“Perdana Menteri kena jujur
dan telus, buktikan kepada rakyat bahawa anda (Najib) tidak bersekongkol dengan
mana-mana pemimpin UMNO yang tidak bercakap benar,” tegasnya.
Ini katanya, berikutan kenyataan
awal Abdul Azeez yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO telah menafikan berhubung
pembelian tanah oleh TH daripada 1MDB dengan nilai RM188.5 juta.
Menurut beliau, walaupun
yang membeli tanah 1MDB adalah anak syarikat TH, tetapi sebarang keputusan atau
perkembangannya terlebih dahulu akan dimaklumkan kepada Pengerusi dan Ahli
Lembaga Pengarah TH.
“Apabila begitu mudah kata
tidak tahu atau menafikannya, rakyat tidak akan percaya dan ini menjuruskan
kepada satu pembohongan yang amat ketara,” tegasnya.
“Jika terbukti pemimpin
UMNO telah berbohong, bagaimana rakyat akan menyokong parti, inilah yang Najib
harus fikir dan tunaikan slogan ‘rakyat
didahulukan’.
Katanya, setelah tiga hari
isu pembocoran maklumat tersebut tersebar luas menerusi media sosial, Pengerusi
TH tampil menjelaskan kepada rakyat bahawa memang benar berlaku pembelian tersebut.
Abdul Azeez kemudiannya ujar
beliau lagi, menjelaskan atas nasihat Perdana Menetri tanah tersebut akan
dijual semula oleh TH.
Menurut Syed Mehdhar,
adalah amat malang dan menyedihkan seorang pengerusi dengan begitu mudah menafikan
berhubung pembelian tersebut yang membabitkan wang tunai ratusan juta ringgit.
“Berdasarkan kenyataan tersebut, jelas
menunjukkan Abdul Azeez telah berbohong dan seseorang yang berbohong tidak
sepatutnya diberikan kepercayaan mengetuai satu institusi yang memegang wang
amanah rakyat khususnya umat Islam,” tegas beliau.
Abdul Azeez dilihat seperti cuba memperbodohkan rakyat
“Abdul Azeez dilihat
seperti cuba memperbodohkan rakyat terutama orang Islam yang mencarum di TH
semata-mata untuk menunaikan fardhu haji,” tegasnya sambil berkata musibah
seperti ini tidak sepatutnya berlaku di sebuah institusi berkaitan agama Islam.
“Najib selalu bercakap soal
ketelusan, intergriti dan mendahulukan kepentingan rakyat, sekarang saya tuntut
Perdana Menteri kotakan janji tersebut dengan menasihatkan Abdul Azezz supaya segera
meletakkan jawatan sebagai Pengerusi TH,” katanya.
“Selaku pemimpin UMNO di
peringkat bahagian dan atas keprihatinan terhadap kekecewaan ahli-ahli parti,
Najib kena buktikan bahawa beliau masih mempunyai intergriti dan kewibawaan
sebagai seorang Perdana Menteri.
Syed Mehdhar menjelaskan,
sebelum ini beliau pernah mempertikaikan kewajaran Najib melantik Abdul Azeez
sebagai Pengerusi TH kerana tidak mempunyai kredibiliti untuk dilantik ke
jawatan tersebut.
“Sebaliknya saya telah
mencadangkan kepada Perdana Menteri supaya melantik Pengerusi TH di kalangan
bekas-bekas menteri kanan atau pegawai-pegawai kanan kerajaan,” ujarnya.
Hari ini kata Syed Mehdhar,
terbukti bahawa Abdul Azeez jelas tidak berkelayakan, tidak mempunyai kredibiliti
dan sepatutnya dilucutkan segera jawatan tersebut.
Menurutnya lagi, adalah
amat malang bagi seorang Perdana Menteri apabila dikelilingi oleh mereka yang
tidak mempunyai kredibiliti dan berbohong kepada rakyat.
“Saya amat terkilan dan
musykil dalam perkara ini dan Najib dituntut supaya bersikap telus dan jujur
menangani isu yang membabitkan kredibiliti Pengerusi TH yang sudah tercemar
akibat pembohongan yang beliau lakukan,” ujarnya.
Beliau menjelaskan, setakat
hari ini pemimpin dan ahli-ahli UMNO masih lagi menyokong dan menghormati kepimpinan
Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
Tetapi katanya, jangan sampai
satu hari nanti ahli-ahli parti akhirnya meragui ketelusan dan keilkhlasan
Perdana Menteri jika kedudukan Abdul Azeez masih dikekalkan sebagai Pengerusi
TH.
Anda (Najib) kena tahu
dan dengar suara rakyat
Tambah Syed Mehdhar lagi,
apabila perkara ini dibangkitkan oleh pemimpin UMNO bukan bermakna senada dengan
isu yang dimainkan oleh parti pembangkang.
Beliau menjelaskan, isu TH
yang berlaku hari ini bukan isu politik UMNO mahupun parti pembangkang tetapi membabitkan
kepentingan rakyat dan umat Islam.
“Saya nak beritahu,
pemimpin UMNO tidak semuanya boleh dicucuk hidung, mana yang tak betul, kita
akan tentang. Dalam kes TH ini, sudah jelas pengerusinya tidak bercakap benar,
maka kita tuntut Najib supaya kotakan janjinya.
Beliau mengingatkan, rakyat
terutama orang Melayu sedang memerhati sejauhmana kesungguhan kerajaan pimpinan
Najib menangani isu TH.
Dalam perkembangan
berkaitan, Syed Mehdhar juga mempersoalkan mengapa orang yang sama, iaitu Ahli
Lembaga Pengarah TH turut diberikan tempat dalam 1MDB.
“Apakah sudah tidak ada
lagi orang lain yang layak ? Ini memberikan gambaran seperti wujud kepentingan
peribadi individu tertentu antara TH dan
1MDB, inilah yang rakyat persoalkan.
setuju, bro. I love syed mehhdar.
BalasPadambapak borek anak rintik ..bagaimana sikap najib, begitulah sikap menteri menterinya..
BalasPadamketua bahagian yang bijaksana dah hampir tiada ..apa yang tinggal semuanya kerbau makan tanggung yang dicucuk hidung..
Jd kambing hitam najib gamaknye ko azeez.. kesian
BalasPadamMaka akhirnya orang Melayu bercakaran sesama sendiri akibat permainan politik. Yang merencanakan kehancuran ketika ini sedang cuci tangan.
BalasPadamBagus nah kah si Mehdar ni? Atau nak cari publisiti murahan jer?
BalasPadam