KUALA LUMPUR, 18 MEI : Ketua-ketua UMNO Bahagian
digesa memberikan tumpuan kepada fokus menangkis serangan dan tohmahan
dilemparkan Tun Dr Mahathir Mohamed terhadap pentadbiran Dato’ Sri Mohd Najib
Tun Razak dari memberikan sokongan secara individu kepada Perdana Menteri itu.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali
Alhabshee melahirkan rasa kebimbangan dengan trend sesetengah Ketua Bahagian
yang menunjukkan tanda sokongan kepada Dato’ Sri Najib tetapi pada masa yang
sama gagal menangkis sebarang tohmahan Dr Mahathir dan pemimpin pembangkang berkenaan
IMDB dan GST.
Pihaknya bimbang dengan tindakan sesetengah
Ketua Bahagian yang melahirkan sokongan sama ada terbuka dan tertutup kepada
Najib yang akhirnya membawa rebah kepada masa depan parti. Sokongan membabi
buta terhadap mana-mana individu tidak akan menjamin kepada kekuatan parti.
Sebaliknya Ketua Bahagian kena menjadi benteng kepada kekuatan UMNO dan Barisan
Nasional (BN) dalam berhadapan dalam sebarang tohmahan jahat dilakukan pihak
tertentu.
Katanya, pelbagai pihak sama ada di dalam atau
di luar UMNO cemburukan dengan kekuatan parti ini berbanding dengan komponen
Pakatan Rakyat sedang berhadapan krisis dalamannya. Salah satu usaha melemahkan
parti ialah dengan menimbulkan seberapa banyak persepsi negatif berkenaan
pentadbiran Dato’ Sri Najib Tun Razak.
“Dalam keadaan seperti sekarang ini Dato’ Sri
Najib tidak memerlukan sokongan secara individu dari Ketua–ketua Bahagian. Apa
yang beliau perlukan adalah kekuatan dan ketahanan Ketua-ketua Bahagian dalam
menangkis sebarang tohmahan dan fitnah tidak berasas yang dilemparkan Dr
Mahathir terhadap pentadbiran beliau.
“Ini bermakna Ketua-ketua Bahagian kena tampil
ke depan untuk menjawab sebarang tohmahan yang dilemparkan Dr Mahathir kepada
Najib. Mereka tidak boleh lagi simpan kuku atau playsafe dalam mempertahankan
institusi bernama UMNO ini. Jangan bila parti sudah kecundang baharulah kita
terhegeh-hegeh mahu selamatkan parti tetapi sudah terlambat.
“Ketua–ketua Bahagian kena menampakkan
kesepakatan dan senada dalam mempertahankan Presiden UMNO yang berhadapan
dengan kritikan tajam dari Dr Mahathir. Sokongan padu kepada Presiden UMNO kena
dinampakkan dan bukannya dilakukan secara sembunyi-sembunyi,” katanya.
Syed Ali turut mengulas tindakan Dr Mahathir
yang terus melakukan ‘serangan’ kepada Najib dalam ceramah-ceramah terbuka di
negeri-negeri. Dalam ceramah berkenaan Dr Mahathir turut menyentuh antaranya
isu IMDB, Altantuya dan Datin Seri Rosmah Mansor.
Menurutnya, setiap rakyat di negara ini
mempunyai hak dan kebebasan bersuara di dalam negara ini. Mana-mana pemimpin
termasuk mantan Perdana Menteri itu boleh menyuarakan pandangan atau buah
fikiran masing-masing.
Namun kebebasan bersuara yang dimaksudkan itu
janganlah sampai ke peringkat yang boleh memecahbelahkan anggota parti dan
menjahanamkan masa depan negara. Itu yang paling beliau bimbangkan apabila
wujud masyarakat parti yang berpuak-puak.
Katanya, tindakan Dr Mahathir yang melemparkan
komen negatif kepada 1MDB yang sedang melalui audit forensik adalah tidak
tepat. Sedikit sebanyak ianya akan menimbulkan banyak kekeliruan dan salah
faham di kalangan rakyat berkenaan perkara ini.
“Dato’ Seri Najib sendiri sudah menjelaskan
banyak kali mengenai 1MDB jadi semua pihak kena bersabar menunggu keputusan
audit. Malah Dato’ Sri Najib sendiri sudah beberapa kali membuat perakuan bahawa
semua dana rakyat di negara ini dijamin oleh kerajaan jadi kenapa harus
menimbulkan banyak persepsi lain. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan ada
baiknya semua pihak kena menunggu keputusan audit 1MDB sebelum membuat tafsiran
atau gambaran yang bukan-bukan,
” katanya.
Sebagai Ketua Bahagian, Syed Ali turut melahirkan
rasa kebimbangan perpaduan anggota parti yang dilihatnya semakin mereput
lantaran sikap anggota parti sendiri mudah terpedaya dengan gambaran negatif pentadbiran
negara yang digambarkan oleh pihak luar berbanding oleh Perdana Menteri
sendiri.
Kata Syed Ali, seharusnya rakyat tidak mudah
terpengaruh dengan sebarang cerita negatif berkenaan pentadbiran negara yang
dilemparkan oleh sesetengah pihak berada di luar parti.
Sehubungan itu, beliau menggesa Ketua-ketua
Bahagian agar berperanan dengan lebih aktif memberikan pencerahan tentang
isu-isu hangat diperkatakan rakyat antaranya isu IMDB dan Cukai Barangan Dan
Perkhidmatan disalah tafsir oleh rakyat.
“Bagi saya Ketua Bahagian kena menampakkan roh
perjuangan yang jelas. Jangan fizikal nampak menyokong pentadbiran negara tetapi
hati nampak kelabu. Sudah sampai masa Ketua Bahagian menampakkan sokongan yang
jelas dan tanpa berbelah bahagi kepada pentadbiran kerajaan hari ini. Kalau
boleh jangan biarkan orang luar cuba campurtangan dalam urusan parti dan
pentadbiran negara,” katanya.
Syed Ali turut melahirkan kebimbangan apabila
kritikan Dr Mahathir kepada Najib sudah menjadi ‘senjata’ atau ‘alat’ yang
memakan diri sendiri. Tindakan mantan Perdana Menteri itu secara tidak langsung
sudah membuka segala aib kepimpinan UMNO dan BN di mata rakyat.

Salam. Remember, you are some of hussein. Jgn bikin malu keturunan. Syed tak tunduk pd kezaliman dan tyranny.
BalasPadamBanyak KUB yang dok main Wayang Cina. Usah di bimbang TKUB masih ada di bawah membantu YAB Dato Presiden.
BalasPadamNak tahu juga sikit sebanyak apa ulasan yb fasal 1mdb?
BalasPadamApa yg nak dipertahankan soalan tak berjawab. Tak ada sesiapa di bawah yg percaya dgn penjelasan DSN Kecuali ketua bahagian yg mengkhianati kepercayaan ahli umno. Rakyat dah naik menyampah dgn PM ini
BalasPadam