Halaman

Rabu, 21 Mei 2014

Syed Ali : Melayu bertuankan DAP sememangnya pengkhianat bangsa

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mendakwa perjuangan politik DAP tetap berteraskan kepentingan orang Cina dan menafikan hak dan kedudukan orang Melayu di negara ini.


Oleh sebab itu tegas beliau, mana-mana orang Melayu yang menyertai DAP boleh disifatkan sebagai pengkhianat dan petualang kepada bangsanya sendiri.

“Hanya orang Melayu yang tidak bermaruah sahaja yang sanggup bersekongkol dengan DAP,” tegasnya.

Lagi pun kata beliau, tidak ada sebab mengapa perlu bagi orang Melayu menyokong dan menyertai DAP, parti rasis yang hanya memperjuangkan kepentingan kaum tertentu sahaja.

Menurut beliau, DAP sebelum ini pernah mempertikai dan memperlekehkan kedudukan institusi raja-raja Melayu, agama Islam serta penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Jika ada Melayu yang sokong DAP, bermakna mereka juga merestui pemimpin parti itu mempersendakan raja-raja Melayu dan agama islam, bermakna perbuatan itu merupakan satu pengkhianatan,” tegasnya.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohamad Ariff Sabri Abdul Aziz bahawa pemimpin UMNO tidak layak menggelarkan golongan Melayu yang menyertai DAP sebagai pengkhianat.

Menerusi portal berita pro-pembangkang, malaysiakini.com hari ini, wakil rakyat Raub itu turut mendakwa, golongan yang mengkritik DAP itu juga berfikiran cetek apabila membangkitkan mengenai keanggotaan orang Melayu dalam parti tersebut.


Menurut Syed Ali, kenyataan tersebut jelas menggambarkan betapa murahnya harga diri pemimpin Melayu yang sanggup menjadi perkakas kepada DAP.

Tambah beliau, orang Melayu yang menyertai DAP sampai bila-bilapun akan menjadi pak turut di belakang pemimpin parti itu.

“Atas pentas apa mereka (pemimpin Melayu) mahu mempejuangkan kepentingan Melayu sedangkan mereka sendiri akur dan mengikut telunjuk DAP ?, soal beliau.

“Mengapa mereka sanggup bertuankan kepada bukan Melayu, yang sahih pemimpin utamanya bukan  orang Islam,” tegasnya sambil mendakwa apa juga alasannya mereka tetap pengkhianat kepada orang Melayu.

Merujuk kepada calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Syed Ali berkata Dyana Sofya Mohd. Daud sekadar dijadikan umpan parti itu untuk memenangi pilihan raya tersebut.

“Dyana,seperti juga mana-mana orang Melayu yang jadi talibarut DAP, sekadar dijadikan perkakas oleh DAP untuk mengabui mata orang ramai kononnya mereka bukan parti rasis,” tegasnya lagi.




3 ulasan:

  1. HANYA ANAK MELAYU YANG KURANG PENGHAYATAN AGAMA ISLAM AKAN "MENYOKONG" DAP. SUDAH TERANG DAN NYATA DAP ANTI ISLAM / ANTI NEGARA ISLAM/ ANTI ORANG ISLAM/ ANTI UNDANG-UNDANG ISLAM DAN APA JUGA YANG BERKAITAN DENGAN ISLAM. DARI SEGI SYARAK, Yang secara terangan-terangan menentang Islam adalah IBLIS LAKNATULLAH. Jadi jika ada orang Islam menyokoing dan bersahabat dengan DAP yang serupa dengan IBLIS, jawablah sendiri.

    BalasPadam
  2. saya sokong! malah melayu seperti itu bolehlah mengisi petak Keturunan mereka dengan perkataan BUKAN MELAYU atau TIADA BERBANGSA.

    BalasPadam
  3. Saya rasa dah sampai masa nya SPRM adakan pepriksaan bertulis yang mana module nya berkisar kepada perlembagaan dll untuk mereka yang nak bertanding dalam pilihan raya.

    Sekurangnya rakyat tahu apa jenis wakil yang mereka pilih. Ini bagi menentukan MP dan ADUN yang dipilih ada kualiti dan berintegriti.

    Sekarang ni semua boleh bertanding....cakap Melayu pun tak boleh nak jadi wakil......macam mana.

    BalasPadam