DATUK Seri Syed Ali Alhabshee menjelaskan, UMNO tidak boleh
dipisahkan dengan perjuangan orang Melayu dan kaum itu pula majoritinya menyertai
parti tersebut.
Malah kata Ketua UMNO
Bahagian Cheras itu, teras perjuangan UMNO adalah untuk kepentingan umat Melayu
dan agama Islam.
Katanya, roh perjuangan
UMNO merupakan denyut nadi kehidupan sebahagian besar orang Melayu di negara
ini.
“Oleh sebab itu, jika ada mana-mana
pihak menghina dan mencerca UMNO, pasti akan membangkitkan kemarahan orang
Melayu,” tegasnya.
“Ini menunjukkan UMNO adalah parti orang Melayu, sinonim dengan kehidupan merekia dan apa jua perbuatan menghina UMNO menyamai menghina orang Melayu itu sendiri,”
tegasnya.
Justeru jelas beliau,
ahli-ahli UMNO akan bangkit menentang mana-mana pihak yang cuba menghina
institusi dan kedudukan orang Melayu.
Beliau menyelar Ketua Umum
PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa menghina UMNO tidak bermakna
menghina masyarakat Melayu-Islam.
“Apa pula UMNO (itu)
Melayu, UMNO, UMNOlah, Melayu, Melayulah,” kata Anwar kepada media semasa
majlis perkahwinan anak perempuannya di Dataran Prima di Kajang semalan,
sepertimana dilaporkan portal berita The
Malaysian Insider.
Anwar menyatakan demikian
ekoran tindakan Pemuda UMNO Malaysia
mengecam keras Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer
yang mengeluarkan perkataan ‘celaka UMNO’
semasa perbahasan sidang DUN Pulau Pinang, baru-baru ini.
Tindakan Rayer telah menimbulkan
bantahan dan kecaman ahli-ahli UMNO diseluruh negara terhadap DAP.
Wakil Rakyat itu juga
dikatakan enggan memohon maaf walaupun
turut didesak berbuat demikian oleh beberapa pemimpin DAP.
Menurut Syed Ali lagi,
Anwar sengaja memutarbelitkan fakta dan kefahaman tersebut bagi mengelirukan pandangan
orang Melayu.
“Anwar cuba sogokkan fakta
salah, sedangkan dia memahami aspirasi perjuangan UMNO untuk kepentingan orang
Melayu dan umat Islam,” ujarnya.
Beliau menjelaskan Anwar sebelum
ini menyertai UMNO kerana agendanya untuk kepentingan Melayu sebelum
disingkirkan daripada parti.
Bagaimanapun katanya,
setelah mengkhianati perjuangan orang Melayu dengan menubukan Parti Keadilan Rakyat
(PKR), Anwar kini tidak lagi memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan umat Islam.
Oleh sebab itu tambah
beliau, PKR tidak meletakkan kepentingan orang Melayu dan umat Islam sebagai
teras utama perjuangan parti itu.
“PKR merupakan parti rojak, parti yang tiada asas konkrit
untuk membela nasib dan masa depan orang Melayu,” ujarnya.
“Kerana itu Anwar boleh bersekongkol
dengan DAP, parti rasis yang sedang berusaha melenyapkan penguasaan politik orang
Melayu.
Beliau turut menyifatkan
Anwar sebagai petualang yang sanggup menghina bangsanya sendiri hanya
disebabkan kuasa politik.
Menurut beliau lagi,
tindakan Rayer mengeluarkan perktaaan kesat ‘celaka
UMNO’ tidak melambangkan kematangan sebagai ahli politik.
Katanya, pemimpin politk berhemah
tidak akan mengeluarkan kata-kata kesat berupa cercaan kepada mana-mana parti politik.
Mengulas kenyataan
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Nik Mat bahawa DAP belum pernah menzalimi
PAS, Syed Ali menegaskan parti itu cuba berbohong kepada rakyat.
“Nik Aziz sama dengan
Anwar, cuba bersandiwara untuk menggambarkan kononnya DAP tidak anti- Melayu,”
tegasnya.
Beliau mempersoalkan
apakah tindakan DAP menentang keras cadangan pelaksanaan hukum hudud oleh PAS
itu bukan satu penghinaan kepada parti tesrebut ?
“Apakah ini bukan satu bentuk
kezaliman politik DAP terhadap PAS? soalnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan