KUALA LUMPUR, 18 MAC : Ketua UMNO Bahagian
Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan pemimpin PKR agar menghentikan
sebarang dakwaan palsu berkenaan pembelian jet dilakukan semata-mata untuk
meraih simpati rakyat.
Beliau sebagai menjawab sidang media yang dibuat
oleh Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini yang menuntut Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan penjelasan sama ada isterinya Datin Seri
Rosmah Mansor berada di Indianapolis, Amerika Syarikat kononnya untuk meninjau
sendiri kerja menaik taraf jet baharu yang dibeli kerajaan.
Menurut Syed Ali, dakwaan yang dibuat oleh
Rafizi jelas membuktikan pemimpin pembangkang suka melakukan kerja-kerja jelek
dan hanya makan gaji buta berbanding kerja-kerja memberikan perkhidmatan kepada
rakyat yang mengundinya dalam pilihan raya umum lalu.
“Saya benar-benar merasa pelik sikap pemimpin
pembangkang seperti Rafizi seolah-olah tidak mengenal dosa pahala membuat
dakwaan palsu berkenaan Perdana Menteri dan isterinya.
“Seolah-olah pemimpin pembangkang ini tiada
kerja lain hanya pandai buat fitnah. Saya mahu tegaskan kepada Rafizi bahawa
rakyat bukannya bodoh seperti pemimpin PKR yang hanya makan gaji buta,”
katanya.
Syed Ali turut melahirkan rasa kehairanan sikap pemimpin
PKR yang hanya tahu mencari salah kerajaan pada hakikatnya ekor mereka
bergelumang dengan najis.
Katanya, tidak cukup sesetengah pemimpin PKR
termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah mempersoalkan badan kehakiman
negara ditambah dengan sikap Rafizi Ramli yang suka membuat spekulasi dan
berita-berita palsu jelas menggambarkan sikapnya yang tiada kerja lain selain mencari
salah kerajaan.
“Saya mahu tanya di sini kalau kerajaan beli jet
untuk kegunaan kerajaan apa masalahnya kepada Rafizi? Serupalah kalau Ketua
Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng beli kereta Mercedes Benz sudah tentu untuk
kegunaan kerajaan negeri.
“Ternyata pemimpin parti -parti pembangkang di
Malaysia tidak ada kualiti dalam memperjuangkan masa depan rakyat di negara
ini. Apa yang mereka perjuangkan berkisar kepada mereka-reka berita fitnah,
menyerang peribadi termasuk menghasut rakyat supaya menolak Barisan Nasional
(BN),” katanya.
Rakyat dapat melihat sendiri kejelekan sikap
pemimpin pembangkang yang hanya tahu menabur fitnah yang dilakukan semata-mata
untuk menutup kelemahan dan kepincangan parti sendiri.
Ini termasuklah Rafizi yang terpaksa membina
persepsi buruk terhadap kepimpinan Najib dan keluarganya selepas bahtera PKR
dilihat semakin karam setelah Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dikenakan
hukuman penjara kerana kesalahan meliwat.
“Saya mahu menasihatkan pemimpin PKR seperti
Rafizi buatlah sesuatu yang baik untuk masa depan rakyat. Sampai bila agenda
perjuangan PKR ini hanya tahu menyebarkan fitnah dan melaga-lagakan pemimpin
UMNO.
“Jelas kerja Ahli Parlimen Pandan seperti Rafizi
hanya membina persepsi buruk terhadap kepimpinan Najib dan keluarganya dengan
isu-isu langsung tidak bersangkut paut dengan kepentingan negara. Tindakan
seumpama ini serupalah hanya makan gaji buta,” katanya.
Menurut Syed Ali, walaupun pemimpin pembangkang
seperti Rafizi giat menyusun strategi menggunakan pelbagai pendekatan fitnah untuk
mencemar imej kepimpinan Najib dan isterinya, bagaimana pun tidak akan mampu
meruntuhkan keyakinan rakyat kepada Perdana Menteri.
Jelas rakyat sudah semakin muak dengan tindak
tanduk pembangkang jelas bercanggah dengan nilai-nilai kehidupan dan peradaban rakyat
negara ini.
Syed Ali tidak menolak kemungkinan, arus kebangkitan
pembangkang akan hancur dengan sendirinya apabila majoriti rakyat faham sikap
pembangkang di Malaysia hanya makan gaji buta dan tidak mempunyai kualiti
sebagai gerakan politik yang mempunyai maruah dan harga diri.

Tutup jer mulut sekor ni dengan saman dan saman dan saman......Tarok betul-betul sampai tak leh duduk atau tidor. Timbunkan dengan saman-saman......Bila dah sibuk melayan lawyer dia kan diam sendiri
BalasPadamSetuju sangat!!! Tapi BN ini modus operandinya 'DEFENSIVE', tidak seperti PR/PKR yang '25 jam SEHARI/ 357 HARI SETAHUN, duduk OFFENSIVE SAjA, WALAUPUN MODALNYA FITNAH. LEBIH BIJAK BERPOLITIK DPD BN!!!
BalasPadam