Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali
Alhabshee, walaupun Anwar mengumumkan bertanding jawatan tersebut tetapi beliau
dijangka menarik diri pada saat akhir.
“Keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara
lima tahun keatas Anwar bersabit kes liwat 2 menjadi peghalang untuk beliau
aktif berpolitik,” ujarnya.
Tindakan Anwar itu kata beliau, bagi memberi laluan
kepada Wan Azizah mempertahankan jawatan dan meneruskan penguasaan keluarga beliau dalam PKR.
Bagaimanapun katanya, percaturan Anwar untuk memberi
kemenangan percuma kepada Wan Azizah akan dbayangi oleh dua lagi calon, iaitu
Azmin Ali dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail (gambar bawah).
“Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dan Saifuddin di
sebut-sebut akan menentang Wan Azizah, jika ini berlaku bermakna pertandingan
bakal sengit,” ujarnya.
Kata beliau, Anwar semakin tertekan untuk membuat
pilihan sama ada memberikan sokongan kepada Azmin atau pun Wan Azziah.
Dalam masa yang sama jelas beliau, Saifuddin juga turut
menjadi ancaman baru kepada Wan Azizah dan ini menggusarkan Anwar.
Syed Ali juga berkata, faktor Menteri Besar, Khalid
Ibrahim yang dikatakan telah membelakangkan Anwar dalam banyak perkara
khususnya bersabit pendtabiran kerajaan negeri Selangor turut menghagatkan
pertandingan kali ini.
Anwar buat masa ini adalah Penasihat Ekonomi kerajaan
negeri Selangor.
Beliau mendakwa, jika Azmin dan Saifuddin yang juga
Setiausaha Agung PKR turut menawarkan diri bertanding jawatan Presiden PKR
bermakna ‘suara’
Anwar sudah tidak dipedulikan lagi oleh pemimpin parti itu.
Bagaimanapun Syed Ali tidak menolak dakwaan sesetengah pihak
bahawa sudah wujud pakatan antara Khalid dan Saifuddin untuk menentang Wan
Azizah.
Katanya, pakatan seperti itu tidak mustahil kerana
Khalid sememangnya tidak sebulu dengan Azmin yang merupakan anak emas kepada
Anwar.
“Ini bermakna sudah ada usaha penolakan secara terbuka terhadap
kepimpinan Anwar dalam parti itu,” katanya.
Tambah beliau lagi, jika berlaku pertandingan tiga penjuru
bagi merebut jawatan Presiden PKR akan menyaksikian Anwar akhirnya bakal
keseorangan.
“Rakan-rakannya dalam PKR sudah tidak lagi dengar suara
beliau dan ini menjadikannya keseorangan, hanya diapit oleh WanAzizah dan
anaknya, Nurul Izzah,” katanya.
Syed Ali juga tidak menolak keputusan mahkamah telah
dijadikan senjata kepada pemimpin PKR yang bercita-cita besar untuk menghalang
keluarga Anwar daripada terus berkuasa dalam parti itu.
Kemelut kepimpinan PKR itu menurut beliau, membuktikan
parti itu tidak mempunyai agenda khusus untuk membela nasib rakyat.
“Agenda Anwar bersama PKR hanya untuk menguatkan kedudukan
beliau dan keluarganya dalam politik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan