‘Perang dingin’ Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan berakhir selagi ada batu api dan
oportunis, kata Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
“Golongan inilah yang cuba merosakkan imej UMNO, mereka
laga-lagakan kedua pemimpin atas isu yang dibangkitkan oleh pihak
berkepentingan,” tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras itu.
Secara berterus ternag beliau mendakwa gerakan itu juga
seperti usaha terancang memecah-belahkan perpaduan orang Melayu di negara ini.
“Saya amat bimbang ada strategi untuk hancurkan orang Melayu
dan senjatanya ialah dengan lagakan Dr. Mahathir dengan Najib,” tegasnya.
Menurut beliau, walaupun Najib telah menjawab kesemua tuduhan
dibangkitkan Dr. Mahathir, tetapi jawapan itu tidak akan memuskan hati golongan
yang sengaja mahu melihat perpecahan terus
berlaku dalam parti.
“Golongan oportunis dan batu api ini seronok melihat Dr. Mahathir
menyerang Najib kerana mereka mempunyai agenda menghancurkan UMNO,” tegasnya.
Oleh sebab katanya, ada pihak sanggup mengadakan perhimpunan
dengan menjemput Dr. Mahathir berceramah sambil menyerang kepimpinan Najib.
Sehubungan itu katanya, ahli-ahli UMNO perlu berwaspada agar
tidak terperangkap dengan gerakan seumpama itu.
Beliau menyeru semua pihak kembali bersatu dengan melihat
kepentingan UMNO dan masa depan umat Melayu.
“Kita dimaklumkan Dr. Mahathir akan buat road show,
motifnya dikatakan untuk burukkan Najib,
ini satu perbuatan tidak elok,” katanya.
Sesama UMNO tegas beliau, sepatutnya mengutamakan kepentingan
parti dan rakyat daripada agenda peribadi.
Katanya, setiap pemimpin (Perdana Menetri) ada caranya tersendiri
dan setiap daripada mereka berbeza pendekatannya.
“Dr. Mahathir dengan caranya selama 22 tahun dan Najib juga
ada caranya tersendiri, termasuk Pak Lah (Tun Abdullah Ahamd Badawi), jadi
tidak perlu dijadikan perbandingan,” ujarnya.
Apa yang penting katanya, Najib telah membuktikan
bahawa beliau seorang Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang perjuangannya
berpaksikan kepada kepentingan rakyat.
“Selaku presiden, beliau telah berjaya membawa satu anjakan
kearah pengukuhan parti dan sebagai ketua kerajaan, kepentingan rakyat tetap
menjadi keutamaan,” katanya.
Beliau mengulangi pendiriannya bahawa Najib masih mendapat
sokongan padu daripada rakyat dan seluruh pemimpin serta ahli-ahli UMNO.
Dalam masa yang sama
kata beliau, ahli UNMO juga masih menghormati Dr. Mahathir sebagai bekas presiden parti dan Perdana Menteri yang banyak jasanya kepada negara.
Bagaimanapun beliau bimbang rasa hormat rakyat terhadap Dr. Mahathir
akan terhakis apabila beliau dilihat berterusan menyerang Najib dengan pelbagai
tuduhan.
“Najib sudah menjelaskan 13 perkara yang dibangkitkan oleh
Dr. Mahathir, saya berharap mantan Perdana Menteri itu akan berpusa hati,”
katanya.
“Dr.Mahathir diharap boleh menerima penjelasan Najib, yang
dianggap oleh banyak pihak sebagai telus dan berterus terang.
Syed Ali menjelaskan, 'perang dingin' antara Dr. Mahathir
dengan Najib tidak akan memberikan sebarang manfaat kepada UMNO dan orang Melayu.
Sebaliknya ujar beliau, rakyat akan terperangkap dengan
persepsi negatif yang boleh memberi kesan buruk
kepada UMNO.
Katanya, tidak ada yang untung jika pemimpin UMNO terus
bercakaran sesama sendiri malah akan menghakis tahap keyakinan orang Melayu
terhadap parti dan kerajaan.
“Saya percaya Dr. Mahathir juga tidak mahu UMNO menjadi punah
dan hilang sokongan orang Melayu, oleh sebab itu saya berharap kemelut yang berlaku itu dapat diselesaikan secara
keluarga,” tegasnya.
Ini bukan perang antara dua orang. Ini soal wang rakyat RM42 billion. Rakyat ingin penjelasan drp ahjibgor, tapi dia asyik sembunyi belakang hippo.
BalasPadamKini Tun Dr M rela menjelaskan masalah pimpinan hippo yg menggunakan ahjib sebagai "muka sahaja".
Jawapan ahjib tidak memuaskan. Budak tadika pun boleh jawap lebih tepat.
Tun Dr M hanya ingin selamatkan UMNO yg dihidupkan oleh bapa ahjib sendiri. Akan trajis jika anaknya hancurkan harapan rakyat Melayu Islam.
Oleh itu dato kena buat sesuatu dgn segera & efektif supaya semua ini selesai dgn segera, tak kan dgn tulis kat blog aje
BalasPadamSalam Dato Seri..
BalasPadamBeginilah dato,apa2 sebelum dato bercakap seeloknya dato buat kajian tersendiri. Saya tahu dato memang orang yang berdedikasi.
Syor saya supaya dato buat surver dulu tak payah banyak dan modal pun tak berapa duit pun..
Dato angkat telepon dan cuba call ketua-ketua cawangan UMNO (bukan ketua bahagian) diseluruh Malaysia. Buat random call dalam 15-20 cawangan tanya pandangan mereka. Dato boleh pilih mana-mana cawangan yang dato suka.
Saya percaya dato akan dapat solid pandangan dari akar umbi,
Perang Dingin akan berhenti jika Najib berhenti berlagak BODOH SOMBONG!!!
BalasPadamSikap segelintir UMNO merancang 'roadshow' untuk menjaja sokongan ini ditiru dari sikap Kepimpinan sejak tahun 1980.
BalasPadamTabiat merugikan Umno!.
Setuju 100%
BalasPadamSokong membawa rebah
BalasPadam