Halaman
▼
Ahad, 15 Mac 2015
Jangan Jadi penulis ‘Berita Dongeng’ Kata Syed Ali Kepada A.Kadir Jasin
KUALA LUMPUR, 15 MAC : Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee tertarik untuk menjawab dakwaan penulis A.Kadir Jasin dalam blognya bertajuk “Cerita Penglipur Lara” yang disifatkannya satu ‘berita dongeng’ yang jelas tidak berasas dan dikutip dari tong sampah.
Pada masa yang sama Syed Ali turut menasihatkan A.Kadir Kasin jangan jadi penulis ‘berita dongeng’ yang boleh mengelirukan dan menipu rakyat.
Dalam tulisan A.Kadir Jasin dalam blognya, memetik kata-kata Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang mendapat maklumat dari satu Ketua Bahagian UMNO yang turut serta dalam himpunan 160 Ketua Bahagian pada 8 Mac lalu bahawa kerajaan akan meminjamkan RM900 juta lagi kepada tabung 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
Syed Ali menegaskan, semasa perjumpaan Datuk Seri Najib Tun Razak bersama 160 Ketua Bahagian pada 8 Mac lalu tidak pernah disebut atau dinyatakan dalam perjumpaan itu bahawa kerajaan akan membayar RM900 juta untuk mengisi tabung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti mana dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli atau yang disebut A.Kadir Jasin dalam tulisan di blognya.
“Di sini saya menegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah menyebut atau membayangkan bahawa kerajaan akan meminjamkan RM900 juta kepada 1MDB seperti mana laporan A.Kadir Jasin dalam laman blognya. Saya tidak faham di mana A.Kadir Jasin mendapat maklumat palsu itu? Apa yang ditulis oleh A.Kadir Jasin dalam blognya jelas merupakan ‘berita dongeng’ yang diperolehi dari sumber tidak sah atau pandang dengar,” katanya.
Kata Syed Ali, semasa perjumpaan itu semua 160 Ketua Bahagian yang hadir sangat puas hati dengan penjelasan Presiden UMNO dan Najib sendiri tidak melayan pertanyaan dari bawah.
“Jadi bagaimana Rafizi atau A.Kadir Jasin boleh dakwa Perdana Menteri pernah sebut soal pinjaman ini dan saya tak mendengar atau tak perasan perkara ini? Padahal semasa hadir dalam perjumpaan itu kami semua mendengar dengan teliti setiap penjelasan Presiden UMNO dan tidak timbul sama sekali soal peminjaman wang RM900 juta kepada 1MDB
“Saya pelik daripada mana A.Kadir Jasin mendapat sumber tidak sahih itu? Suapa Ketua Bahagian yang memberikan maklumat salah berkenaan perkara ini? Di sini saya juga boleh mengatakan A.Kadir Jasin juga mendapat maklumat yang tidak tepat atau tersalah dengar mengenai perjumpaan 160 Ketua Bahagian berjumpa Najib baru-baru ini.
“Saya nak tanya di sini sama ada saya yang kena kelentong atau A.Kadir Jasin yang kena kelentong dengan maklumat yang palsu? Kalau Presiden UMNO tidak sebut soal pinjaman RM900 juta itu kepada 1MDB kenapa saya nak sebut? Memang sah-sah berita itu palsu atau pembohongan pihak tidak bertanggungjawab kenapa saya mahu mengiyakannya?” katanya penuh kesal.
Syed Ali turut menasihatkan A.Kadir Jasin agar lebih berhati-hati dalam penulisan bimbang termasuk dalam golongan mereka yang suka menabur fitnah. Kalau pun ada perkara yang A.Kadir Jasin tidak berpuas hati atau ingin bertanya berkenaan perjumpaan Presiden UMNO bersama 160 Ketua Bahagian pada 8 Mac lalu boleh bertanya sendiri dengan pihaknya atau 160 Ketua Bahagian tadi.
“Kalau boleh jangan kutip semua cerita bohong dalam blog kita. Kalau tak tahu bertanya jangan siarkan berita yang boleh mengelirukan rakyat. Presiden UMNO tak pernah sebut pasal pinjaman 1MDB kenapa pihak di luar sana yang sebut atau menokok tambah cerita. Apa yang menghairankan saya bagaimana seorang bekas Ketua Pengarang seperti A.Kadir Jasin boleh terpengaruh dengan berita-berita dongeng ini,” katanya.
Seterusnya Syed Ali menasihatkan mana-mana pihak agar jangan menabur fitnah mengenai 1MDB. Sebagaimana diketahui, Perdana Menteri sendiri sudah memberikan jaminan berkali-kali bahawa tiada mana-mana pihak akan dilindungi mengenai perkara ini. Maka semua pihak kena menghormati segala saranan dan jaminan yang diberikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sy masih menunggu ketua bahagian buat penerangan pasal 1mdb....
BalasPadam