Sabtu, 21 Januari 2012

Syed Ali kecam Anwar pertikai undang-undang berkaitan hubungan seks luar tabii

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee mengecam keras Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim yang masih mempertikaikan undang-undang jenayah bersabit hubungan seks luar tabii di negara ini.

Katanya, usaha Anwar yang cuba menggunakan isu tersebut termasuk memberi jaminan undang-undang bakal dipinda jika pembangkang berkuasa hanya akan menghancurkan masa depan umat Islam.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menegaskan, undang-undang berkaitan yang diguna pakai di negara ini bersesuaian dengan hukum Islam yang menentang keras hubungan sejenis dilakukan sesama manusia.

"Mengapa dia beria-ia sangat nak pinda undang-undang berkaitan hubungan seks luar tabii, apakah undang-undang tersebut selama ini menghalang mereka untuk memusakan nafsu yang bertentangan dengan fitrah manusia,?soal beliau.

Katanya, ini (hubungan sejenis) bukan soal hak kebebasan manusia tetapi berkait dengan hukum agama Islam sepertimana sudah tercatat dalam kitab suci al-quraan.
Menurut beliau, manusia akan hancur binasa jika hubungan seks sejenis dibiarlan berleluasa sepertimana janji Allah swt.

Syed Ali mengulas kenyataan Anwar malam tadi yang mencadangkan supaya undang-undang yang didakwanya digunakan untuk mengaibkan seseorang dipinda termasuk dalam Seksyen 377(B) dan 377(C) Kanun Keseksaan.

Alasan Anwar ialah bagi memastikan undang-undang tersebut tidak digunakan untuk menghina seseorang khususnya terhadap musuh dalam politik.

"Memang undang-undang yang ada 377(B) ka, C ka, ia memang archaic (lapok). Digunakan untuk aibkan orang, Digunakan untuk musuh politik," kata Anwar ketika berucap di majlis kesyukuran sempena pembebasan beliau daripada tuduhan liwat 9 Januari lalu, di kediamannya di Segambut Dalam, Kuala Lumpur malam tadi.

Turut hadir di majlis tersebut sepertimana dilaporkan oleh portal berita pro-pembangkang malaysiakini.com ialah bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Mengulas lanjut kenyataan terbaru Anwar itu, Syed Ali dengan keras menolak tuduhan tersebut sambil mempertahankan bahawa undang-undang sedia ada itu tidak bertujuan untuk menzalimi seseorang.

"Jika seseorang itu tidak lakukan kesalahan atau melanggar undang-undang termasuk meliwat, mengapa perlu takut sehingga mahu undang-undang itu dipinda," tegasnya.

Menurut beliau, kerajaan menggunakan setiap peruntukan undang-undang sedia ada bertujuan menjamin dan memulihara keamanan, keadilan serta keselamatan rakyat dan negara.

"Takkan kerana dia dikaitkan dengan tuduhan meliwat, maka keseluruhan undang-undang nak dipinda, ini bukan untuk kepentingan umum tetapi hanya untuk memuaskan nafsu peribadi," ujarnya.

Lagipun katanya, undang-undang digubal dan diluluskan oleh Parlimen bukan untuk kepentingan seseorang individu tetapi lebih menjuruskan kepada kepentingan umum.

Sehubungan itu, beliau mahu Anwar supaya menjelaskan secara terbuka maksud dan pengertian sebenar Seksyen 377(B) dan 377(C) kepada rakyat menerusi ceramah-ceramah politik pembangkang.

"Cakap lah perkara benar dalam seksyen tersebut, bukannya buat bohong kata ia digunakan oleh musuh politik," tegasnya.

"Jangan buat tuduhan bodoh kononnya undang-undang itu bertujuan untuk aibkan seseorang, itu tidak masuk akal sama sekali," katanya lagi.

Untuk rekod, Seksyen 377(B) memperuntukkan sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela akan dihukum penjara maksima 20 tahun termasuk sebatan.

Manakala 377(C) pula merujuk kepada persetubuhan aturan tabii tanpa kerelaan dan pesalah boleh dipenjara tidak kurang 5 hingga 20 tahun termasuk dikenakan sebatan.

"Apakah kerana membabitkan perkara melakukan hubungan seks sejenis atau paksaan, maka ia perlu dipinda, ini seperti mahu budaya homosesksual berlaku secara terbuka di negara ini," tegas Syed Ali lagi.

Tambah beliau, undang-undang tersebut tidak menyebut untuk mengaibkan seseorang, tetapi mengingatkan hukuman yang bakal diterima jika melakukan perbuatan yang ditegah itu.

"Kalau tak buat, mengapa nak malu dan berasa diri diaibkan? Lazimnya orang yang bersalah sahaja yang sentiasa berada dalam ketakutan," tegasnya.


Beliau mengingatkan Anwar supaya tidak berselindung dengan ungkapan kata-kata indah yang 'orang kurang faham' tetapi bermaksud untuk menghalalkan hubungan sejenis yang sememangnya jelas di laknat oleh Allah swt.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali turut mengecam keras sikap pemimpin PAS yang masih seperti 'tunggul' yang langsung tidak tersentuh hati apabila Anwar beria-ia sangat mempersoalkan undang-undang berkenaan.

"Saya tak faham, pemimpin PAS ini manusia Islam jenis apa...... semua yang Anwar dan DAP buat dikira halal," katanya.

"Takkan kerana pentingkan perut politik, mereka tergamak gadaikan maruah agama dan merosakkan masa depan generasi Islam.

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

anwar pandai putar belit sebab itu bila dia ceramah dia bagitau undang 337 ini untuk aibkan orang tapi dia tak bagitau org yg dok sembahyang dengan dia yang undan2 in adalah undang 2 untuk cegak seks luar tabiee..maunusia macam gini kita kena tentang habis2san semoga Allah laknat org macam gini sebab dah banyak dosa yg dia sebarkan sehingga ular dalam sdemak pun percayakannya.

usin berkata...

gila kuasa akan melahirkan makhluk BUTA PERUT!!!

Tanpa Nama berkata...

memang patut pindapun, buat fitnah boleh kena 20 tahun. ikut undang-undang islam kena ada saksi.

Wahid Tetap Satu berkata...

Kadang kita rasa pelik...bila ada yang pertikai undang tersebut atau yang pertahankannya...masing2 dgn hujah yang tersendiri..tapi jarang orang Islam itu nak kembali kepada Islam...apa saje yang lahir dari buah pemikiran manusia sekalipun kita lihat itu yang TERBAIK, ingatlah mesti ada kelemahan dan bersifat sementara, tak dinafikan mesti ada yang bertanya 'Habis, apa yang sempurnanya? mana ada yang sempurna?', kita seolah2 sudah lama lemas dalam ulitan barat dan penjajah..agaknya bila lagi kita nak kembali kepada peraturan Islam.. Cuma satu ingatan, jangan sampai yang datang dari Allah pun kita rasakan tak sesuai dgn masyarakat hari ini, Ragukah kita terhadap yang datang dari Allah..sedar atau tidak sebenarnya kita merasakan seolah2 Allah itu tak tahu yang berlaku pada hambanya zaman ini..Kadang2 sifat wajib bagi Allah kita hafaz, namun penghayatannya kosong. Pada semua pembaca...sama2 kita fikirkan, adakah yang Allah rakamkan dalam Al-Quran itu sekadar untuk dibaca sahaja dan tidak lebih dari itu. Yakinkah kita 100% kepada Allah. Renung2kan lah, ayat 2, surah Al-Baqarah.