Malah kata beliau, adalah perbuatan kurang bijak jika mereka cuba mengganggu Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.
"Tak elok dan kurang manis rasanya jika ada dakwaan mengatakan dikalangan Wanita UMNO cuba nak kacau Perdana Menteri hanya bersabit isu yang berkait dengan individu tertentu,” tegas beliau.
Lagipun kata beliau, apa jua keputusan hendaklah diputuskan dalam mesyuarat EXCO pergerakan itu dan hanya EXCO yang sepatutnya ikut serta.
"Tetapi difahamkan yang berlaku sebaliknya, ada EXCO yang telah diketepikan manakala orang yang tidak ada kena-mengena dengan pergerakan itu yang diheret, ini menunjukkan seperti ada muslihat tertentu," katanya.
Menurut beliau, perjuangan UMNO termasuk ketiga-tiga sayapnya bukan untuk memenangkan individu tertentu sama dalam parti atau pada PRU akan datang.
“Individu boleh pergi bila-bila masa apabila ditolak rakyat, tetapi perjuangan UMNO tetap diteruskan,” katanya.
Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menegaskan, kepentingan individu tidak penting kepada perjuangan parti sebaliknya ia lebih bermakna jika menjuruskan kepada rakyat secara keseluruhannya.
“Janganlah terlalu bermegah kononnya kita berjuang bermati-matian tetapi hanya untuk kelompok atau individu tertentu, sedangkan rakyat dibawah melihat dengan penuh sinis dan menyifatkannya sebagai retorik,” tegasnya.
Oleh sebab itu kata beliau, jika ada sesuatu permasalahan atau isu berbangkit wajar diselesaikan secara kolektif terutama membabitkan keseluruhan barisan EXCOnya.
Beliau menjelaskan, suara majoriti harus dihormati dan tiada sebarang unsur paksaan atau tekanan yang harus dilakukan jika ada yang tidak menyokong kepada satu pihak yang lain.
Kenapa nak kacau Najib & Hishamuddin?
Kenapa nak kacau Najib & Hishamuddin?
“Saya bimbang, rakyat melihat dikalangan wanita UMNO hanya seronok beretorik terutama apabila bahang PRU semakin hampir,” tambahnya.
Tambah beliau lagi, rakyat sedang memerhati gerak geri pemimpin terutama membabitkan isu kontroversi dan sudah tentu kita tidak mahu ada pihak menuduh dikalangan wanita UMNO sebagai ‘lembu dicucuk hidung’ .
“Saya difahamkan ada dikalangan Wanita UMNO cuba nak jumpa Najib dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bersabit isu yang menyentuh individu tertentu,” katanya.
Beliau menyifatkan tindakan itu tidak sopan dan kurang bijak yang jelas menunjukkan ada agenda tersirat di sebalik tujuan tersebut.
“Pada hemat saya, buat apa nak kacau PM, serahkan kepada beliau untuk selesaikannya apa jua permasalahan yang berlaku secara bijaksana demi kepentingan semua pihak,” tambahnya.
“Kenapa kita tidak selalu berwaspada ? sedangkan pembangkang setiap masa hanya mengintai peluang untuk melemahkan perjuangan UMNO dengan pelbagai fitnah,” katanya.Sehubungan itu kata beliau, amanat Najib yang mahukan ahli parti mengganggap diri mereka sebagai ‘orang UMNO’ harus diterjemahkan menerusi tindakan.
Sebagai orang UMNO jelas beliau, semua pihak harus bertanggungjawab terhadap apa jua isu yang berbangkit dan wajib menegurnya demi kebaikan parti.
“Kalau kita mengakui kita orang UMNO, mengapa kita takut untuk bersuara menegakkan kebenaran jika dengan berbuat demikian parti akan dihormati dan disegani rakyat,” ujarnya lagi.

2 comments:
Salam.
ISU ibu dan bapak LEMBU dah merebak seluruh kampung di negara ini. Semua orang dok bercakap isu SAPA JADI LEMBU dan LEMBU itu milik sapa?
Datuk, percayalah rakyat tidak terutama pengundi Lembah Pantai akan PANGKAH PKR jika Shahrizat yang jadi calon BN pada PRU ke-13.
Bagi kami, biarlah tak merasa daging LEMBU jika itu duit rakyat, lebih baik kami undi Puteri Izzah yang belum lagi jadi LEMBU.
Datuk, kami tabik kepada Datuk kerana cukup berani tegur Shahrizat, nak harapkan kpd lain, semuanya nak jaga PERUT. Apa Nong Chik komen ? habuk pun tarakkkkk. Sebab Nong Chik pun dah belajar bagaimana nak bela LEMBU.
Ulasan datuk hari ini cukup bagus - satu dah tentu kenen (sindir le tu)dan satu lagi pasal Anwar ALJUBURI. Percayalah, 9 Haribulan ini, yang GILA berhimpun adalah anak-anak Melayu yang takcukup makan, manakala Cina dan India bertepuk tangan.
Datuk, ngapa Hishamuddin tu masih belum lagi nak ebrtindak terhasdap Azmin yang nak jadi MB Selangor ?
Akhir kata, kami di Kerinchi tetap akan menyokong perjuangan Datuk dalam menegakkan kebenaran dan kemuliaan perjuangan UMNO. Teruskan perjuangan Datuk kerana Allah sentiasa ada bersama Datuk.
salam Dato,
sy sokong apa yg dikatakan oleh sdr.Lan Rinchi.tak ada gunanya kita letakkan calon yang dah terpalit dgn isu yg kontroversi.Rakyat dah pandai menilai siapa yg lebih layak jadi pemimpin dan selaku seorang pemimpin, keperibadiannya perlu lah bersih. berani berjuang demi rakyat serta memerjuangkan parti UMNO dari sebarang tomahan dan fitnah.
Syabas Dato,Teguran Dato memang tegas dan panas demi menjamin kebenaran yang hakiki.Jangan jadi seperti Lembu yang telah di cucuk hidung.Jadilah rakyat yang bebas berfikir tanpa ada sebarang kuasa yang memaksa.Perhimpunan 901(yg sy tahu hanya jemnana seluar Levi's 501) GILA yang akan berlangsung hanya akan dihadiri oleh anak2 melayu yg MUDAH LUPA.... Hindu,cina dan bangsa2 lain akan bertepuk tangan dgn kebodohan anak Melayu.Mereka lupa siapa yang berikan biasiswa utk mereka belajar? siapa yang berikan pinjaman buku2 persekolahan mereka? dan dengan siapa mereka bekerja utk mencari makan? Fikir fikirkan lah wahai anak2 melayu...
Dato, kami tetap berdiri teguh dibelakang kepimpinan PM dan barisan kepimpinan UMNO. PRU 13 BN pasti merampas kembali negeri2 yang kita tewas pada PRU 12 yg lalu. 1 UMNO,1 Barisan,1 Malaysia...
Catat Ulasan