KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee
mempesoalkan kenapa baru sekarang bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa
Hitam membangkitkan isu Memali.
Malah tegas beliau, apa sebenarnya motif
Musa secara terbuka mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad masih berada di ibu negara
ketika pasukan keselamatan memasuki kampung berkenaan pada 19 November 1985.
“Musa seperti cuba persalahkan Dr Mahathir,
sedangkan pada ketika itu (kejadian Memali) beliau merupakan Menteri
Keselamatan Dalam Negeri,” tegasnya.
Kenyataan Musa itu kata beliau merupakan
satu tuduhan yang keterlaluan terhadap bekas Perdana Menteri.
“Kenapa baru sekarang isu tersebut
dibangkitkan oleh Musa, setelah kertas putih mengenai insiden tersebut dikeluarkan
kerajaan,” katanya.
“Perbuatan Musa itu seperti ada sesuatu
muslihat,” katanya sambil menegaskan tidak wajar sebagai bekas Timbalan Perdana
Menteri cuba memberi persespi kononnya Dr Mahathir bersalah dalam insiden tersebut.
Tindakan Musa itu juga menurut beliau,
seperti sengaja untuk mencemarkan kerdibiliti Dr Mahathir dan kerajaan Barisan
Nasional (BN) yang sekarang ini diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Mungkin Musa berdendam kepada Dr Mahathir
sehingga terpaksa mengungkit semula cerita lama, isu yang sudah berlaku
kira-kira 28 tahun lalu,” ujarnya.
Berkaitan itu, beliau tidak menolak
kemungkinan Musa terlalu kecewa kerana tidak mendapat tempat di dalam kerajaan.
Syed Ali juga tidak menafikan laporan sebelum
ini mengesahkan bahawa Dr Mahathir pada
ketika itu berada di luar negara ketika berlakunya insiden Memali.
“Saya difahamkan pada ketika kejadian, Dr Mahathir
di percayai berada di China dan saya
juga berpendapat Musa lebih maklum mengenainya.
Tambah Syed Ali lagi, selaku Menteri
Keselamatan Dalam Negeri, Musa lebih bertanggungjawab berhubung kejadian tersebut.
Kata beliau, cara Musa ‘menyerang’ Dr
Mahathir dengan mengaitkan isu Memali sebagai tidak berasas kerana Musa pada
ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri.
“Sebagai orang nombor dua, Musa juga turut
ada kaitan dengan kejadian Memali yang
dipercayai berlaku sewaktu ketiadaan Perdana Menteri di dalam negara,”
tegasnya.
Beliau kesal kerana sikap Musa yang sejak
kebelakangan ini suka menyerang UMNO dan para pemimpinnya secara terbuka
sedangkan beliau merupakan ahli parti.
“Tidak salah untuk membuat teguran dan
melontarkan pandangan, tetapi biarlah secara berhemah dan mengikut saluran yang
betul.
Lagi pun kata beliau, Musa merupakan pemimpin
berpengalaman dan bekas Presiden UMNO yang sepatutnya menunjukkan sikap yang
baik apabila mengkritik parti dan pemimpinnya.
Baru-baru ini, Dr Mahathir berkata beliau 'tidak ingat' sama ada beliau
ada di negara ini ketika peristiwa Memali berlaku pada 1985.
Katanya, beliau perlu mengkaji kembali perkara
tersebut.
"Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang
disebut oleh beliau (Musa).
"Pasal ini berlaku sudah begitu lama saya
kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak," kata Dr Mahathir
ketika ditemui pemberita di sesi minum petang bersama Alumni Universiti Utara
Malaysia (UUM) di Hotel Istana, baru-baru ini.
Sebelum itu, Musa mendakwa Dr Mahathir berada di
ibunegara ketika kereta perisai menuju ke kampung terpencil di Baling, Kedah
itu untuk melumpuhkan satu kumpulan agama yang diketuai oleh Ibrahim Mahmud,
yang lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.
Malah, Musa dilaporkan memberitahu satu forum di
Kota Bharu dan petikannya dimuat naik di Youtube,
bahawa Dr Mahathir masih berada di Kuala Lumpur pada hari kedua, ketiga dan
keempat selepas peristiwa tersebut.
Peristiwa berdarah Memali berlaku apabila
kira-kira 400 anggota polis menyerbu kampung itu pada 19 November 1985 selepas
berdepan dengan penduduk kampung yang enggan menyerahkan seorang pendakwah,
Ibrahim Libya kepada pihak berkuasa yang menuduhnya sesat.
Serbuan itu mengakibatkan 14 penduduk kampung dan
empat anggota polis terbunuh.

Musa tak habis-habis bengang dengan Tun Dr Mahathir. Dah tua macam ni pun perangai dengki lagi. Apa dia nak lagi
BalasPadam