KREDIBILITI
Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim
selaku Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH)
sudah tercalar dan sewajarnya beliau meletakkan jawatan.
Desakan
tersebut disuarakan oleh Setiausaha UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah berikutan kontroversi pembelian tanah di tapak Tun Razak
Exchange (TRX) oleh TH daripada 1MDB dengan nilai RM188.5juta.
Beliau
berkata, walaupun TH kemudiannya telah menjual semula tanah berkenaan berikutan
kemarahan rakyat tetapi kedudukan Abdul Azeez selaku Pengerusi TH masih
dipersoalkan.
“Dari
segi kredibiliti, ianya sudah tercemar apabila pada mulanya beliau menafikan
berhubung pembelian tanah tersebut oleh TH,” katanya.
“Saya
selaku ahli UMNO, rakyat biasa meminta Perdana Menteri melucutkan jawatan Abdul
Azeez selaku Pengerusi TH kerana kenyataan dan tindak-tanduk beliau telah
mencetuskan kegelisahan pendeposit TH.
Beliau
mempersoalkan bagaimana seorang pengerusi di sebuah syarikat milik kerajaan
(GLC) boleh mengeluarkan kenyataan tidak tahu berhubung pembelian tanah
berkenaan oleh TH daripada 1MDB.
“Ini
bukan melibatkan urusniaga RM100 atau RM1,000. tetapi mencecah ratusan juta
ringgit, agak mustahil Pengerusi TH tidak ambil tahu, apatah lagi pendedahannya
tersebar luas menerusi media sosial,” tegasnya,.
Lazimnya
kata beliau, sebarang urusniaga jutaan ringgit atau apa juga keputusan melibatkan kepentingan
umum sesebuah syarikat GLC ianya mesti berada dalam pengetahuan pengerusi.
“Tetapi
amat menyedihkan, Pengerusi TH boleh menafikan soal pembelian tanah raturan
juta ringgit oleh TH daripada 1MDB, ini satu jawapan yang boleh dianggap tidak masuk akal,” tegasnya.
Pada
7 Mei lalu, Abdul Azeez melalui laman Twitternya, mengatakan ‘tidak
betul’ berhubung dakwaan pembelian tanah milik 1MDB oleh TH.
Bagaimanapun
pada 10hb. Mei, Pengerusi TH itu memberikan penjelasan panjang lebar berhubung
pembelian tanah tersebut dan akan menjualnya semula kepada syarikat berminat
setelah mencetuskan kemarahan rakyat.
“Dalam
konteks ini, kita semua Ahli Lembaga Pengarah berbincang dan ada tiga tawaran.
Kita beli dahulu RM188.5juta, sekarang ada tiga tawaran,” Abdul Azeez dipetik
sebagai berkata dalam penjelasan tersebut.
Abdul
Azeez yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO turut menegaskan beliau tidak
akan tunduk kepada desakan agar meletakkan jawatan Pengerusi TH yang
disandangnya sejak 2013, kerana berpendapat ia bakal mengundang kerugian kepada
TH.
Bagaimanapun
Syed Mehdhar tetap mempersoalkan kenapa apabila kedaan menjadi meruncing dan
banyak pihak menyelar tindakan TH, beliau kemudiannya membuat sidang media khusus untuk menjelaskan pembelian tersebut.
“Alasannya atas nasihat Perdana Menteri, begitu mudah keputusan dibuat
sedangkan rakyat sudah berada dikemuncak kemarahan,” tegasnya.
Menurut
beliau, pendeposit TH adalah orang Melayu dan simpanan tersebut bagi
membolehkan mereka menunaikan fardhu haji.
Menurut
Syed Mehdhar lagi, beliau tidak mempesoalkan apa juga keputusan yang telah
dibuat, bagaimana dan kenapa pembelian
membabitkan TH itu berlaku tetapi kecewa dengan sikap Pengerusi TH yang
mengambil jalan mudah dengan menafikan urusniaga tersebut setelah didedahkan oleh
beberapa laman sosial.
“Saya
selaku Setiausaha UMNO Bahagian dan ahli-ahli parti berhak tahu dan berhak bercakap soal tersebut, ini
melibatkan simpanan umat Islam, mengapa begitu mudah menghakiskan keyakinan rakyat,” soal beliau.
Katanya,
kredibiliti Abdul Azeez yang sudah tercalar itu juga sedikit sebanyak akan
terpalit kepada UMNO yang merupakan parti yang menjadi tonggak kerajaan yang
memerintah.
“Apabila
orang Melayu marahkan TH, marahkan pengerusinya, secara tidak langsung mereka
juga marahkan UMNO, mereka lemparkan tuduhan bukan-bukan kepada parti, inilah penyakit yang kita terpaksa tanggung akibat sikap
berdolak-dalik,” tegasnya.
Katanya
lagi, jika Abdul Azeez seorang pemimpin yang memikul amanah dan tanggungjawab
rakyat sepatutnya beliau mengambil keputusan meletakkan jawatan sebagai
Pengerusi TH.
“Kita
tidak perlu bercerita bagaimana TH bayar dividen, bagaimana pengurusan haji
dibuat oleh TH, tetapi kita bercerita soal prinsip dan kredibilti,” tegasnya
lagi.
Saya sokong Pengerusi TH ditukar atas tindakan beliau berdolak dalih diperingkat awal isu dahulu. Sekali dia berbohong tidak hairan kalau dia kan berbohong lagi pada masa kan datang. jadi sebelum kita semua ditipunya lagi maka kita desak PM menukar segera pengerusi TH....selamatkan UMNO
BalasPadamLETAK JAWATAN DAN TERIMA HUKUMANNYA. (DR.G)
BalasPadam