Halaman

Jumaat, 8 Ogos 2014

Krisis MB S’gor : Anwar tidak bermoral, cuba padam sejarah liwat - Syed Ali


KUALA LUMPUR, 8 OGOS : Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa sengaja mencetuskan krisis politik di Selangor bertujuan mengalih perhatian umum terhadap kes liwatnya, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Beliau berkata, Ketua Umum PKR itu menjadikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai sasaran dengan cuba menjatuhkannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Katanya, Anwar juga cuba memadamkan sejarah kes liwatnya yang sebelum ini menjadi cemuhan rakyat.

“Dia sengaja mencipta krisis politik di Selangor untuk memadamkan kisah moralnya yang tercalar teruk gara-gara kes meliwat,” tegasnya.

Bagaimanapun tambah beliau, rakyat tidak mudah lupa pembabitan beliau dalam kes tidak bermoral tersebut sehingga diheret ke muka pengadilan.

“Jika hendak dibandingkan Anwar dengan Khalid, moral Anwar lagi teruk dan tidak layak diangkat sebagai pemimpin,” ujarnya.

Tambah Syed Ali lagi, Khalid telah dijadikan mangsa kerakusan politik pihak yang berkepentingan dalam PKR.

“Khalid telah melaksanakan tanggungjawab sebagai Menteri Besar dengan baik tetapi sengaja dinafikan oleh Anwar.

Sepertimana pendirian PAS kata beliau, Khalid tidak mengkhianati amanah rakyat dan sewajarnya dipertahankan.

Beliau juga mendakwa, Anwar sengaja menghuru-harakan perjanjian air kerjaaan Negeri Selangor dengan kerjaan Pusat dengan menafikan peranan Khalid selaku Menteri Besar.

“Anwar sememangnyanya pengacau dan pengkhianat kepada kestabilan negara,” ujarnya sambil mempersoalkan apakah rakyat Selangor masih belumt dapat menilai kejujuran Anwar.

Katanya, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mengamalkan sikap diktator dan kuku besi bagi menghalalkan impian politiknya.

Beliau menegaskan, Ketua Pembangkang itu turut mencabuli prinsip demokrasi apabila menamakan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail sebagai bakal Menteri Besar.

“Tidak ada persetujuan kolektif sesama pakatan pembangkang, Anwar buat keputusan secara diktator,” tambahnya.

“Anwar ada strategi terancang apabila bermati-matian mahukan Wan Azizah sebagai Menteri Besar walaupun mengetepikan istana Sultan Selangor.

Menurut beliau, kemelut poltik di Selangor semakin serius kerana Anwar menjadi dalang yang tidak memperdulikan kepentingan rakyat.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali mahu PAS bertegas dalam isu politk di Selangor dan tidak  termakan pujuk rayu Anwar.

“Hari ini perang terbuka sudah berlaku antara PAS dan PKR disamping DAP cuba mengaut keuntungan,” tegasnya.

DAP katanya, sememangnya ‘seronok’ melihat orang Melayu bertelagah sesama sendiri.


Sehubungan itu katanya, PAS perlu segera menarik diri daripada Pakatan Rakyat (PR) daripada terus tersepit di dalam krisis tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan