Halaman

Isnin, 13 Oktober 2014

Dakwaan Palsu Anwar, Kerajaan Sentiasa Bantu Peminjam PTPTN -Syed Ali


KUALA LUMPUR, 13 OKTOBER : Kerajaan sentiasa membantu pelajar yang membuat pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang miskin dan tidak berkemampuan meneruskan pelajaran mana-mana pusat pengajian dalam dan luar negara.

Tidak benar mengatakan kerajaan mengejar peminjam PTPTN dan membebaskan penghutang dari kalangan jutawan tanpa sebarang tindakan sepertimana dakwaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali AlHabshee menyifatkan dakwaan terbaru Anwar sebagai sudah ketandusan isu dan menghina kerajaan yang sentiasa mengambil berat soal pendidikan rakyat tidak berkemampuan di negara ini

“Bagi mempastikan pelajar tidak berkemampuan turut mendapat pendidikan sempurna sepertimana orang lain maka mereka boleh membuat pinjaman PTPTN. Selepas mereka tamat belajar kerajaan pun tidak pernah mendesak dan memberi peluang mereka mendapat pekerjaan terlebih dahulu sebelum melangsaikan hutang pinjaman tersebut.

“Setakat ini kita belum mendengar lagi peminjam PTPTN mendapat waran tangkap atau ditahan di dalam lokap kerana gagal menjelaskan pinjaman. Setakat ini proses pembayaran mengikut prosedur dan tidak terdapat mana-mana peminjam PTPTN di zalimi atau dipaksa menjelaskan pinjaman dalam keadaan tidak mampu dan stabil pendapatan,” katanya.

Kata Syed Ali, sepatutnya Anwar kena memberi tumpuan isu penganjuran pesta arak Oktoberfest di negeri Selangor yang mengundang kemarahan umat Islam dan bukannya campurtangan dalam hal-hal tidak sepatutnya.

“Sepatutnya PKR dan DAP tidak menjadi tunggul mati dan membiarkan pesta arak dianjurkan di negeri Selangor. Kenapa Anwar tak bertindak dalam perkara ini jelas menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini,” katanya.

Menurutnya, selama ini kerajaan melalui Kementerian Pendidikan sentiasa mengambil tindakan berbincang dan sentiasa bertolak ansur dalam isu PTPTN.

Namun ada antara mereka yang bergaji lumayan gagal menjelaskan pinjaman PTPTN tetapi kementerian masih mengambiil kaedah terbaik iaitu mengadakan perbincangan dengan peminjam terbabit.

“Bagi saya dakwaan Anwar mengatakan kerajaan tidak memungut cukai atau hutang kepada jutawan dan orang-orang kaya merupakan satu fitnah yang sengaja diatur bagi memberikan gambaran negatif rakyat kepada kerajaan.

“Kerajaan mempunyai prosedur atau peraturan tertentu memungut hutang PTPTN dan cukai dari orang-orang kaya ini. Bagi saya tuduhan kerajaan tidak memungut cukai dari jutawan dan orang-orang kaya jelas mempunyai niat jahat yang sengaja direka untuk memburuk-burukkan kerajaan,” katanya.

Katanya, penubuhan PTPTN jelas mahu membantu golongan susah mendapatkan pendidikan sempurna. Pinjaman PTPTN perlu dijelaskan oleh mereka yang meminjam bagi memberikan peluang orang lain pula mendapat faedahnya dari penubuhan tabung ini.



 

1 ulasan:

  1. Datuk, memang betul kerajaan tidak menzalimi penghutang tapi terlalu banyak yang masih tidak mahu bayar hutang mereka, sedang mereka berada dalam tingkatan yang tertinggi dari segi pendapatan. Kerajaan kena lebih active dan tegas dalam issue ini. Tolong ingatkan mereka dalm bentuk advertisement yang mereka juga akan mempunyai keluarga dan anak yang akan menuntut di luar negeri mau pun dalam negeri dan ini akan menjadi penyebab sekira nya anak mereka tidak mendapat pinjaman. Jangan pandang yang lepas tapi tengok yang akan datang. Ini ada lah satu peringatan untuk mereka.

    BalasPadam