Kuala Lumpur : Peringatan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah supaya komuniti imigran di sesebuah negara menghormati dan menerima adat, sejarah serta sistem pemerintahan di negara mereka berhijrah, perlu diberikan perhatian serius oleh pelbagai kaum sedia ada di negara ini.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menegaskan, dengan mengambilkira pandangan tersebut, rakyat pelbagai budaya dan etnik di negara ini perlu kekal menghormati teras pemerintahan sepertimana sudah termaktub di dalam Perlembagaan Negara.
“Berpandukan fakta sejarah, tidak ada sebab bagi sesetengah kaum secara lantang mempertikaikan taraf serta hak rakyat pribumi negara ini, sebaliknya mereka perlu bersyukur kerana kepentingan dan kedududkan mereka tetap terbela,” jelasnya.
Beliau berkata, sejarah kelahiran Malaysia yang dulunya Persekutuan Tanah Melayu sudah jelas mensahihkan bahawa pelbagai kaum yang asalnya adalah warga imigrasi tetap mendapat peluang sama rata dalam pelbagai bidang.
Menurutnya, sejarah juga telah membuktikan bahawa warga imigran yang ada di negara ini diberikan peluang dan ruang membabitkan diri dalam pelbagai sektor seperti ekonomi, pendidikan, budaya, sosial dan politik.
“Kerana peluang yang disediakan dan hak mereka yang dijamin, terdapat dalam sesetengah bidang menyaksikan rakyat pribumi khususnya orang Melayu jauh ketinggalan berbanding orang Cina,” tegasnya.
Syed Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras mengulas kenyataan Raja Nazrin Shah yang antara lain bertitah bahawa masyarakat imigran yang datang daripada pelbagai budaya dan adat perlu berpegang kepada pepatah ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’.
Raja Nazrin dalam ucaptama pada Forum Isu Kepelbagaian Mengenai Diaspora di Kalangan Negara Komanwel di Universiti Monash Kampus Sunway, Bandar Sunnway bertitah, Malaysia merupakan contoh terbaik bagaimana diaspora atau penghijrahan besar-besaran orang Cina, India dan kaum-kaum lain yang membawa kepada sebuah bangsa yang makmur dan majmuk.
Menurut Syed Ali, generasi imigran yang sedia ada perlu memahami bahawa struktur kependudukan di negara ini merangkumi kepentingan pelbagai kaum dan tidak seharusnya dipersoalkan.
“Tetapi kita berasa dukacita kerana sejak akhir-akhir ini sesetengah pihak bertindak sebagai juara dengan menjadikan isu perkauman sebagai senjata pilitik untuk menyerang kedudukan dan kepentingan orang Melayu,” jelasnya.
Katanya, perlakuan tersebut adalah perbuatan yang bercanggah dengan ketertiban masyarakat pelbagai kaum di negara ini malah seperti cuba mencabar tahap kesabaran orang Melayu.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan mana-mana pemimpin politik supaya tidak menjadikan aset komuniti kaum sebagai medan bertujuan melukai kaum yang lain atas dorongan untuk meraih kuasa.
“Generasi muda hati ini perlu diberikan persepsi yang betul berhubung sejarah imigrasi dan kedudukan mereka di negara ini bagi memastikan kerukunan masyarakat berbilang kaum dengan orang Melayu kekal sebagai rakyat pribumi,” katanya.

jgn persoalkan ketuanan melayu. kami sokong DWSA, mudahan allah akan menrahmati perjuangan mu.
BalasPadamSalam,
BalasPadamSokong apa yg Raja Nazrin cakap.
Ikut contoh DWSA...tok nenek dari Arab (yemen kah?) tapi keluarga depa sekarang dah jadi Melayu. Itulah baru betul. Di mana bumi di pijak di situ langit di junjung.
sALAM!
BalasPadamTeman bukannya nak puji sangat, tetapi Datuk Syed Ali adalah contoh pemimpin Melayu dan UMNO tulin, yang tetap berpegang kepada prinsip perjuangan walau apapun keadaannya.
Datuk Syed Ali adalah contoh pemimpin UMNO yang seharusnya diberikan tempat dan peluang dalam kabinet Datuk Najib kelak.Rugi UMNO jika ketokohan dan kepimpinan Datuk Syed Ali tidak digunapakai.
Teman sentiasa menyokong kepimpinan Datuk Syed Ali dan berdoa beliau akan menang kerusi MT UMNO pada Mac tahun depan.
Tahniah dan salam perjuangan.
gamaknya gitulah pak latif.
BalasPadamTok Syed kita ni buklan calang-calang pemimpin Umno. Bravo Tok Syed.
Syed Ali nak jadi menteri? Habih tu Zulhasnan nak letak mana?
BalasPadamKalau dia pemimpin yg baik, kenapa dulu gaduh2 dgn Kak Faridah?
Sekarang nak bertanding MT baru buat baik balik pada Kak Faridah.
Halloo brother! awat kalut sangat? "the best man win lah". U duk kutuk dan tak nampak lansung baiknya Datuk Syed tu kenapa? Bawak bertenang bro... kalau bro tak faham.... cuba bro tanya pada kak Faridah bro tu apa maknanya peribahasa ini:
BalasPadam1. Telunjuk lurus kelingking mengkait.
2. Baling batu sembunyi tangan
3. Talam dua muka
4. Lidah bercabang
Selain dari itu bro... u tahuka.. sifat-sifat orang munafik?.... so cuba releks dan muhasabah diri ok?
Salaaammmm!
peribahasa diatas sesuai untuk DWSA je
BalasPadamKerja,commitment dan tanggungjawab kepada bahagian Cheras sudah cukup memberi jawaban yang cukup jelas untuk menjawap siapa dia DWSA alhabshee.
BalasPadamMahu kah bangsa lain 'membuang kulit' sekira nya Melayu mengorbankannya? Sikap perkauman bos-bos dipejabat bukan Melayu memberi gambaran sebenar bagaimana 'mereka' menjadi bos memerintah Malaysia.
BalasPadam