Halaman

Khamis, 19 Mac 2015

Syed Ali : Parti politik bukan Islam berpakat tentang hudud, PAS & UMNO perlu bersatu


KETEPIKAN  sentimen politik dan sokongan terhadap rang undang-undang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan boleh dijadikan perintis kearah kerjasama antara PAS-UMNO, kata Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

"Sekarang terbukti, parti-parti politik bukan Islam berpakat tentang hudud, oleh sebab itu PAS dan UMNO perlu bersatu atas nama Islam," tegasnya.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, sudah sampai masanya kedua-dua parti tersebut melihat kepentingan masa depan orang Melayu khususnya umat Islam berasaskan kepada senario politik masa kini.

"Dengan membuang sentimen dan prejudis  politik masing-masing dan menjadikan sokongan terhadap cadangan hukum hudud itu, saya berkeyakinan tidak ada halangan untuk PAS dan UMNO berkerjasama," tegasnya.

Lagipun dakwa beliau, orang Melayu dan agama Islam di Malaysia sudah lama diperlekehkan malah semakin ketara sejak akhir-akhir ini oleh bukan Islam atas faktor politik.

"Parti-parti politik yang mewakili bukan Melayu semakin berani menghina dan memperlekehkan Islam  dengan pelbagai cara dan disetiap sudut," ujarnya.

Malah tegas beliau, bukan Islam secara terbuka berani menghina kedudukan raja-raja Melayu sebagai ketua agama.

Keberanian bukan Islam itu katanya, berlaku kerana orang Melayu dan umat Islam berpecah-belah kerana perbezaan politik.

Justeru itu kata Syed Ali, sokongan UMNO terhadap cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud khususnya di Kelantan merupakan titik permulaan kearah kerjasama yang lebih menyeluruh.

"Kerjasama itu bukan sekadar bersandarkan kepada status politik,. tetapi menjuruskan kepada agenda mempekasakan orang Melayu, umat Islam dan agama Islam yang semakin mencabar hari ini," tegasnya.

Beliau menarik perhatian PAS sekarang ini mungkin sudah dapat mengenali 'siapa kawan dan siapa lawan' apabila parti itu berada didalam keadaan tertekan bersabit hukum hudud.

"PAS sudah dapat melihat betapa sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat (PR), DAP dan PKR jelas menentang sebarang usaha melaksanakan hukum hudud.

Penentangan DAP dan PKR terhadap cadangan PAS kata beliau, turut disokong kuat oleh MCA dan Gerakan yang merupakan komponen Barisan Nasional (BN).

"Secara jujur, kita kena lihat realitinya betapa bukan Islam boleh bersatu walaupun berbeza ideologi politik kerana menolak sebahagian daripada hukum Islam," ujarnya.

"Jika mereka (bukan Islam) boleh bersatu menentang Islam (hudud), mengapa PAS dan UMNO tidak boleh berganding bahu,? soal beliau.

Katanya, UMNO dan PAS yang dianggotai majoriti orang Melayu perlu lebih bertanggungjawab mempertahankan masa depan umat Islam di negara ini.

Katanya lagi, penentangan MCA, Gerakan, DAP dan PKR terhadap hudud membuktikan mereka tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Syed Ali berpendapat, parti bukan bukan Melayu menentang hudud kerana bimbang terhadap kebangkitan umat Islam di negara ini.

"Itulah sebabnya rakan-rakan komponen BN seperti MCA dan Gerakan menentang sekeras-kerasnya cadangan pelaksanaan hukum hudud," ujarnya.

Beliau berkata, tindakan  MCA dan Gerakan mengikut jejak langkah DAP sebagai tidak menghormati UMNO sebagai parti teras kepada kerajaan.

Syed Ali juga melahirkan rasa kecewa dan terkejut dengan pendirian Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Ismail yang melarang ADUN PKR menyokong rang undang-undang yang dibentangkan di DUN Kelantan bagi melaksanakan hukum hudud.

"Saya terkejut kerana Wan Azizah orang Melayu dan beragama Islam, tetapi ADUN PKR tidak dibenarkan menyatakan sokongan terhadap cadangan pelaksanaan hukum hudud yang dibawa oleh PAS," katanya.


PKR dalam satu kenyataannya yang ditandangani oleh Wan Azizah dikatakan telah mengarahkan wakilnya di DUN Kelantan, Mohd Roslan Puteh untuk tidak menyertai perbahasan dan pengundian ke atas rang undang-undang hudud di negeri itu.

Satu kenyataan parti itu antara lainnya menegaskan pendirian bahawa syariat Islam yang lebih besar perlu diutamakan, dan bukan hanya melalui kanun hudud.





2 ulasan:

  1. PAS KATA (SLOGAN DISIGN BOARD PAS) "PAS FOR ALL" TAPI BILA TIBA TANG PERLAKSANAAN HUDUD DI KELANTAN HANYA UNTUK ORANG ISLAM. CUBA KITA TENGOK BERUNEI, ADAKAH UNTUK SELURUH RAKYAT BERUNEI (TANPA MENGIRA AGAMA)M ATAU HANYA UNTUK RAKYAT ISLAM SAHAJA?

    BalasPadam
  2. Nik Aziz kata...kalau UMNO mnjuarai isu HUDUD. PAS akan bubar...!
    Tapi UMNO tak berani...UMNO lebih sayang biawak hidup dlm BN..

    BalasPadam