KUALA LUMPUR : Pemimpin UMNO harus mengotakan segala janji yang telah dibuat kepada ahli-ahli bagi memastikan parti dan kepimpinannya sentiasa dilihat bersih dengan berpegang kepada amanah dan tanggungjawab.
Sehubungan itu kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, amalan rasuah politik yang dikatakan semakin berluasa sekarang ini tidak seharusnya dijadikan sebahagian daripada kriteria memilih pemimpin.
“Saya merayu kepada perwakilan supaya menolak mana-mana calon yang bertanding atas kekuatan amalan politik wang. Perwakilan mempunyai kuasa menyingkirkan mereka yang tidak amanah kepada parti,” tegasnya.
Menurut beliau, dengan berpegang kepada prinsip tersebut UMNO akan berterusan mendapat sokongan dan diyakini rakyat sebagai sebuah parti yang benar-benar menjadi teras kepada pembangunan sebuah negara bangsa.
“Saya mengingatkan demikian kerana sejak akhir-akhir ini rakyat seperti semakin bosan dengan kisah perlakuan politik wang yang dilihat sebagai isu retorik pada setiap kali menjelangnya pemilihan UMNO,” tegasnya.
Katanya, gejala itu amat mengecewakan jika bertukar menjadi sebahagian daripada budaya kepimpinan dalam lanskap perjuangan UMNO yang pada asasnya untuk memayungi sebahagian besar umat Melayu di negara ini.
Beliau mendakwa, akibat daripada kelemahan itu, maka jalan pintas untuk ditonjolkan sebagai pemimpin ialah dengan memulakan suapan upah atau sogokan rasuah politik supaya sentiasa dikekalkan memegang jawatan.
“Pemimpin jenis inilah lazimnya tidak memberikan manfaat kepada kepentingan UMNO, rakyat dan negara, malah mencemarkan maruah orang Melayu keseluruhannya,” tegas beliau.
Katanya, kekhuatiran mengenai pemberian upah politik khususnya menjelang pemilihan pelbagai jawatan penting dalam parti telah pun beliau bangkitkan Sembilan tahun lalu (2000) ketika berucap membahas ucapan presiden pada Perhimpunan Agung UMNO.
Bagaimanapun Syed Ali kecewa kerana kebimbangan yang pernah beliau luahkan kepada perwakilan sembilan tahun lalu, nampaknya semakin membiak subur sehingga sekarang, seolah-olah rasuah politik menjadi sebahagian daripada pra-syarat setiap kali adanya pemilihan jawatan dalam UMNO.
Katanya, UMNO merupakan sebuah parti politik yang di asas-bina pada tahun 1946 dengan kekuatan dan kesedaran orang-orang Melayu untuk menjadi tuan di tanahairnya sendiri setelah dibelenggu penjajah Inggeris.
Bagaimanapun tegas beliau, kekuatan dan keteguhan UMNO yang kini melangkau usia 51 tahun boleh runtuh dan akhirnya rebah jika di dalam tubuh UMNO dibarisi pemimpin tidak amanah, tidak bertanggungjawab dan mereka yang berkepentingan, yang mengikut telunjuk nafsu politik.
Sehubungan itu, beliau amat khuatir menjelang Perhimpunan Agung UMNO pada Mac tahun depan, budaya berkempen yang disulami dengan sogokan rasuah politik akan terus menjalar dan semakin sukar dibendung.
“Saya melihat pemilihan parti seperti tidak lengkap jika tidak dihiasi dengan pemberian habuan wang ringgit dengan pelbagai bentuk dan cara, yang kesemuanya mempunyai satu tujuan – membeli undi untuk mencipta kemenangan,” tegasnya lagi.
Menurut Syed Ali, semasa berucap membahas ucapan presiden di Perhimpunan Agung UMNO tahun 2000, beliau juga pernah mengaitkan tentang penularan budaya duit raya yang sudah pun berjangkit kepada perwakilan UMNO.
