Khamis, 19 Januari 2012

UMNO Cheras sambut baik cadangan kerajaan lantik firma perunding teliti pengurusan kewangan NFC

HASRAT Kerajaan untuk melantik sebuah firma perunding perakaunan untuk menjalankan satu penelitian wajar dan audit projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) diharap akan menamatkan pelbagai spekulasi umum.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, langkah tersebut jelas membuktikan kerajaan tidak ada kaitan dengan syarikat berkenaan sepertimana dakwaan parti pembangkang.

"Kita (UMNO Bahagian Cheras) sambut baik cadangan tersebut kerana isu NFC sebelum ini telah menimbulkan pelbagai sangkaan buruk orang ramai terhadap UMNO," tegasnya.

Malah jelas beliau, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu memastikan pelan tranformosi berupaya diterapkan dalam pelbagai aspek termasuk memerangi sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa serta penyelewengan.

Oleh itu katanya, cadangan melantik firma perunding bagi menjalankan penelitian terhadap syarikat tersebut sepertimana diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam diharap akan menamatkan pelbagai tuduhan dan persespsi negatif di kalangan rakyat.

"Sejak isu NFC terbongkar, pelbagai sangkaan dan andaian di lemparkan oleh pihak pembangkang dengan menuduh kerajaan dan UMNO melindungi kepentingan syarikat berkenaan yang mana isteri penerajunya adalah seorang menteri kabinet, Shahrizat Abdul Jalil," katanya.

Berikutan itu, kalangan penganalisis politik melihat isu NFC yang membabitkan keluarga Shahrizat secara tidak langsung telah memberi beban kepada pentadbiran kerajaan pimpinan Najib.

Malah pemimpin politik termasuk daripada pihak pembangkang melihat isu NFC turut mencemarkan reputasi UMNO terutama menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk kalangan pemimpin UMNO mendesak Shahrizat meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet kerana UMNO dikatakan turut terpalit dengan isu tersebut dan menimbulkan kemarahan rakyat.

Shahrizat kini sedang bercuti sebagai menteri selama tiga minggu.

Sementara itu, lamam blog pro-pembangkang hari ini membuat andaian bahawa Shahrizat mungkin akan digugurkan daripada kabinet Perdana Menteri sebelum berlakunya PRU ke-13.

Mengulas lanjut cadangan melantik firma perunding tersebut, Syed Ali menambah rakyat perlu memberi kepercayaan kepada kerajaan untuk menyelesaikan konflik tersebut.

Katanya,Muhyiddin telah mengambil langkah tepat bagi mencari jalan untuk menyelesaikan isu NFC yang kini menjadi modal pembangkang untuk memburuk-burukkan kerajaan khususnya UMNO.

"Saya yakin penubuhan firma perunding perkaunan dan audit itu akan dapat menyelesaikan kemelut tersebut dan seterusnya melindungi kepentingan kerajaan dalam projek yang dikendalikan oleh NFC," ujarnya.

Muhyiddn memberitahu semalam bahawa firma tersebut akan meneliti dari segi penggunaan dana pinjaman, pengurusan dan kewangan projek tesrebut.

Timbalan Perdana Menteri juga menjelaskan NFC, iaitu syarikat usahasama diantara Agroscience Industries Sdn. Bhd dengan kerajaan telah diberi mandat sebagai integrator projek PFN.

Berikutan itu, kerajaan memberikan pinjaman mudah sebanyak RM250juta kepada syarikat berkenaan bagi melaksanakan projek tersebut dan setakat ini sejumnlah RM181juta telah dikeluarkan.

Bagaimanapun kata Syed Ali, kemelut yang melanda NFC yang secara tidak langsung tempiasnya turut terkena kepada UMNO harus dijadikan teladan kepada pihak kerajaan di masa akan datang.

"Memang kerajaan sentiasa memberi bantuan dan suntikan kepada syarikat yang ada kaitan dengan kepentingan rakyat, tepai cara dan kaedah pengurusannya perlu diteliti supaya tidak berlaku kepincangan sehingga menimbulkan kemarahan rakyat," ujarnya.

Sehubungan itu kata beliau, kerajaan perlu memastikan menteri atau timbalan menteri tidak ada sebarang kaitan sama ada secara langsung atau tidak lansung dalam mana-mana syarikat bagi mengelak timbulnya konflik peribadi dan persespsi negatif oleh orang ramai.

Mengulas spekulasi yang sedang bertiup kencang sekarang ini bahawa Sharizat dikatakan tidak akan disenaraikan sebagai calon UMNO pada PRU akan datang, Syed Ali berkata keputusannya terketak kepada budibicara Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO.

"Tak elok kita buat sebarang andaian atau khabar angin, biar pucuk pimpinan yang tentukkannya, yang penting kita di Wilayah Persekutuan perlu bekerja kuat bagi memastikan UMNO dan BN berjaya mengembalikan semula kerusi yang hilang pada PRU ke-12," tegasnya.

Syed Ali berkata, semua pihak harus bersatu dan merangka strategi secara bersepadu bagi menghadapi pembangkang dan seterusnya menawan semula beberapa kerusi Parlimen yang ditawan pembangakang seperti Titiwangsa, Wangsa Maju, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai.

Pada PRU ke-12, Shahrizat yang merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kepong yang diletakan bertanding di kerusi Parlimen Lembah Pantai tewas mengejut kepada calon 'hingusan' PKR, Nurul Izzah Anwar.

0 comments: