Halaman

Khamis, 27 November 2014

Akta Hasutan 1948 : PM dengar suara akar umbi – Syed Ali


UMNO Bahagian Cheras menyambut baik keputusan kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948.

Ketuanya, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, langkah itu akan menjamin kestabilan negara dan keharmonian rakyat pelbagai kaum di negara ini.

“UMNO Bahagian Cheras sememangnya amat berharap akta Hasutan 1948 dikekalkan walaupun terdapat beberapa pindaan,” ujarnya.

Tambah beliau, ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan kerajaan komited menangani isu keselamatan negara.

Beliau berkata, Najib yang juga Presiden UMNO ternyata mendengar suara dan pandangan ahli-ahli parti di peringkat akar umbi.

“Ahli-ahli UMNO di setiap peringkat mahu akta tersebut dikekalkan dan Najib mengambilkira pandangan tersebut.

Keputusan itu juga kata beliau, merupakan pelan transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri.

Katanya, UMNO yang mendokong kerajaan mempertahankan akta tersebut.

“Akta tersebut amat penting sejajar dengan senario politik masa kini dan penularan pelbagai isu yang menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama,” katanya.

Sehubungan itu, Syed Ali mahu kerajaan memberi perhatian serius terhadap usaha pihak tertentu menyebarkan fitnah berbau hasutan menerusi media eletronik.

Beiau mendakwa, media eletronik khususnya laman-laman sosial telah dijadikan medan serangan fitnah pihak tertentu memburukkan kerajaan.

“Ia satu fitnah terancang dan perlu dibanteras habis-habisan,” katanya.

Tambah beliau lagi, isu agama yang dimanipulasi pihak berkepentingan juga perlu diberikan keutamaan disamping isu perkauman yang dijadikan agenda politik.

“Saya yakin Akta Hasutan 1948 dengan beberapa pindaannya berupaya mengekang gejala tersebut daripada terus memesong akidah dan syariat umat Islam di negara ini,” tegasnya.

Najib ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2014, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini mengumumkan Akta Hasutan 1948 dikekalkan.

Beliau berkata, Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan cadangan pindaan untuk memasukkan dua peruntukan khas bagi menguatkan dan memperkukuhkan akta itu.


Presiden Umno itu juga berkata kedua-dua peruntukan khas itu bertujuan melindungi kesucian Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.



"Kita akan masukkan (peruntukan khas itu) supaya tindakan boleh diambil ke atas sesiapa yang cuba menghasut Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia," katanya.





1 ulasan:

  1. SYUKUR ALHAMDULILLAH dgn. KEBERANIAN YAB PM kita ni!

    Kerana kalau si PENDATANG KAPIRDAJAL RASIS nak "Jus Soli" tidak dipersoalkan, jgn. sekali galak MENGHINA/MENGGERTAK Islam/umatnya termasuk Kesultanan Islam/Melayu kami, dan identiti/hak Bumiputera Melayu, termasuk MEROMPAK Tanah Rizab Melayu PUSAKA nenek moyang berzaman kami dgn. sewenangnya! Serta juga mahu MEMISAHkan Sabah-Sarawak!

    Makcik Sambal Belacan

    BalasPadam