KERAJAAN tidak perlu tunduk kepada tekanan badan antarabangsa yang mahu Akta Hasutan dimansuhkan berikutan penahahan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Ahabshee.
Beliau sebaliknya menjelaskan, pelaksanaan akta tersebut amat di perlukan bagi mengekang daripada sebarang unsur, perbuatan atau tindakan individu atau pihak tertentu yang boleh menjejaskan keamanan negara.
"Kerajaan tidak perlu tunduk kepada desakan Suruhanjaya Juri Antarabangsa (ICJ) yang dilaporkan mahu Malaysia menghapuskan Akta Hasutan berikutan penahanan anak Ketua Pembangkag, Nurul Izzah semalam," tegasnya.
Beliau menyifatkan sebarang percubaan untuk campur tangan dan tekanan luar sebagai satu pencabulan dan pelanggaran terhadap kedaulatan sistem kehakiman serta perundangan negara.
"Malaysia bukan sebuah negara yang mengamalkan undang-undang rimba, kita bertindak untuk mengawal keharmonian negara dan kesejahteraan rakyat berbilang kaum daripada menjadi mangsa hasutan pihak yang berkepentingan," tegasnya.
Sebagai negara berbilang kaum katanya, Malaysia sudah belajar daripada sejarah bahawa undang-undang yang tegas amat diperlukan bagi memastikan keharmonian berkekalan.
Beliau berkata, ICJ sepatutnya memberi tumpuan kepada beberapa negara di barat seperti Amerika Syarikat yang turut menguatkuasakan undang-undang yang lebih teruk termasuk menyekat hak asasi manusia.
"Mengapa ICJ hanya cenderung melihat kes Anwar dan Nurul Izzah yang telah melanggar undang-undang negara ini dan sewajarnya menerima hukuman di atas perbuatan mereka.
Syed Ali mengutuk tindakan ICJ sambil menyifatkan badan antarabangsa itu sebagai berat sebelah dan mempunyai niat buruk terhadap sistem perundangan negara ini.
Menurut beliau, sebagai seorang Ahli Parlimen, Nurul Izzah tidak sepatutnya membuat kecaman keterlaluan dan penghinaan terhadap sistem kehakiman negara ini.
Sebuah portal berita hari ini melaporkan ICJ mengutuk Putrajaya kerana menggunakan Akta Hasutan 1948 untuk menahan Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR.
"Pihak berkuasa Malaysia perlu berhenti menggunakan kesalahan menghasut dengan menahan orang sewenang-wenangnya dan menyekat kebebasan bersuara," Pengarah ICJ Asia Pasifik, Sam Zarifi dipetik sebagai berkata.
Menurut Syed Ali lagi, penahanan seseorang di bawah akta tersebut tidak dibuat sewenang-wenangnya tanpa asas dan bukti yang kukuh.
"Polis di negara ini bukannya bodoh untuk tangkap tanpa bukti, undang-undang negara ini tidak membezakan siapa anda, walaupun seorang itu wakil rakyat," tegasnya.
Beliau turut menjelaskan penahanan Nurul Izzah bukan dibuat kerana kepentingan politik tetapi didakwa atas sebab kenyataannya berunsur hasutan.
Katanya, Malaysia masih bertahan sehingga kini sebagai sebuah negara yang aman dan rakyatnya hidup dalam suasana damai kerana ketegasan undang-undang sedia ada.
"Kalau kita ikut cakap mereka, undang-undang tanpa kewajaran, sudah lama negara ini porak peranda dan rakyatnya hidup tidak aman," ujarnya.
Malaysia kata beliau, memerlukan kepada undang-undang termasuk Akta Hasutan 1948 kerana latar belakang sosio-budaya dan politik yang berbeza.
"Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum, adat resam dan anutan agama serta budaya yang berbeza, ini semua memerlukan kepada ketegasan kerajaan dan undang-undang bagi memelihara tolenrasi untuk terus kekal (stabil) seperti hari in," tegasnya.
Dalam kes Nurul Izzah kata Syed Ali, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu jelas telah mengeluarkan kenyataan keterlaluan yang berbau hasutan apabila mengumpamakan para hakim seperti syaitan.
"Kenyataan tersebut terlalu biadap, penghinaan dan bercanggah dengan prinsip undang-undang dan kemuliaan sistem kehakiman negara," katanya.
Beliau mengecam penyokong pembangkang yang enggan menerima kenyataan bahawa Nurul Izzah telah melakukan kesalahan yang jelas di bawah akta tersebut.
Tambah beliau lagi, undang-undang di Malaysia hanya akan dianggap paling terbaik di dunia jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebeskan daripada penjara dan tidak disabitkan dengan kesalahan meliwat.
"Itulah yang mereka mahu sebenarnya, tetapi mereka lupa Anwar telah dihakimi oleh lima hakim dan keputusannya adalah jelas bahawa beliau didapati bersalah meliwat," tegasnya.
Sebagai seorang anak, beliau menjelaskan Nurul Izzah berhak meluahkan rasa kecewa tetapi sebagai seorang Ahli Parlimen tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berbau hasutan.
).

Kedaulatan jangan dicemari!
BalasPadam