Halaman

Isnin, 18 Mei 2015

Ketua Bahagian Jangan Sokong Najib Membawa Rebah!



KUALA LUMPUR, 18 MEI : Ketua-ketua UMNO Bahagian digesa memberikan tumpuan kepada fokus menangkis serangan dan tohmahan dilemparkan Tun Dr Mahathir Mohamed terhadap pentadbiran Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dari memberikan sokongan secara individu kepada Perdana Menteri itu.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee melahirkan rasa kebimbangan dengan trend sesetengah Ketua Bahagian yang menunjukkan tanda sokongan kepada Dato’ Sri Najib tetapi pada masa yang sama gagal menangkis sebarang tohmahan Dr Mahathir dan pemimpin pembangkang berkenaan IMDB dan GST.

Pihaknya bimbang dengan tindakan sesetengah Ketua Bahagian yang melahirkan sokongan sama ada terbuka dan tertutup kepada Najib yang akhirnya membawa rebah kepada masa depan parti. Sokongan membabi buta terhadap mana-mana individu tidak akan menjamin kepada kekuatan parti. Sebaliknya Ketua Bahagian kena menjadi benteng kepada kekuatan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam berhadapan dalam sebarang tohmahan jahat dilakukan pihak tertentu.

Katanya, pelbagai pihak sama ada di dalam atau di luar UMNO cemburukan dengan kekuatan parti ini berbanding dengan komponen Pakatan Rakyat sedang berhadapan krisis dalamannya. Salah satu usaha melemahkan parti ialah dengan menimbulkan seberapa banyak persepsi negatif berkenaan pentadbiran Dato’ Sri Najib Tun Razak.

“Dalam keadaan seperti sekarang ini Dato’ Sri Najib tidak memerlukan sokongan secara individu dari Ketua–ketua Bahagian. Apa yang beliau perlukan adalah kekuatan dan ketahanan Ketua-ketua Bahagian dalam menangkis sebarang tohmahan dan fitnah tidak berasas yang dilemparkan Dr Mahathir terhadap pentadbiran beliau.

“Ini bermakna Ketua-ketua Bahagian kena tampil ke depan untuk menjawab sebarang tohmahan yang dilemparkan Dr Mahathir kepada Najib. Mereka tidak boleh lagi simpan kuku atau playsafe dalam mempertahankan institusi bernama UMNO ini. Jangan bila parti sudah kecundang baharulah kita terhegeh-hegeh mahu selamatkan parti tetapi sudah terlambat.

“Ketua–ketua Bahagian kena menampakkan kesepakatan dan senada dalam mempertahankan Presiden UMNO yang berhadapan dengan kritikan tajam dari Dr Mahathir. Sokongan padu kepada Presiden UMNO kena dinampakkan dan bukannya dilakukan secara sembunyi-sembunyi, katanya.

Syed Ali turut mengulas tindakan Dr Mahathir yang terus melakukan ‘serangan’ kepada Najib dalam ceramah-ceramah terbuka di negeri-negeri. Dalam ceramah berkenaan Dr Mahathir turut menyentuh antaranya isu IMDB, Altantuya dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurutnya, setiap rakyat di negara ini mempunyai hak dan kebebasan bersuara di dalam negara ini. Mana-mana pemimpin termasuk mantan Perdana Menteri itu boleh menyuarakan pandangan atau buah fikiran masing-masing.

Namun kebebasan bersuara yang dimaksudkan itu janganlah sampai ke peringkat yang boleh memecahbelahkan anggota parti dan menjahanamkan masa depan negara. Itu yang paling beliau bimbangkan apabila wujud masyarakat parti yang berpuak-puak.

Katanya, tindakan Dr Mahathir yang melemparkan komen negatif kepada 1MDB yang sedang melalui audit forensik adalah tidak tepat. Sedikit sebanyak ianya akan menimbulkan banyak kekeliruan dan salah faham di kalangan rakyat berkenaan perkara ini.

“Dato’ Seri Najib sendiri sudah menjelaskan banyak kali mengenai 1MDB jadi semua pihak kena bersabar menunggu keputusan audit. Malah Dato’ Sri Najib sendiri sudah beberapa kali membuat perakuan bahawa semua dana rakyat di negara ini dijamin oleh kerajaan jadi kenapa harus menimbulkan banyak persepsi lain. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan ada baiknya semua pihak kena menunggu keputusan audit 1MDB sebelum membuat tafsiran atau gambaran yang bukan-bukan,   katanya.

Sebagai Ketua Bahagian, Syed Ali turut melahirkan rasa kebimbangan perpaduan anggota parti yang dilihatnya semakin mereput lantaran sikap anggota parti sendiri mudah terpedaya dengan gambaran negatif pentadbiran negara yang digambarkan oleh pihak luar berbanding oleh Perdana Menteri sendiri.

Kata Syed Ali, seharusnya rakyat tidak mudah terpengaruh dengan sebarang cerita negatif berkenaan pentadbiran negara yang dilemparkan oleh sesetengah pihak berada di luar parti.

Sehubungan itu, beliau menggesa Ketua-ketua Bahagian agar berperanan dengan lebih aktif memberikan pencerahan tentang isu-isu hangat diperkatakan rakyat antaranya isu IMDB dan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan disalah tafsir oleh rakyat.

“Bagi saya Ketua Bahagian kena menampakkan roh perjuangan yang jelas. Jangan fizikal nampak menyokong pentadbiran negara tetapi hati nampak kelabu. Sudah sampai masa Ketua Bahagian menampakkan sokongan yang jelas dan tanpa berbelah bahagi kepada pentadbiran kerajaan hari ini. Kalau boleh jangan biarkan orang luar cuba campurtangan dalam urusan parti dan pentadbiran negara,” katanya.

Syed Ali turut melahirkan kebimbangan apabila kritikan Dr Mahathir kepada Najib sudah menjadi ‘senjata’ atau ‘alat’ yang memakan diri sendiri. Tindakan mantan Perdana Menteri itu secara tidak langsung sudah membuka segala aib kepimpinan UMNO dan BN di mata rakyat.






4 ulasan:

  1. Salam. Remember, you are some of hussein. Jgn bikin malu keturunan. Syed tak tunduk pd kezaliman dan tyranny.

    BalasPadam
  2. Banyak KUB yang dok main Wayang Cina. Usah di bimbang TKUB masih ada di bawah membantu YAB Dato Presiden.

    BalasPadam
  3. Nak tahu juga sikit sebanyak apa ulasan yb fasal 1mdb?

    BalasPadam
  4. Apa yg nak dipertahankan soalan tak berjawab. Tak ada sesiapa di bawah yg percaya dgn penjelasan DSN Kecuali ketua bahagian yg mengkhianati kepercayaan ahli umno. Rakyat dah naik menyampah dgn PM ini

    BalasPadam