Halaman

Rabu, 13 Ogos 2014

DAP kecam Khalid pecat Exco Selangor ; Syed Ali saran Guan Eng 'didik' Anwar supaya lebih bermoral


KUALA LUMPUR, 13 OGOS : Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyelar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa pemecatan enam Exco oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai tidak beretika.

Sebaliknya tegas beliau, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya pemimpin politik paling tidak bermoral apabila bermatian-matian mahu menggulingkan Khalid sebagai Menteri Besar untuk diganti oleh isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

"Guan Eng sepatutnya sedar betapa jijiknya permainan politik Anwar sehingga sanggup membelakangkan peranan Sultah Selangor dalam isu krisis Menteri Besar," tegasnya.

Tambah beliau lagi, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang seharusnya 'mendidik' Anwar supaya menjadi pemimpin politik yang lebih beretika dan dan berakhlak mulia.

Tetapi katanya, Guan Eng turut bersubahat dengan Anwar yang menghalalkan cara untuk merampas kerusi Menteri Besar yang disandang oleh Khalid.

"Jelas Guan Eng terlalu double-standard apabila mendakwa Khalid sebagai tidak beretika kerana memecat enam Eco termasuk wakil rakyat DAP," ujarnya.

Menurut beliau, Khalid yang telah mendapat perkenan Sultan Selangor untuk terus kekal sebagai Menteri Besar sememangnya wajar memecat mana-mana Exco yang 'menikam' beliau daripada belakang.

"Mengapa Guan Eng tidak menegur Anwar dan konco-konco PKR yang bermati-matian mahu menjatuhkan Khalid sedangkan perbuatan itu bercanggah dengan prinsip demokrasi, kenapa DAP bersekongkol dengan Anwar,? soal beliau lagi.

Dalam sidang media pemimpin Pakatan Rakyat (PR) di Petaling Jaya lewat malam tadi yang turut dihadiri oleh Anwar, Guan Eng mendakwa tindakan Khalid memecat enam Exco berkenaan sebagai tidak adil dan tidak beretika.

Guan Eng turut memberi amaran kepada Khalid bahawa perlantikannya sebagai Menteri Besar adalah berdasarkan kepada sokongan PR.

Enam Exco yang dipecat oleh Khalid ialah tiga daripada DAP, iaitu Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V. Ganabatirau.

Manakala tiga lagi ialah daripada PKR, iaitu Rodziah Ismail, Elizaberth Wong Keat Ping dan Dr. Daroyah Alwi.

Bagaimanapun Khalid mengekalkan empat lagi Exco daripada PAS, iaitu Iskandar Abdul Samad, Dr. Ahmad Yunus Hairi, Sallehen Mukhyi dan Dr. Halimah Ali.

Mengulas lanjut, Syed Ali berkata krisis politik di Selangor telah membuktikan kepada rakyat betapa Anwar seorang pemain politik yang terlalu rakus dan gilakan jawatan.

"Kerana mengejar jawatan dengan menjadikan Wan Azizah sebagai patung bernyawa, Anwar tergamak melanggar peraturan sedia ada dengan  langsung tidak menghormati istana Sultan Selangor. 

Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan berkata tindakan Wan Azizah mahu menghadap baginda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sekadar lakonan untuk mengabui mata rakyat.

"Anwar yang tersepit setelah buat onar di Selangor, mahu jumpa Sultan, apakah mereka ini (pembangkang) tidak ada rasa malu dan bersalah di atas tindakan melampau mereka," tegasnya.

Oleh sebab itu kata Syed Ali, beliau berpendaat tidak ada perkara penting yang perlu diperjelaskan oleh Anwar kepada Sultan Selangor kerana perlakuan politik jijiknya sudah diketahui umum.

Laporan media hari ini menyebut Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak memperkenan permohonan Anwar selaku Penasihat PKR supaya isterinya, Wan Azizah menghadap baginda bagi memberikan penjelasan berhubung pemecatan Khalid daripada parti berkuat kuasa Sabtu lalu.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dilaporkan berkata, keputusan itu dititahkan baginda semalam selepas surat permohonan berkenaan yang ditandatangani Anwar diterima oleh pihak istana, Ahad lalu.

"Surat permohonan itu telah dipersembahkan kepada baginda semalam. Baginda menitahkan supaya saya memaklumkan kepada Anwar bahawa baginda tidak memberi perkenan menerima menghadap Wan Azizah yang juga Presiden PKR untuk memberikan penjelasan.

"Titah baginda itu dibuat atas alasan Abdul Khalid telah menghadap baginda berkaitan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohamad Munir, baginda juga berpendapat, isu pemecatan Abdul Khalid daripada PKR merupakan isu dalaman parti dan tidak menjejaskan kedudukannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Menteri Besar.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Munir menjelaskan, perkenan Sultan Selangor supaya Abdul Khalid terus kekal sebagai Menteri Besar bukan diputuskan oleh mesyuarat Dewan Diraja Selangor semalam.

Sebaliknya, kata beliau, perkenan itu diputuskan oleh Sultan Selangor setelah Abdul Khalid menghadap bagi menyembah maklum kepada baginda bahawa beliau dipecat oleh Lembaga Disiplin PKR dan beberapa perkara berkaitan kedudukan Menteri Besar sebelum Dewan Diraja Selangor bermesyuarat.


"Sultan Selangor memaklumkan kepada mesyuarat Dewan Diraja Selangor mengenai keputusan baginda untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar," ujarnya.

1 ulasan:

  1. Kajang Move is the worst poison...., Khalid Move is the best antidote.
    (ATM)

    BalasPadam