Halaman

Isnin, 11 Ogos 2014

Syed Ali mahu Anwar berfikiran waras terima keputusan Dewan Diraja Selangor kekal Khalid sebagai MB


KUALA LUMPUR, 11 OGOS : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu patuh kepada keputusan mesyuarat Dewan Diraja Sultan Selangor yang bersetuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor.


Mesyuarat dewan tersebut telah dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee keputusan mesyuarat tersebut hari ini dilihat akan menamatkan krisis politik di negeri tersebut.

“Anwar yang sebelum ini kemaruk jawatan Menteri Besar untuk disandang oleh isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail perlu akur dengan keputusan tersebut,” tegasnya.

Katanya, jika Anwar masih berkeras mahukan Khalid meletakkan jawatan bermakna beliau telah menderhaka kepada keputusan yang dibuat oleh Dewan Diraja Selangor.

“Saya ingatkan Anwar, janglah jadi penderhaka kepada istana (Selangor), cukuplah bermain poltik untuk kepentingan keluarga dan kroni,” tegasnya.

“Sekarang keputusan sudah muktamad, Khalid masih mendapat kepercayaan Sultan Selangor selaku Menteri Besar.

Beliau berkata, selagi Anwar masih berkeras supaya Wan Azizah sebagai Menteri Besar, pentadbiran negeri berkenaan akan menjadi kucar-kacir.

“Jangan terlalu gilakan jawatan, utamakan rakyat dan hormatilah keputusan mesyuarat Dewan Diraja Selangor,” ujarnya.

Beliau mengulas keputusan mesyuarat Dewan Diraja Selangor pagi ini yang mana Khalid dalam sidang medianya selepas itu memberitahu Sultan Selangor perkenan beliau kekal sebagai Menteri Besar.

Syed Ali berkata, Anwar perlu berfikiran waras untuk menerima keputusan tersebut demi kepentingan rakyat.

Beliau menyifatkan Anwar sebagai dalang disebalik krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor

Tambahnya, Sultan mempunyai kuasa untuk melantik seseorang Menteri Besar bersandarkan undang-undang tubuh sedia ada.

Oleh sebab itu jelas beliau, seseorang Menteri Besar sewajarnya mendapat perkenan dan mempunyai hubungan baik dengan Sultan.


Dakwa beliau lagi, Anwar bermatian-matian berebut jawatan Menteri Besar Selangor untuk isterinya tetapi kuasa sebenarnya akan didominasi oleh DAP.


Katanya,  DAP akan menguasai sepenuhnya pentadbiran negeri Selangor jika Wan Azizah dilantik sebagai Menteri Besar.

Dalam perkembangan terkini, BERNAMA melaporkan bahawa Khalid berpuas hati dengan keputusan mesyuarat Dewan Diraja Selangor pagi ini.

Mesyuarat dua jam bermula kira-kira pukul 10 pagi itu dipengerusikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membincangkan antara lain kemelut jawatan Menteri Besar itu.


Pada 9 Ogos, PKR memecat  Khalid daripada keanggotaan parti berkuat kuasa serta-merta kerana mengingkari arahan parti supaya  meletakkan jawatan Menteri Besar bagi memberi laluan kepada Dr Wan Azizah.









1 ulasan:

  1. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan pelantikan individu yang layak menjadi Menteri Besar negeri itu. Kuasa itu diperuntukkan dalam Artikel 51, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
    "Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak dalam dua perkara dan boleh membuat keputusan tanpa perlu nasihat iaitu yang pertama dalam hal pemilihan Menteri Besar dan kedua, soal pembubaran Dewan Undangan Negeri. "Dalam membuat keputusan menyentuh kedua-dua perkara itu, sultan tidak perlu bertindak atas nasihat sesiapa.
    Maka itu rakyat Negeri Selangor harus sedar dan bangkit melihat bahawa "Langkah Kajang" yang di cetus oleh Dato Seri Anwar Ibrahim dan YB Rafizi telah bertukar menjadi "Langkah Kejang"

    BalasPadam