TINDAKAN tegas sewajarnya
dikenakan terhadap mana-mana pihak yang sengaja menyebarkann fitnah melampau menerusi
laman-laman sosial terutama Facebook
dan Twitter yang berniat jahat memburukkan
pemimpinn negara.
Menurut
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri
Syed Ali Alhabshee, penyebaran fitnah menerusi laman sosial jika tidak
dibendung akan memberi kesan buruik kepada rakyat.
”Mereka
yang mengaplikasikan fitnah menerusi laman soaial berniat jahat,. Motif mereka
untuk menghina, memalu dan mencerca keperibadian pemimpin tertentu,” tegasnya.
“Mungkin
ada yang sengaja suka-suka berbuat demikian dan juga kemungkinan bermotifkan
politik, tetapi perbuatan tersebut sebagai amat tidak wajar dan mengganu keselesaan
orang lain.
Sehubungan
itu katanya, pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media
(SKKM) dan polis perlu bertindak tegas menangani perbuatan tersebut.
“Jangan
ada kompromi, ambil tindakan tegas di
bawah undang-undang sesdia ada seperti Kanun Keseksaan supaya jadi pengajaran,”
tegasnya lagi.
Dalam
masa yang sama, beliau mahu semua pihak memberikan
sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa menangani isu penyalahgunaan
laman-laman sosial.
Beliau
mengulas tindakan polis menahan pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Syed Saifullah’ bagi membantu
siasatan berhubungh penyebaran gambar yang menunjukkan cebisan daging dan wajah
isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Laporan
agensi berita BERNAMA menyebut Ketua
Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh dipetik sebagai berkata lelaki berusia
25 tahun itu, yang bekerja di sebuah kedai dobi, ditahan dirumahnya di Seri
Iskandar, Perak kira-kira 12.05 tengah malam semalam.
Lelaki
berkenaan direman sehingga Selasa ini bagi membantu siaasatan mengikut Seksyen
233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505(b) Kanun
Keseksaan, iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan mendatangkan
khianat awam.
Baru-baru
ini, akuan Facebook yang menggunakan
nama ‘Syed Saifulah’ telah memuat naik status dan sekeping gambar cebisan
daging dan wajah Rosmah yang kemudian menjadi tumpuan dalam laman sosial itu.
Antara
teks yang dimuat naik oleh akuan itu ialah “Dari
ia kite datang, dan dari ia jugak kiter dikembalikan…pesawat yang membawa
isteri dan PM dalam perjalanan pulang dari Perth telah hilang dari radar dan dijumpai
terhempas kat Lautan Sumatera Selatan…Al-Fatihah”.
Manakala
Rosamah pula dalam reaksi balasnya
berhubung isu tersebut dilaporkan berkata “ Sebagai ibu, saya nasihatkan budak
ini agar kembali ke pangkal jalan. Kita sama-sama doa dia kembali kem pangkal
jalan,”.
“Saya
kata jangan layan budak ini…don’t go down to their level (jangan ikut sikap
buruk mereka,” kata Rosmah lagi sepertimana disiarkan oleh BERNAMA semalam.3
Mengulas
kenyataan Rosmah, Syed Ali menegaskan isteri Perdana Menteri telah menunjukkan
sikap terpuji sebagai seorang isteri pemimpin negara dan seorang ibu yang
berjiwa besar.
“Ternyata
Rosmah berfikiran terbuka dan sedia menerima fitnah dan cercaan dengan sifat
terbuka, inilah keperibadian baik yang
sepatutnya dijadikan contoh,” ujarnya.
Menurut
beliau, penyebaran gambar berkanaan amat keterlaluan dan biadap tetapi Rosmah
sebagai seorang ibu sebaliknya berharap budak lelaki berkenaan kembali ke
pangkal jalan.
“Sesiapa
yang lihat gambar berkenaan tentu akan terguris hati dan marah, tetapi saya kagum
Rosmah kerana masih bersabar.


Salam,
BalasPadammohon untuk pautkan blog rasmi UMNO WP.
www.umnowp.blogspot.com
Terima kasih.