
KUALA LUMPUR, 22 OGOS : Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, percaturan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas amat berbahaya kepada masa depan orang Melayu.
Beliau mendakwa, usaha menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang didalangi Anwar mendapat sokongan kuat daripada DAP.
"Anwar dan rakan subahatnya, DAP mahu menjadikan Selangor sebagai tapak permulaan melancarkan gerakan bersepadu menguasai negara ini walaupun caranya bertentangan dengan amalan demokrasi," tegasnya.
Bagi menjayakan misi tersebut, beliau berkata 'Langkah Kajang' merupakan strategi Anwar dengan meletakkan isteri beliau, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar.
Tambah beliau, jika usaha Anwar menjadikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor berjaya tetapi 'kuku' sebenar disebalik pentadbirannya adalah daripada DAP.
"Wan Azizah hanya sekadar dijadikan boneka, segala-galanya dicaturkan oleh DAP," tegasnya.
"Untuk menguasai sepenuhnya pentadbiran negeri Selangor, Khalid perlu disingkirkan walaupun Menteri Besar itu tidak melakukan sebarang kesalahan," tegasnya.
Oleh sebab itu katanya, Anwar dan DAP tidak memperdulikan mesej jelas daripada Sultan Selangor yang perkenan Khalid dikekalkan sebagai Menetri Besar.
Katanya lagi, penentangan secara terbuka rakyat Selangor terhadap pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar juga tidak diendahkan oleh Anwar.
"Perlakuan rakus Anwar yang langsung tidak menghormati suara rakyat dan istana Sultan Selangor membutkikan bahawa mereka mempunyai agenda untuk menguasai sepenuhnya negeri tersebut," katanya.
Beliau bimbang agenda politik Anwar yang disifatkan sebagai amat radikal dan berbahaya kepada masa depan rakyat terutama orang Melayu di negara ini.
Syed Ali menjelaskan, pendedahan beberapa siri demontrasi yang didalangi Anwar sebelum ini membabitkan perbelanjaan jutaan ringgit memberi jawapan kepada usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat menerusi sistem pilihan raya.
"Saya khuatir wang akan dipergunakan oleh Anwar untuk menyakan misi politiknya dan Selangor pula merupakan negeri yang terkaya di negara ini," tegasnya.
Beliau mengingatkan budaya politik jalanan dan demontrasi haram merupakan budaya kotor yang cukup sinonim dengan Anwar.
"Kita tidak boleh memandang mudah perkara ini, mungkin Anwar cuba mencontohi demontrasi politik ala 'Arab-Spring' dan apa yang berlaku di Thailand," tegasnya.
Katanya, gerakan politik melampau Anwar jika tidak ditangani dengan baik dikhuatiri akan menjahankankan kestabilan negara ini.
"Kita tidak mahu negara kita hancur kerana perbuatan khianat Anwar yang sanggup menghalalkan cara untuk berkuasa," tegasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau menyelar sikap tidak konsisten Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang berhubung krirsis politik di Selangor.
Menurut beliau, tindak-tanduk PAS yang turut bersekongkol dengan Anwar dan DAP amat mengecewakan rakyat.
"PAS hanya bertopengkan agama untuk membohongi rakyat, mereka tergamak menjual harga diri kerana ingin menjaga kepentingan politik," tegasnya.
UMNO KETAWA. RAKYAT MENANGIS
BalasPadamPenulis merujuk kepada postor `UMNO KETAWA. RAKYAT MENANGIS' yang di bawa oleh NGO Cina dan petunjuk perasan terhadap MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, yang menuntut beliau letak jawatan.
Pada pendapat peribadi saya, memang UMNO sedang ketawakan rakyat Selangor menangis. Ini adalah kerana mereka sendiri yang memilih Pakatan Rakyat yang menjanjikan perubahan ketika PRU12 dan 13. Perubahan yang telah dan sedang di bawa oleh Pakatan Rakyat adalah sangat membahagiakan rakyat.