“Saya juga turut menegaskan usaha memerangi politik wang tidak memadai setakat mencipta sebuah kod etika. Undang-undang tanpa penguatkuasaan tidak akan berkesan. UMNO mencipta kod etika tetapi longgar yang akhirnya, menjadi bahan ketawa dan bertambah sedihnya, seolah-olah turut dipersendakan oleh calon yang menawarkan diri bertanding,” tambahnya.
Beliau berkata, politik wang merupakan virus yang menjadi ancaman kepada kekebalan UMNO yang selama ini masih gagah bertahan tetapi lambat-laun parti akan menjadi hancur jika tidak ada usaha memeranginya secara nekad dan ikhlas.
Justeru itu tegas beliau, para perwakilan seharusnya mempunyai jiwa yang lapang dan hati bersih yang tidak dikotori oleh kuman politik wang dalam pencarian mereka memilih pemimpin bertanggungjawab.

“Ahli-ahli UMNO akan menjadi bertambah kecewa seandainya pemimpin mereka masih sukar untuk bersikap ikhlas dan bertanggungjawab, biarpun UMNO sepatutnya sudah pun berubah,” tegasnya.
setuju dengan pandangan dato. teruskan perjuangan.
BalasPadamKepada perwakilan, rasuah yang hendak disogok kepada anda boleh ditolak dengan bersopan dan mulia.
BalasPadamDalam tempuh yang tak lama, pemimpin yang cuba merasuah anda akan berhenti dengan sendirinya.
Rasuah itu sendiri seterusnya akan hilang adri dalam UMNO itu sendiri.
Lepas itu persepsi rakyat juga akan berubah menjadi positive kembali.
Lepas itu barulah rasuah balik.
Bungaraya, cara tu akan mengambil masa yang lama. Takut-takut pada masa tu, UMNO pun dah rebah.
BalasPadamSenang saja, masukkan saja yang memberi dan yang menerima rasuah kedalam penjara, seperti perasuah lain.
Dengar cerita, Perwakilan dr Bahagian Cheras akan mengundi mengikut pencalonan mereka. Dengan cara ini, calon pun tak nak jumpa sebab undi G6 & G7 Cheras semua orang dah tau. Dengar cerita sayap-sayap pun mengikut cara yang sama.
Mari kita tengok keberkesanan cara yg di buat oleh Cheras.
The current situation with politik wang bukan benda baru.Semua orang tahu.And i think,the politicians of today have become tamak dan tak takut tuhan dah.Anyway,i don't think it only happening in UMNO.Corruptions exists everywhere...full stop!
BalasPadamSadly,UMNO's corruption will affect not only the malays,but everybody in malaysia.Because,when u put a morally and politicilly corrupt people in the top posts and make them supreme leaders of this country by default,we will suffer and be driven to the dark ages again.
Yang menerima dan pemberi rasuah ni bukanlah dari golongan pembela bangsa dan agama,tetapi ia dari golongan munafik yan mementingkan wang dan kedudukan.Mungkin kekalahan dari p/raya lepas adalah amaran dari yang Esa...wallahuallam
p/s: talk of integrity,cheats are everywhere...15 kali 25 berapa ya?
Paling kuat main duit khabarnya adalah calon Timbalan Presiden. Memalukan. Perwakilan tahu siapa mereka ini tapi tetap pilih juga. Rasa saya TS Muhyiddin sukar menang.
BalasPadamSang Muda tersenyum sinis bila Sang Tua berfalsafah untuk menghapuskan politik wang. "Berjuanglah dengan ikhlas..politik wang boleh menyebabkan kita jual maruah dan jual negara" kata Sang Tua. Sang Muda ingin juga mengambil jalan pintas dan mudah dengan mengambil contoh bagaimana Sang Tua boleh menjadi kaya raya. "Tengok Dato' tu,dulu kerja peon jer..hah sekarang sebiji tayar kereta dia pun,dah boleh beli rumah aku".
BalasPadamSukar untuk mencari keikhlasan pada zaman kebendaan. Tapi keikhlasan amat penting untuk kekuatan perjuangan. Tepuk dada tanya diri...didalam diri tersembunyi nafsu...melawan nafsu adalah jihad akbar.
s.k aydrus