Halaman

Rabu, 25 Jun 2014

"Sudahlah Zam...balik ke pangkal jalan, tak perlu bersangka buruk," - Syed Ali


DATUK Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan, bekas Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin tidak perlu cemburu dan bersangka buruk terhadap apa yang dilakukan oleh UMNO Bahagian Cheras.

"Sudahlah Zam...balik ke pangkal jalan, tak payah nak berhujah secara ilmiah mempertikaikan cara berpakaian ahli-ahli UMNO sempena sambutan 20 tahun UMNO Bahagian Cheras," tegasnya.

Katanya, dulu ketika menjadi menteri Zam tidak pernah berusaha untuk menonjolkan imej kepahlawanan orang Melayu yang menjadi teras kepada pembangunan negara.

Beliau mendakwa, Zam juga selama ini tidak berupaya untuk menghimpun ahli-ahli UMNO dalam satu majlis besar bagi menyatakan semangat  'kepahlawanan' mereka mempertahankan parti dan negara.

Sebaliknya kata Syed Ali, walaupun beliau tidak memegang sebarang jawatan tetapi diberikan kekuatan uintuk mengadakan majlis seperti itu untuk diraikan bersama ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi.

"Zam tidak perlu beretorik dengan hujah-hujah dan persepsi ilmiah, orang lebih kenal siapa dan apa sumbangan beliau terhadap UMNO selama ini, "tegasnya.

Syed Ali berkata, cara berpakaian ahli-ahli UMNO Cheras termasuk tetamu jemputan merupakan simbolik kepada kepahlawanan Melayu.

Katanya, cara berpakaian sebegitu bukannya satu pembaziran kerana tidak membabitkan wang UMNO mahupun rakyat.

"Kita dapat penajaan menjayakan majlis gemilang seperti itu dan lebihan daripada kos perbelanjaannya kita akan salurkan kepada mereka yang memerlukannya sempena kedatangan Ramadhan dan Aidil Fitri tidak lama lagi," ujarnya.

Zam kata beliau, sepatutnya berasa bangga kerana ada pihak yang bersedia menaja majlis besar yang dianjurkan oleh UMNO.

"Ini membutikan UMNO Cheras berupaya mencari penaja, dapat duit kita belanjakan secara berhemah untuk dinikmati bersama dan lebihannya kita salurkan pula untuk bantu orang susah.

"Apakah membantu orang susah juga sebagai satu pembaziran dan menampilkan imej boros pemimpin UMNO," soal beliau lagi.


Katanya, jika Zam tidak tahu 'hujung pangkal' mengenai majlis tersebut sewajarnya beliau tidak perlu membuat ulasan yang menyinggung hati ahli-ahli UMNO Bahagian Cheras.

"Zam tu siapa ? selama jadi menteri, apa yang dia dah buat untuk menonjolkan imej dan budaya orang Melayu.

Beliau mengecam keras tulisan Zam dalam zamkata Blogspot.com yang mempertikaikan pakaian songket ahli-ahli UMNO dan tetamu jemputan sempena sambutan 20 tahun UMNO Bahagian Cheras, Isnin lalu.

Zam meluahkan 'kekecewaannya' setelah membaca Cuit Zaini Hassan (Utusan Malaysia 25 Jun 2014) yang mengkagumi pemimpin-pemimpin UMNO dalam pakaian kepahlawanan Melayu di majlis ulang tahun UMNO Bahagian Cheras.

Kata Zaini dalam tulisannya, mereka bersongket mahal dari kepala hingga ke kaki, berbengkong dan bertengkolok. Menurut Zaini inilah pakaian hulubalang dan pembesar Melayu dari pelbagai negeri.

Zam dalam tulisannya pula mempertikaikan gambar 'hulubalang-hulubalang Melayu' moden itu semuka penuh di Utusan Malaysia semalam.

Mengulas lanjut Syed Ali berkata, Zam membuat andaian tidak tepat kerana beliau tidak mendapat gambaran sebenarnya mengenai perkara itu.

