Isnin, 16 Januari 2012

Road-show Hassan Ali ; Syed Ali harap penyokong tegar PAS sedar mereka selama ini diperdaya

LANGKAH yang diambil oleh Datuk Dr. Hassan Ali untuk mengadakan road- show mendedahkan perasit dalam PAS diharapkan akan memberi kesedaran kepada penyokong tegar parti itu, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

"Pendedahan itu bakal menyedarkan penyokong dan ahli PAS yang selama ini diperdaya oleh pemimpin mereka dengan pelbagai fatwa dan momokan politik," katanya.

Menurut beliau, bekas Pesuruhajaya PAS Selangor dan EXCO Kerajaan Negeri itu bebas berbuat demikian setelah beliau dipecat daripada parti itu.

"Kita berharap tindakan berani Dr. Hassan itu akan membuka hati penyokong tegar PAS supaya tidak lagi bersekongkol dengan parti yang menjadi perkakas DAP dan PKR," tegasnya.

Syed Ali menjelaskan, beliau sudah meramalkan ramai pemimpinPAS akan berada dalam situasi tertekan sebaik sahaja mereka bergabung dalam Pakatan Rakyat (PR) yang didominasi oleh DAP.

"Oleh sebab itu, apabila Dr. Hassan dikecam hebat oleh DAP dan PKR berkaitan isu arak di Selangor, saya sudah menjangkakan beliau (Dr. Hassan) tidak akan kekal lama sebagai EXCO," katanya.

Sambil mengaitkan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim sebagai budak suruhan DAP, Syed Ali berkata PAS di negeri tersebut hanya sekadar 'barang perhiasan'.

Katanya lagi, PAS merupakan parti yang tidak ada maruah dan halatuju, sebaliknya memperalatkan agama untuk agenda politik puak tertentu.

Beliau mengulas kenyataan terbaru Dr. Hassan hari ini (Isnin) yang memberitahu media bahawa beliau bakal mengadakan road-show di selruh negeri dan akan mendedahkan perasit dalam PAS yang turut bertanggungjawab membawa kepada pemecatan beliau.

Dalam hubungan ini kata Syed Ali, pendedahan itu juga secara tidak langsung akan membongkar segala politik kotor dalam parti itu yang selama ini disembunyikan daripada pengetahuan rakyat.

"Pemimpin tertinggi PAS cukup bijak mengabui mata rakyat dengan berselindung disebalik agama," ujarnya.

Di tanya apakah tidak mungkin Dr. Hassan menyertai UMNO, Syed Ali menjelaskan ADUN Gombak Setia itu bebas membuat pilihan.

"Terlalu awal, tetapi saya percaya Dr. Hassan cukup matang membuat pertimbangan," ujarnya.

Beliau memberitahu, Dr. Hassan mampu untuk menentukan halatuju politik beliau setelah ditendang keluar daripada PAS.

Mengenai desas-desus kemungkinan seorang lagi pemimpin PAS, Nasharuddin Mohd Isa bakal menjadi mangsa kedua selepas Dr. Hassan, Syed Ali berkata, jika ia berlaku jelas menunjukkan sistem diktator sudah mempengaruhi parti itu.

Beliau tidak menolak kemungkinan tersebut memandangkan Nasharuddin merupakan antara tokoh PAS yahg dikatakan mempertahankan kedudukan Dr. Hassan daripada disingkirkan.

Mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang mahu semua pihak supaya 'berhenti' memalukan Anwar bersabit kes liwat kerana Ketua Pembangkang itu sudah dibebaskan, Syed Ali berkata :

"Tak ada sesiapa nak memalukan Anwar tetapi kes tersebut merupakan perhatian umum kerana tuduhan melakukan hubungan di luar tabii (liwat) yang membabitkan pemimpin parti politik," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap Nik Aziz dapat memberi 'didikan' yang lebih sempurna kepada Anwar supaya tidak lagi dikaitkan dengan kes liwat untuk kali ke-3.






3 comments:

Alkahfi berkata...

Salam tok .. saya setuju sangat Hasan Ali buat roadshow untuk menyedarkan penyokong dan ahli2 PAS
Tetapi dalam masa yang sama penyokong dan ahli2 UMNO pun nak kena sekolah kan juga...
Sampai sekarang ni UMNO tak paham2 bahawa rakyat pun bukan sokong pembankang tapi di sebab kan benci dan meluat tengok gelagat orang2 UMNO...
Dah sampai masa untuk pemimpin UMNO untuk meng"umno" kan orang melayu..
Jangan berlagak macam orang "elit" tapi otak penuh sampah...

Tanpa Nama berkata...

Datok Syed ALI beri laluan kpd hasan ALI buat 1st roadshow nya di dewan rekreasi cheras. Mesti banyak orang datang. Ada berani ka?

NyoNya Peel

Tanpa Nama berkata...

orang Melayu sebenarnya amat merindui tokoh seperti Dato' Onn Jaafar yang berjuang dengan penuh ikhlas. Tidak banyak harta yang ditinggalkan untuk keluarga. pemimpin sekarang anak ,menantu, suami semua kaya raya sedangkan ramai Melayu masih miskin. OKU, anak yatim, orang miskin, bantuan sekadar melepas batok di tangga. Tolonglah bantu mereka dengan penuh keikhlasan.