Dengan cuaca yang panas serta kemarau yang panjang, Selangor di landa krisis air yang teruk. Peniaga kecil dan pelabur besar terjejas dengan catutan air. Berkaitan dengan air, Selangor merekodkan kejadian denggi melebihi 31,000 kes daripada 60,000 keseluruhan kes di Malaysia. Ia dikatakan berlaku apabila rakyat Selangor menyimpan air sebagai bekalan.
Rakyat Islam Selangor boleh berbangga dengan prestasi mereka. Pertumbuhan surau sama rancak dengan pembukaan gereja serta pusat urut,pelacuran dan judi. Penjualan arak berluasa sehinggakan 7 Elevan berani menjual arak di kependudukan majoriti Islam. Diberitakan seorang bekas ADUN DAP telah ditahan SPRM di atas kesalahan pengeluaran lesen perjudian di Selangor. Rakyat Selangor amat gembira apabila Datuk Dr Hassan Ali di pecat PAS kerana melakukan serbuan serbuan ke atas pusat perjudian tersebut.
Satu artikel menyatakan Selangor di dalam Pakatan Rakyat, ADUN bukan Islam lebih ramai dari ADUN Islam dan semestinya alutujunya menitikberat kebajikan kaum Cina dan India. Mereka meminta peruntukan yang sama memperbaikirumah ibadat masing masing. Kesesamarataan di juangkan.
Pengurusan sampah pepejal adala `first casulty’ projek BN yang di `baiki labu’ oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Hasilnya amat baik. Sampah sarap tidak terurus. Penyakit merebak. Rakyat marah. Negeri bersi berubah menjadi negeri kotor. Rumput rumput segar tumbuh tidak terurus. Pemandangan bertambah teruk kerana tiada penyelengaraan.
Rakyat Selangor tidak boleh salahkan UMNO dan BN. Itu kehendak rakyat sendiri. Ada hikmahnya apabila rakyat boleh buat berbandingan di antara pentadbiran BN dan Pakatan Rakyat. Sultan Selangor telah memberikan peluang agar Kerajaan yang meyayangi agama, bangsanya dan negaranya mentadbir Selangor, tetapi para ulamak PAS yang cerdik pandai, tidak menyahutnya. PAS lebih suka suasana yang tegang dan agamanya diperkotakkatikkan serta negara nya di burukkan oleh rakyatnya sendiri. Mungkin azabnya amat berat dihari kemudian.
AZIZAH JADI MB. WANITA UMNO MAHUKAN TIMBALAN PRESIDEN WANITA
BalasPadamLangkah Kajang di ranncang kerana PKR yang ingin mempromosikan DS DrWan Azizah Wan Ismail ke jawatan MB Selangor. Beliau akan dikenang sebagai wanita pertama menjadi Menteri Besar di Selangor dan di Malaysia.
Di dalam masa yang sama pulak Pergerakan Wanita UMNO terkeluar idea untuk mencadangkan seorang wanita di lantik sebagai Timbalan Presiden UMNO (Wanita). Jawatan sedia ada sebagai Ketua Wanita dan Ketua Puteri secara otomatik membarisi staf depan dan tertinggi UMNO tidak mencukupi pengiktirafan. Sebelum ini gelaran `tulang belakang UMNO' pun suda di anugerahkan pada Wanita UMNO. Ketua Wanita akan/telah mengusulkan kepada UMNO untuk pertimbangan.
Pada hakikatnya penulis pernah menyuarakan pendapat 5 tahun yang lalu agar wanita di berikan kedudukan yang sesuai kerana peranannya dan juga jumlah ahli dalam UMNO serta jumlah wanita di dalam Malaysia.
Penulis pernah mencadangkan Datuk Maznah Mazlan menerajui Pahang manakala Datuk Halimah Siddiq atau Datuk Azalina Othman menerajui Johor. Jika ia tidak sesuai, Timbalan Perdana Menteri 2 adalah dari kalangan wanita.
DS DR WAN AZIZAH ATAU SEORANG WANITA BOLEH JADI MB SELANGOR?