"Untuk pengetahuan Zam, harga songket yang dipakai pada malam itu bukannya berharga ribuan ringgit, sebaliknya jenis murah yang dibeli daripada luar negeri," katanya.

Sebagai bekas menteri dan penulis veteran, Zam kata Syed Ali sepatutnya memberikan sokongan terhadap kemampuan UMNO Bahagian Cheras menganjurkan majlis seperti itu.

"Kita buat (simbolik) untuk mengembalikan sifat kepahlawanan dan adat budaya Melayu yang sekarang ini semakin pupus terutama di kalangan generasi muda," katanya.

Jelas beliau lagi, UMNO dihidupkan  oleh orang Melayu dan sudah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk mengekalkan identiti dan asas perjuangannya.

"Zam bukan pejuang UMNO, dia tidak dapat merasai denyut nadi rakyat secaras nyata, sebaliknya berteori menerusi tulisan yang mengasyikkan," katanya.

Syed Ali turut menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan Zam bahawa pemimpin UMNO merupakan 'bangsawan Melayu'.

Beliau berkata, cara berpakain ahli-ahli UMNO Cheras pada malam itu juga sebagai bukti bahawa kita sanggup lakukan apa sahaja demi maruah Melayu.

"Apakah dengan cara perpakaian seperti itu kita menggalakan bangsan Melayu, pada saya persespsi itu amat dangkal.

Beliau seterusnya membidas Zam yang sejak akhir-akhir ini begitu 'seronok' mengkrtik pemimpin UMNO sedangkan suatu ketika dulu dia pernah berada di dalam kabinet.

"Jangan nanti ada yang dakwa Zam ini jenis manusia yang mudah lupa," tegasnya.


4 ulasan:

  1. Salam..Apa hal nie. Masaalah nya ialah silap pengertian dari saudara Zam. Macam nie lah, saya rasa UMNO Cheras sudah amat maklum dengan pembelajaan walau pun di sponsor oleh syarikat atau bdan persendiriaan. Tak ada massalah nya kalu pakai traditional melayu, yang berlandaskan pakain melayu dan di persetujuia oleh AJK. Tak payahlah hendak menyindir dan juga bertekak dalam hal begini. Tak ada faedah, dan menguntunkan. Ynag seronok nya ialah pihak lain. Saudara Zam tak payah ganggu dalam perkara remeh temeh ini, banyak agenda yang lebih berfedah. Tak payah lah mengaibkan melayu, Saudara Zam juga tentu berpengalaman dalam hal ini. Kalu marah kepada seorang pun jgn lah menchuit orang lain. Tak payah lah. Buatlah perkara yang berfaedah. Lihat balij apa yang Saudara Zam buat dalam masa saudara berada dalam kabinet dahulu. Itu saja yang ingin saya luah kan.
    orang lama 1957

    BalasPadam
  2. Entah mamak Zainudin ni, suka berpolimik perkara yang tidak mendatangkan faedah apa-apan, sebab tu UMNO bergolak banyak , hal yang penting fasal bangsa dan agama tidak ditulis bagi naik semangat hal baju pun nak heboh

    BalasPadam
  3. Itulah perangai orang Melayu. Tak habis-habis nak berhasad dengki sesama sendiri. Yang untung orang Cina jugak. Dia buat majlis macam tu tak nak, bila orang lain buat semua tak betul. Apabila Melayu hilang jati dirinya hanya menunggu masa untuk dipijak-pijak sahaja lagi.

    BalasPadam
  4. Malulah pakai cam pejuang pada hal nya lebih berminat menyamun Negara. Harap selidik adakah Hang Too Ah itu saudara kpd Hang Li Po dari keturunan Hang. Malulah bila ada Pahlawan Melayu sebenarnya org Cina. Cam Riduan Tee menyerupai Melayu tapi Cina, inilah yg dikatakan licik dlm asimilasi.

    BalasPadam