AKTIVIS pro-pembangkang, Ali Abd. Jalil (gambar bawah) dan blogger 'seks' Alvin Tan yang kini melarikan diri ke luar negeri sewajarnya dilucutkan taraf kewarganegaraan mereka, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Ini katanya, kedua individu tersebut jelas melanggar Perlembagaan Negara dan dikatakan cuba melakukan hasutan terhadap raja-raja Melayu terutama Yang Dipertuan Agong.
"Mereka berdua telah menunjukkan sikap tidak setia kepada negara, maka orang seperti ini tidak sepatutnya berada di Malaysia," tegasnya.
Katanya, tindakan sewajar dengan perbuatan mereka ialah melucutkan taraf kerakyatan kerana kedua individu berkenaan sudah memilih haluannya untuk berlindung di luar negeri.
Beliau berpendapat pihak berkuasa negara ini dengan kerjasama Polis Antarabangsa (Interpol) berkemungkinan boleh 'menjejaki' Ali dan Alvin Tan sekiranya ada keperluan undang-undang untuk mengheret mereka ke muka pengadilan.
"Orang seperti ini perlu diajar dengan undang-undang supaya menjadi teladan kepada generasi muda," tegasnya.
Beliau mengulas tindakan Ali yang dilaporkan telah melarikan diri ke Sweden untuk mendapatkan suaka politik.
Manakala Alvin Tan yang pernah menghina dan mempersendakan agama Islam dan orang Melayu di negara ini kini dikatakan bersembunyi di Amerika Syarikat.
Ali merupakan antara individu yang turut menyertai perarakan anjuran Majlis Peguam bagi membantah Akta Hasutan, baru-baru ini.
Beliau telah ditahan berkali-kali berhubung tulisannya yang didakwa menghina kerabat istana.
Menguals lanjut, Syed Ali menyifatkan Ali dan Alvin Tan merupakan pengkhianat kepada negara dan perbuatan mereka tidak boleh dimaafkan.
Beliau mempersoalkan tindakan Ali cuba mendapatkan suaka politik di Sweden sebagai tidak munasabah.
Menurutnya, suaka politik memberi makna mencari perlindungan di negara lain kerana keadaan di negara asal tidak aman.
Ali sepertimana kenyataannya disiarkan portal berita malaysiakini.com hari ini turut berkata walaupun Sweden mepunjyai raja, tetapi tidak seperti di Malaysia, raja Sweden lebih terbuka kepada kritikan.
Dalam hal ini, Syed Ali berkata perbandingan yang dibuat oleh Ali amat tidak berasas kerana kedua negara mempunyai undang-undang yang berbeza.
"Sebagai rakyat Malaysia, dia sepatutnya lebih menghormati institusi beraja di negara ini," tegasnya.
Katanya lagi, semua negara mempunyai undang-undang kearah kesejahteraan rakyat dan mereka yang sengaja mencabuli undang-undang tersebut pasti akan dikenakan tindakan.
"Jika Ali menyifatkan Sweden lebih baik daripada Malaysia, adalah lebih baik untuk beliau memohon kerakyatan negara tersebut.
Negara ini tambah beliau, tidak memerlukan rakyat yang bersifat pengkhianat dan berpaling tadah sehingga tergamak menghina dan mencerca ketuanan bangsanya sendiri.
Beliau seterusnya menyelar sikap Ali yang membuat tohmohan kononnya Malaysia tidak aman dan menyekat kebebasan rakyat.

"Malaysia sebuah negara aman damai, rakyatnya bebas berpolitik selagi tidak mencela dan melanggar undang-undang sedia ada," jelas beliau.
Tambah beliau, iklim politik di negara ini bersih menyebabkan tumbuhnya pelbagai parti politik oposisi dan mereka bebas dan diberi hak untuk menyertai pilihan raya sejajar dengan proses demokrasi.
"Apabila mereka menang menerusi proses pilihan raya, kerajaan majoriti (pemerintah) tetap mengiktiraf kedudukan mereka sama ada di peringkat negeri dan pusat," ujarnya.
Oleh sebab itu katanya, dakwaan Ali bahawa Malaysia sebagai sebuah negara tidak aman adalah tidak masuk akal dan merupakan provokasi jahat.
"Dia kata tidak selamat, sebenarnya ini berpunca daripada sikap khianat dan jahatnya yang secara terbuka menghina kedudukan institusi raja-raja Melayu, " tegasnya.
Menurut Syed Ali lagi, apabila seseorang cuba melakukan hasutan dan mencerca peraturan yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan institusi beraja, maka perbuatan tersebut sudah mencabuli undang-undang.
"Dalam hal ini, Ali dan Alvin Tan secara jelas telah melanggar Perlembagaan Persekutuan, ini bermakna mereka berdua sudah hilang sikap taat dan hormat kepada negara ini," tambahnya.
Justeru itu kata beliau, kerajaan perlu bertindak tegas terhadap keduan individu berkenaan termasuk melucutkan taraf kerakyatan mereka.
Dalam masa yang sama, Syed Ali turut mempersoalkan bagaimana Ali boleh 'menyusup' keluar negeri dan kini dilaporkan berada di Sweden.
"Saya hairan bagaimana dia boleh lepas dengan begitu mudah," katanya.
SETUJU 1000000000%
BalasPadamAPABILA KITA MELIHAT PERKATAAN SUAKA ( PERLINDUNGAN SUAKA )
SUDAH JELAS ORANG ITU TIDAK MENUNJUKKAN KESETIAAAN DENGAN NEGARA
TIDAK YAKIN DENGAN SISTEM PERUNDANGAN NEGARA
SEPATUTNYA SECARA OTOMATIK TERLUCUT KEWARGANEGARAANNYA
DIMINTA PIHAK KERAJAAN MELALUI PIHAK IMEGRESEN MEMBATALKAN PASPORT MEREKA BERDUA