
KUALA LUMPUR, 22 SEPTEMBER : Kata Abdul Hadi Awang semasa ucapan penggulungan Muktamar PAS Kali Ke- 60 dalam parti itu ‘ada broker, ada barua’ selayaknya ditujukan kepada gabungan parti Pakatan Rakyat dan bukannya kepada PAS semata-mata.
Perkara ini ditegaskan, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali AlHabshee yang menyifatkan PAS sudah hilang pedoman dalam perjuangan dan seharusnya parti itu dibubarkan selepas melakukan banyak ‘kecederaan’ kepada umat Islam dan Melayu di negara ini.
Syed Ali turut menambah, dalam PAS bukan sahaja ‘ada broker, ada barua’ malah dalam parti Pakatan Rakyat itu ada segolongan sikitol, ada petualang, ada penderhaka dan ada individu yang sanggup memecahbelahkan perpaduan rakyat pelbagai kaum semata-mata mempunyai cita-cita besar mahu menjadi Perdana Menteri.
“Saya sememangnya tidak sedikit pun merasa terkejut bila Hadi Awang berkata dalam PAS ‘ada broker, ada barua’ kerana sudah lama menganggap parti itu tidak mempunyai pendirian yang jelas dalam perjuangan sehingga sanggup menjadi kuda tunggangan kepada PKR dan DAP. Saya menganggap PAS tidak lebih hanya sebagai perkakasan PKR dan DAP bagi memastikan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
“Baru hari ini Hadi Awang tahu PAS dijadikan hotel, tempat persinggahan dan jambatan pendek untuk menyeberangi sungai? Siapa yang menjadikan PAS sebagai hotel, tempat persinggahan dan jambatan pendek kalau bukannya rakan sekutu parti itu PKR dan DAP yang sanggup berbuat apa sahaja termasuk mempersoalkan Perlembagaan Negara semata-mata tamakkan kuasa,’’ katanya.
Kata Syed Ali, tidak usahlah Hadi Awang menyebut soal baiah dan walak dengan pihak lain diharamkan kerana PAS berpegang kepada jati diri Islam. Realitinya bila PAS sanggup tidur sebantal dengan DAP secara tidak langsung menunjukkan parti itu hanya mempergunakan Islam untuk faedah politik semata-mata.
Sebelum ini pelbagai golongan masyarakat termasuk anggota PAS sendiri menasihatkan parti itu keluar dari gabungan Pakatan Rakyat namun tidak diendahkan oleh Hadi Awang. Malah PAS terus membatu tindakan DAP dan PKR yang mempersendakan Perlembagaan Negara termasuk tidak menghormati institusi istana.
Tegas Syed Ali, Dewan Ulama PAS sudah tidak berfungsi dan hanya patung-patung bernyawa yang hanya mengikut telunjuk individu bernama Anwar Ibrahim. Kini PAS didominasi kumpulan sekular dan Anwarinas sudah jauh tersasar dari landasan perjuangan parti itu. Perjuangan PAS bukan lagi’ membangun bersama Islam’ sebaliknya lebih kepada cita-cita politik untuk mendapatkan kuasa.
“Saya mahu tanya di sini di mana pendirian PAS bila DAP mempersenda institusi beraja di negeri Perak suatu ketika dahulu? Apa tindakan PAS bila DAP tidak mahu menerima hukum hudud dan mempersoalkan kepentingan Melayu? Malah PAS terus seiya dan sekata dengan PKR dan DAP mahu meletakkan Anwar Ibrahim yang dipertikaikan soal moral dan akhlaknya sebagai calon Perdana Menteri.
“Inikah wajah PAS yang sebenarnya kalau sesuatu perkara itu dilihat menguntungkan parti itu sehingga sampai peringkat boleh menerima individu yang dikaitkan dengan isu moral dan akhlak sebagai calon Perdana Menteri . Inikah landasan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS? Walau DAP menentang hukum hudud dibolehkan walau bertentangan dengan ideologi perjuangan Islam PAS?
“Pada pandangan saya, PAS bukan sahaja menjadi alat kepada DAP dan PKR malah dijadikan ‘tandas’ oleh puak-puak mempunyai agenda kepentingan diri dalam Pakatan Rakyat. PAS hanya dijadikan tempat buang ‘hajat besar’ DAP dan PKR.
Tidak usahlah PAS mahu mengkaji semula tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP kerana hakikatnya rakyat sudah melihat wajah sebenar PAS yang jelas tidak konsisten dalam matlamat perjuangannya. PAS boleh mengkafirkan orang Melayu UMNO tetapi sanggup pula bersubahat dengan DAP dan PKR,’’ kata Syed Ali.
Sehubungan itu Syed Ali, menasihatkan rakyat negara ini termasuk golongan muda terutamanya agar menolak PAS dan sekutunya DAP dan PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU 14). PAS hanya menjadi sampah sarap dalam Pakatan Rakyat dan tidak mempunyai prinsip dalam perjuangan.
Katanya, Pakatan Rakyat tidak layak menjadi kerajaan kerana boleh menimbulkan lebih banyak kerosakan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Pakatan Rakyat adalah parti caca merba dan hanya mendatangkan kerugian kepada orang Melayu serta jauh dari panggang untuk mengembalikan kekuatan Islam dan Melayu di negara ini.
Kalau PAS tak keluar daripada PR dan masih berterusan bersaama DAP dan PKR dalam politik Malayis, memamang nyata PAS dan para pemimpinnya hanya mementingkan undi cvina untuk servival PAS.
BalasPadamMereka tahu tanpa sokongan cina PAS akan terkubur dalam PRU akan datang. Di Kelantan mungkin boleh, tetapi di negeri lain jangan harap. Nak dapat satu kerusi pun terkapai=kapai.