Halaman

Isnin, 17 November 2008

Elakkan berlaku konflik kepimpinan dalam Wanita UMNO – Syed Ali

KUALA LUMPUR : Pergerakan Wanita UMNO perlu mencari kaedah terbaik bagi mengelak berlaku konflik kepimpinan berikutan penetapan pelan peralihan kuasa pergerakan itu pada Jun tahun depan, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Beliau berkata, jawatan Ketua Wanita tidak dipertandingkan atas alasan berpegang kepada keputusan peralihan kuasa kemungkinan boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan ahli.

Menurutnya, ada pihak membuat andaian tempoh tiga bulan sepertimana dikehendaki Tan Sri Rafidah Aziz selaku Ketua Wanita, tidak memberi kelebihan kepada beliau untuk berbuat sesuatu.

“Mungkin saya boleh kata Rafidah tidak ada agenda, tetapi jarak masa hanya tiga bulan seperti yang dipertahankan beliau, boleh menimbulkan pelbagai spekulasi dan tafsiran menjelang Perhimpunan Agung Mac depan,” tegasnya.

Menurut beliau, ini berikutan ada kebimbangan sesetengah pihak bahawa jawatan Ketua Wanita akan menjadi lompang untuk jangkamasa tiga tahun akan datang dan bakal memberi kesan kepada parti.

Katanya, kekosongan jawatan Ketua Wanita bakal memberi tamparan kepada UMNO apabila dilihat kepada sayap parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) masing-masing sudah lengkap dan dipegang oleh calon yang diberikan mandat.

“Saya tidak berniat untuk mencampuri hal ehwal pergerakan itu, tetapi ini adalah pandangan dan suara kebimbangan diluahkan ahli-ahli parti peringkat akar umbi berhubung jawatan ketua wanita yang sengaja dibiarkan kosong untuk tiga tahun akan datang,” tegasnya.

Beliau berkata, Rafidah hanya akan berundur pada Jun tahun depan dan selepas itu jawatan tersebut akan dipangku oleh naibnya selama tiga tahun, sama ada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil atau Datuk Kamilia Ibrahim yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar.

Syed Ali khuatir pertelagahan dan konflik kepimpinan yang berterusan dalam pergerakan wanita akan memberi kesan kurang baik kepada persiapan UMNO yang bakal berdepan dengan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

“Inilah yang kita bimbang, pemimpin bercakaran sesama sendiri kerana kuasa tetapi yang menjadi mangsa keadaan adalah ahli-ahli di bawah yang sentiasa mengharapkan kepada perubahan dan ketelusan pemimpin mereka,” tegasnya lagi.

Sehubungan itu kata beliau, mereka yang terbabit dalam pertandingan jawatantan tertinggi Pergerakan Wanita UMNO pada Mac depan perlulah mengikis sikap pentingkan diri masing-masing demi untuk kebaikan parti.

8 ulasan:

  1. Rafidah patut serah sahaja pada Shahrizat bulan Mac ini. Kalau dia ikhlas dan sayangkan UMNO, dia boleh buat begitu. Kalau ini berlaku, tiadalah pertandingan yg di katakan akan menimbulkan perpecahan. Semua orang tak faham kenapa dia berkeras sangat nak bagi hanya pada bulan Jun. Bagi saya, ianya cuma nak jaga air mukanya sahaja. Sepatutnya pemimpin besar macam Rafidah nampak benda yg lebih besar dari itu. Dia kena lihat UMNO dan letak kepentingan parti di depan. Apa guna 3 bulan itu kalau ianya bermakna Wanita UMNO cuma ada ketua yg bertaraf pemangku? Lepaskanlah pada Shahrizat menang tanpa bertanding pada Mac 2009 nanti sekaligus menerima mandat wanita UMNO sebagai ketua. Apa yg Rafidah nak buat dalam 3 bulan tu? Dah berpuluh tahun jadi Ketua Wanita masih ada kerja yg belum selesai kah? Kalau pun ada, serah sahaja "kerja" itu pada Shahrizat dan teamnya untuk teruskan. Masalah ini tak akan jadi rumit kalau Rafidah sendiri ambil jalan berdamai. Masalahnya, ramai org sekeliling Rafidah yg menasihatkannya supaya jgn serah. Rafidah kena pandai baca politik, yg sokong kuat sangat tu sebab apa? ikhlaskah pujian yg mereka beri atau ada muslihat disebalik itu? Kalau Rafidah tak jadi lawan, mesti ada orang yg menangis...Ada satu Orang tu dari Bhg Cheras pun mesti menangis bengkak mata.....sob sob

    BalasPadam
  2. Salam perjuangan,

    Pemuda IKS berharap segalanya berjalan dengan lancar di Pemuda Cheras. Selamat berjuang!

    "Memperkasa Generasi Baru"

    Pergerakan Pemuda
    UMNO Cawangan Taman IKS
    Bahagian Batu WP

    http://pemudaiks.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Salam untuk semua

    Setuju sangat dengan saranan anonymous Nov. 18 1:0 pm. Kita percaya pemimpin besar seperti Tan Sri Rafidah, tentunya mengutamakan kepentingan parti lebih dari kepentingan peribadi dan kroni. Tan Sri akan lebih dihormati dan disegani jika mengambil jalan "BERDAMAI".

    Kalau pun ada yang nak menangis tu, biarkanlah... biarkan dia menangis sepuas-puasnya.. berguling-guling ... orang udah jemu dan bosan, lakonannya udah tak laku, udah tak boleh dijual. Dari simpati udah jadi benci...

    BalasPadam
  4. Amboi amboi amboi klingkiak, tulisan kome takde insuran lansung! Taip siang pandang-pandang, taip malam dengo-dengo... jangan idakkan ...kakak teman tu dah banyak berjasa... kome hati-hati sikit... nanti kena lesing dengan bodyguardnya si black n white tu (mika ni ahli gusti tau...)

    BalasPadam
  5. Berita Terkini...Shahrizat akan tawar diri bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO. The lady has spoken. Loud and Clear. She has given Rafidah ample opportunity to step down gracefully but yet Rafidah has repeatedly refused and wont budge even an inch. So Shahrizat is making her moves.Sehe definetly will unseat Rafidah.
    Wanita KEdah - almost all sokong Shahrizat
    Perak - 22 dari 24 nak Shahrizat
    Sabah - 18 dari 25 nak Shahrizat
    Penang - 10 dari 13 nak Shahrizat
    Melaka - semua 6 nak Shahrizat
    NS - 8 dari 9 nak Shahrizat
    Selangor (khabarnya) - 70% nak Shahrizat tapi Seripah Noli guna taktik menekan
    Johor - 18 nak Shahrizat
    Pahang - tak ada statistik lagi. maznah mazlan tak nak panggil mesyuarat sbb dah tahu dia akan di tolak.
    WP - tak tahu..Kak Faridah tahu kot berapa yg sokong Shahrizat?

    Dah jelas Rafidah di minta majoriti berundur. Lakukanlah yg terbaik buat parti. Buanglah ego diri.

    BalasPadam
  6. copy and paste,senang kan?

    BalasPadam
  7. Sekarang zaman teknologi moden. Kerja jadi mudah. Cut and paste ke apa ke, asalkan mudah dan cepat. Cuma orang bodoh sahaja yg tolak teknologi...lembab terhempap-hempap.

    BalasPadam
  8. sekarang memang zaman mudah,bodek,lepak pejabat bahagian,cukup time,dapat duit beli susu anak

    BalasPadam