin tersebut.

“Mereka memilih pemimpin untuk meneruskan kelangsungan perjuangan UMNO, bukannya berasaskan kepada agenda politik pihak tertentu,” jelasnya.

Beliau juga tidak menafikan Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu mempunyai asas kukuh untuk mempertahankan jawatan setelah pelan peralihan kuasa tidak berlaku manakala Shahrizat pula ada kewajarannya mencabar beliau

Syed Ali berkata, Rafidah dan Shahrizat sudah pun membuat penjelasan panjang lebar seperti disiarkan akhbar Mingguan Malaysia hari ini

“Terpulang kepada ahli, malah perwakilan boleh membuat penilaian berdasarkan hujah yang dikeluarkan mereka,” ujarnya.

Bagaimanapun Syed Ali tidak menolak kemungkinan Shahrizat seperti sudah terperangkap dengan kemelut perebutan jawatan Ketua Pergerakan Wanita.

Menurutnya, ada pihak mendakwa kemunculan Datuk Kamalia Ibrahim yang menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua menyebabkan kedudukan Shahrizat tersepit.

“Ini pemerhatian saya secara ikhlas, Shahrizat seperti terperangkap dalam percaturan ini, Kamalia juga bijak mengatur strategi untuk tidak dihalang menduduki kerusi Naib Ketua,” tambahnya.

Menurut Syed Ali lagi, Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar yang diketuai Kamalia telah mencalonkan Rafidah kekal sebagai ketua dan beliau telah bertegas tidak akan berundur setelah dicalonkan sebagai Naib Ketua walaupun terpaksa berdepan dengan Shahrizat.

“Percaturan ini akhirnya menyaksikan berlaku pertembungan antara Shahrizat dan Rafidah manakala Kamalia pula semakin hampir memenangi jawatan Naib Ketua tanpa bertanding,” katanya.

Bagaimanapun tegas beliau, perpaduan dalam parti harus dikekalkan walaupun berlaku ketegangan menjelang perhimpunan parti Mac depan.

“Mereka boleh merancang pelbagai usaha unjtuk menang, tetapi prinsipnya mesti berpegang kepada kepentingan ahli dan masa depan UMNO,” tambahnya.

7 ulasan:

  1. Setuju dgn tulisan DWSA ini. Dari dulu lagi ramai yg dah kata EXCO Wanita tiada hak nak halang pertandingan ini. UMNO berpegang pada demokrasi. Biarlah pertandingan berlaku dengan baik. Saya rasa sudah sampai masanya Rafidah menyerahkan jawatan pada Shahrizat, kerana tidak faham apa yg dia nak buat dlm 3 bulan tu. Namun saya akur dia berhak pertahankan jawatannya.
    kalu di lihat suara2 akar umbi, nampaknya angin kencang mahukan Shahrizat...wallahu a'lam

    BalasPadam
  2. Pandangan dan pendapat Syed Ali memang tip-top.Sesuai benar ganti Zulhasnan di Badan Perhubungan UMNO WPKL.

    BalasPadam
  3. Rafidah patut beri laluan pada Shahrizat. Apa nak tunggu 3 bulan tu? Tak menasabah langsung. Dia kata nak kuatkan parti konon. Yg bertahun2 dia jadi ketua wanita awat tak buat? Boleh ke tercapai dlm 3 bulan tu? Ramai wanita yg saya tanya2 nak Shahrizat. Termasuk perwakilan wanita bhg Cheras. Cuma mereka kata tak boleh isytihar sebab takut Kak Faridah marah. Rasa sayalah, Shahrizat akan menang besar.
    Shahrizat dah bagi chance Rafidah utk serah cara baik untuk elakkan pertandingan yg mungkin akan memalukan Rafidah sendiri tapi nampaknya Rafidah tak nak ambil pusing semua itu. Dia termakan kata2 manis penyokong kuat nya yg beri gambaran salah padanya. Saya setuju Rafidah berhak pertahan jawatan dan Shahrizat berhak bertanding. Cuma tak faham ialah kenapa Rafidah berkeras nakkan 3 bulan tu juga. Rafidah oh Rafidah...

    BalasPadam
  4. Biarlah mereka bertanding cara sihat. Semua sayap parti lain bertanding tak pun orang halang. kononnya sebab nak elak perpecahan. Tapi kenapa bila Wanita ada pertandingan ada yg kata akan berpecah? Tak logic.
    Apapun, tinjauan rambang menunjukkan Shahrizat mendahului. Namun Rafidah pun ada penyokong juga. So keadaan masih 50-50 lagi. Dengar khabar Ketua Wanita Cheras orang paling sibuk sekarang ni...dok kempen untuk boss dia.
    No No No...bukan boss Ketua Bhg yg nak tanding MT, tapi boss yg "lagi besar"...Rafidah.

    BalasPadam
  5. rupa nya tak ada jawatan susah nak buat kerja agak nya...termasuk jawatan MT

    BalasPadam
  6. Angguk bukan semesti nya setuju..tapi lebih menjaga hati,lebih-lebih lagi pada yang tua,yang telah banyak memberi budi..itulah peribadi orang Timur pada Shahrizat. Tahniah Shahrizat kerana telah membuat keputusan.

    s.k aydrus

    BalasPadam
  7. Salaaammm!

    Wak setuju dengan pendapat Datuk Syed Ali... Rafidah berhak pertahankan jawatan dan shahrizat tidak boleh dihalang bertanding.. serahkan kepada perwakilan untuk menentukan siapa yang bakal dipilih.

    Cuma wak nak pesan kepada perwakilan, berhati-hati bila memilih, hendaklah berlapang dada, jangan gadaikan masa depan dan perjuangan parti demi bangsa, agama dan negara dek kerana kepentingan peribadi kumpulan2 tertentu.

    BalasPadam