BalasPadamRamai Sahabat memperkatakan `eligibility' DS DrWan Azizah, seorang wanita tidak layak di lantik menjadi MB Selangor kerana Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor menulis `HE' di dalam kluasa undang undang.
Penulis membuat sedikit research dan menyelami mengapa PAS tidak setuju DS DrWan Azizah di lantik MB Selangor. Berikut adalah pendapat 2 orang tokoh penganlisis dan Undang undang untuk tatapan bersama.
Mengulas persoalan itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata tidak menjadi halangan untuk seorang pemimpin wanita dilantik menjadi Menteri Besar.
“Dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri tidak menyatakan secara terperinci soal jantina bagi seseorang pemimpin dilantik ke jawatan Menteri Besar cuma yang disebut adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.
“Menteri Besar perlulah seorang yang berwibawa, mendapat sokongan majoriti DUN dan juga diperkenan oleh Sultan,” katanya.
Pelantikan seorang Menteri Besar di Selangor terletak di bawah kuasa Sultan sebagaimana termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
Di bawah Perkara 55 (2) (a) undang-undang itu, dinyatakan Baginda boleh menggunakan budi bicara dalam pelantikan seorang Menteri Besar.
SANGGAH AMALAN
Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz, yang sependapat dengan Mohamed Mustafa, berkata meskipun ia tidak mensyaratkan jantina dalam soal pemilihan Menteri Besar, secara konvensyennya ia didominasi oleh lelaki.
“Tiada kesalahan daripada segi undang-undang, tetapi ia menyanggahi amalan selama ini di mana kaum lelaki yang menjadi Menteri Besar. Tidak salah wanita menjadi Menteri Besar, yang pentingnya merit dan keupayaan mentadbir.
“Walaupun tiada sekatan undang-undang, dalam hal-hal yang berat, di situlah pentingnya kewibawaan seorang lelaki untuk menerajui negeri,” katanya.
Pada ketika ini, belum lagi tercatat dalam sejarah di mana jawatan Menteri Besar di negara ini pernah disandang oleh kaum hawa.Sekiranya wanita dipilih menjadi Menteri Besar, mungkinkah terdapat halangan yang menjejaskan peranannya sebagai Menteri Besar dalam menasihati Sultan dan merasmikan majlis-majlis berbentuk keagamaan?
HALANGAN
Mohamed Mustafa menjelaskan memandangkan belum ada kes duluan sebelum ini, agak sukar untuk menyatakan bahawa sekiranya wanita menjadi Menteri Besar, kelak akan menimbulkan masalah.
“Mungkin halangannya seorang Menteri Besar wanita ialah beliau terpaksa duduk berasingan dengan Sultan, selaku Ketua Agama bagi negeri dalam acara-acara keagamaan seperti merasmikan masjid atau majlis berbuka puasa atau mungkin terpaksa menghantar seorang Exco untuk mengambil alih peranan mewakili Menteri Besar.
“Itu antara kesulitan yang bakal dihadapi dan untuk menasihati Sultan, saya fikir ia tidak menjadi masalah,” katanya.
Dr Shamrahayu turut berpandangan ia tidak sesuai dengan budaya timur di mana pucuk pimpinan tertinggi negara dipegang oleh kaum lelaki.
“Memang tidak boleh dinafikan dan tidak mustahil wanita mampu laksanakan tugas Menteri Besar cuma ia bukanlah amalan tradisi dan akan berlaku kekangan dalam nature of work,” katanya.
Selain Selangor, Perak, Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis dan Negeri Sembilan dalam undang-undang tubuh masing-masing menyatakan Menteri Besar mesti di kalangan mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam dan ada yang menyatakan anggota majlis kerajaan negeri mestilah berbangsa Melayu dan beragama Islam. – BERNAMA
sumber
http://www.tv14.my/?p=5508
Dari Segi Undang Undang, Bolehkah Wan Azizah Jadi MB Selangor?
www.tv14.my
» Dari Segi Undang Undang, Bolehkah Wan Azizah Jadi MB Selangor? |