DATUK
Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pemimpin dan akar umbi UMNO
harus memikirkan bagaimana untuk mengukuhkan keyakinan rakyat terutama orang Melayu
terhadap perjuangan dan masa depan parti.
Ini katanya, kerana UMNO
sejak kebelakangan ini terhimpit dengan pelbagai isu politik termasuk yang sengaja
diprovokasikan oleh pihak pembangkang.
"Jika kita sayangkan UMNO, maka kita perlu mempertahankan parti walaupun dalam apa jua keadaan dan situasi," tegasnya.
Ketua UMNO Bahagian Cheras
itu berpendapat, tindakan tersebut perlu segera dilakukan berikutan senario
politik masa ini yang menyaksikan parti terheret dengan pelbagai isu
kontroversi yang boleh menggugat keyakinan rakyat.
“Kita kena fikirkan
bagaimana untuk kuatkan kedudukan UMNO, cari jalan bagi menyelamatkan parti,” tegasnya
sambil menjelaskan sebarang permasalahan yang berlaku sewajarnya diselesaikan
secara musyawarah.
Sehubungan itu, beliau
berharap tidak akan berlaku tunding-menunding jari sesama pemimpin UMNO di atas
sebarang isu yang berlaku.
“Pemimpin perlu dengar
rintihan rakyat, akar umbi UMNO perlu bingkas menjelaskan apa juga isu
berbangkit tanpa selindung,” ujarnya.
Rakyat katanya, sedang
memerhati sejauhmana kemampuan UMNO untuk meleraikan segala kekusutan yang berlaku.
“Saya bimbang, jika
kekusutan itu dibiarkan berlarutan, orang Melayu akan terhakis sokongan
terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN),” tambahnya.
Beliau mengingatkan, jika
UMNO dan BN hilang kuasa sebagai parti yang membentuk kerajaan pemimpin parti
juga akan hilang jawatan.
Syed Ali tetap berkeyakinan,
UMNO yang selama ini menjadi parti dominan membentuk kerajaan bagaimanapun tetap
menjadi pilihan majorirti orang Melayu di negara ini.
“Walaupun begitu, UMNO
tidak semestinya sentiasa berada di zon selesa, kita terdedah dengan pelbagai bentuk
ancaman sama ada bersifat dalaman
mahupun luaran,” tegasnya.
Beliau berkata, ujian getir
pasti akan dilalui oleh UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang
kerana pembangkang sanggup melakukan apa sahaja untuk menguasai Putrajaya.
“PRU ke-13 lalu telah menjelaskan
segala-galanya, walaupun BN menang dan berjaya membentuk kerajaan secara sah tetapi tidak
memberikan keputusuan yang selesa,” katanya.
Mengulas saranan Presiden
PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang agar Datuk Seri Najib Tun Razak tidak
tunduk kepada tekanan supaya meletak jawatan, Syed Ali menjelaskan pandangan
tersebut boleh ‘dibaca’ daripada pelbagai tafsiran yang berbeza.
“Kita boleh terima
pandangan Haji Hadi itu dengan bersangka baik dan kita juga boleh melihat
daripada sudut lain,” katanya.
Berhubung dakwaan sesetengah
pihak kononnya UMNO kini berpecah kepada dua kumpulan, beliau menjelaskan
sangkaan itu sengaja dimainkan oleh pihak pembangkang.
“Inilah persepsi negatif yang
mula dicanangkan oleh pihak yang cuba menangguk di air keruh,” katanya.
UMNO tambah beliau, tidak
ada kem-kem tertentu kerana semuanya berpegang kepada falsafah perjuangan parti.
Katanya, Presiden dan
Timbalan Presiden termasuk Majlis Tertinggi (MT) UMNO dipilih menerusi mandat ahli-ahli
secara demokrasi.
“Pemimpin dipilih oleh
ahli-ahli di peringkat bahagian UMNO, maka kepimpinan itu tetap kita pertahankan
demi kepentingan parti,” tegasnya lagi.

Senang je, suh najib letak jawatan, leps tu siasat
BalasPadamTolong jangan nak buat sesuka hatilah dengan negara ini..Datuk Najib lupa kot...Dia dengan ketua ketua bahagian kah yang kuat atau akar umbi yang paling kuat
BalasPadam