Halaman

Isnin, 27 Oktober 2014

Syed Ali : Ketua Wanita PKR tidak perlu 'ajar' mahkamah adili kes Anwar


KETUA Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin tidak perlu untuk 'mengajar' mahkamah supaya bersikap adil dalam mengendalikan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkannya satu ancaman terhadap sistem kehakiman di negara ini.

Katanya, ugutan Zuraida reformasi sepertimana berlaku pada tahun 1998 akan berulang jika Anwar diperlakukan dengan tidak adil sebagai cuba mengganggu prosiding kes tersebut yang bermula esok (Selasa).

"Ahli Parlimen Ampang itu sengaja melakukan provokasi, cuba mengganggu dan campur tangan dalam sistem perundangan serta keadilan mahkamah," tegasnya.

Sebaliknya jelas beliau, tidak ada sebab untuk Zuraida melahirkan rasa bimbang kerana proses pengadilan tidak ada campur tangan politik.

Zuiraida kata beliau, sengaja mencari publisiti murahan dengan membuat andaian karut kerana agenda politik pembangkang.

Beliau mengulas kenyataan Zuraida seperti disiarkan portal berita The Malaysian Times hari ini, yang mahukan mahkamah berlaku adil terhadap Anwar sambil memberi amaran reformasi akan berlaku sepertimana 1998 jika Anwar diperlakukan sebaliknya.

Menurut Syed Ali lagi, ancaman yang dikeluarkan oleh Ketua Wanita PKR itu  bagaimanapun dilihat sebagai usaha terdesak pembangkang menyelamatkan nyawa politik Anwar yang sudah sampai di penghujungnya.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, Anwar dan penyokongnnya perlu menerima hakikat di atas kes tersebut, tidak sewajarnya mereka menolak takdir" katanya.

Beliau berkata, penangguhan berpuluh kali kes liwat Anwar oleh mahkamah sebelum ini jelas membuktikan bahawa sistem  perundangan negara ini adil kepada semua pihak.

"Pembangkang sengaja lakukan provokasi untuk memesongkan perhatian rakyat," katanya.

Mengulas usaha PKR membawa pemerhati antarabangsa sepanjang prosiding kes tersebut, Syed Ali menjelaskan itu hak mereka (pembangkang).

"Apakah masih tidak cukup dengan putarbelit dan manipulasi yang mereka lakukan selama ini di luar negeri untuk menunjukkan Anwar bersih,? soal beliau lagi.

Tambah beliau, sistem perundangan dan kehakiman negara ini tidak memerlukan tunjuk ajar daripada pihak luar.

"Sistem perundangan dan badan kehakiman kita adalah yang terbaik dan rakyat memahami keadaan sebenar," ujarnya.

1 ulasan:

  1. Boleh pulak jadikan mahkamah bahan mainan pulak...dari mana zuraida belajar undang-undang? please la..pemikiran dan hati MP ini dah jumud kot? Ingat Mahkamah Malaysia mahkamah kangaroo ker? apa tak reti nak berhujah ker dalam mahkamah? kata ade peguam hebat..ayuh masuk gelanggang la. Lawan tetap lawan. Reformasi Taik Kucing.....

    BalasPadam