Halaman

Rabu, 18 Mac 2015

Pemimpin PKR Suka Buat Kerja Jelek Dan Makan Gaji Buta -Syed Ali


KUALA LUMPUR, 18 MAC : Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan pemimpin PKR agar menghentikan sebarang dakwaan palsu berkenaan pembelian jet dilakukan semata-mata untuk meraih simpati rakyat.

Beliau sebagai menjawab sidang media yang dibuat oleh Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini yang menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan penjelasan sama ada isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berada di Indianapolis, Amerika Syarikat kononnya untuk meninjau sendiri kerja menaik taraf jet baharu yang dibeli kerajaan.

Menurut Syed Ali, dakwaan yang dibuat oleh Rafizi jelas membuktikan pemimpin pembangkang suka melakukan kerja-kerja jelek dan hanya makan gaji buta berbanding kerja-kerja memberikan perkhidmatan kepada rakyat yang mengundinya dalam pilihan raya umum lalu.

“Saya benar-benar merasa pelik sikap pemimpin pembangkang seperti Rafizi seolah-olah tidak mengenal dosa pahala membuat dakwaan palsu berkenaan Perdana Menteri dan isterinya.

“Seolah-olah pemimpin pembangkang ini tiada kerja lain hanya pandai buat fitnah. Saya mahu tegaskan kepada Rafizi bahawa rakyat bukannya bodoh seperti pemimpin PKR yang hanya makan gaji buta,” katanya.

Syed Ali turut melahirkan rasa kehairanan sikap pemimpin PKR yang hanya tahu mencari salah kerajaan pada hakikatnya ekor mereka bergelumang dengan najis.

Katanya, tidak cukup sesetengah pemimpin PKR termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah mempersoalkan badan kehakiman negara ditambah dengan sikap Rafizi Ramli yang suka membuat spekulasi dan berita-berita palsu jelas menggambarkan sikapnya yang tiada kerja lain selain mencari salah kerajaan.

“Saya mahu tanya di sini kalau kerajaan beli jet untuk kegunaan kerajaan apa masalahnya kepada Rafizi? Serupalah kalau Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng beli kereta Mercedes Benz sudah tentu untuk kegunaan kerajaan negeri.

“Ternyata pemimpin parti -parti pembangkang di Malaysia tidak ada kualiti dalam memperjuangkan masa depan rakyat di negara ini. Apa yang mereka perjuangkan berkisar kepada mereka-reka berita fitnah, menyerang peribadi termasuk menghasut rakyat supaya menolak Barisan Nasional (BN),” katanya.

Rakyat dapat melihat sendiri kejelekan sikap pemimpin pembangkang yang hanya tahu menabur fitnah yang dilakukan semata-mata untuk menutup kelemahan dan kepincangan parti sendiri.

Ini termasuklah Rafizi yang terpaksa membina persepsi buruk terhadap kepimpinan Najib dan keluarganya selepas bahtera PKR dilihat semakin karam setelah Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dikenakan hukuman penjara kerana kesalahan meliwat.

“Saya mahu menasihatkan pemimpin PKR seperti Rafizi buatlah sesuatu yang baik untuk masa depan rakyat. Sampai bila agenda perjuangan PKR ini hanya tahu menyebarkan fitnah dan melaga-lagakan pemimpin UMNO.

“Jelas kerja Ahli Parlimen Pandan seperti Rafizi hanya membina persepsi buruk terhadap kepimpinan Najib dan keluarganya dengan isu-isu langsung tidak bersangkut paut dengan kepentingan negara. Tindakan seumpama ini serupalah hanya makan gaji buta,” katanya.

Menurut Syed Ali, walaupun pemimpin pembangkang seperti Rafizi giat menyusun strategi menggunakan pelbagai pendekatan fitnah untuk mencemar imej kepimpinan Najib dan isterinya, bagaimana pun tidak akan mampu meruntuhkan keyakinan rakyat kepada Perdana Menteri.

Jelas rakyat sudah semakin muak dengan tindak tanduk pembangkang jelas bercanggah dengan nilai-nilai kehidupan dan peradaban rakyat negara ini.


Syed Ali tidak menolak kemungkinan, arus kebangkitan pembangkang akan hancur dengan sendirinya apabila majoriti rakyat faham sikap pembangkang di Malaysia hanya makan gaji buta dan tidak mempunyai kualiti sebagai gerakan politik yang mempunyai maruah dan harga diri.

2 ulasan:

  1. Tutup jer mulut sekor ni dengan saman dan saman dan saman......Tarok betul-betul sampai tak leh duduk atau tidor. Timbunkan dengan saman-saman......Bila dah sibuk melayan lawyer dia kan diam sendiri

    BalasPadam
  2. Setuju sangat!!! Tapi BN ini modus operandinya 'DEFENSIVE', tidak seperti PR/PKR yang '25 jam SEHARI/ 357 HARI SETAHUN, duduk OFFENSIVE SAjA, WALAUPUN MODALNYA FITNAH. LEBIH BIJAK BERPOLITIK DPD BN!!!

    BalasPadam