Sabtu, 28 Januari 2012

Lindungi kekejaman Israel ; Anwar musuh Islam - Syed Ali

BUKAN setakat mengkhianati umat Islam, malah Anwar Ibrahim jelas mencabuli prinsip kemanusiaan sejagat apabila dikatakan melindungi kekejaman rejim Israel, kata Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

"Jika jelas pendirian terbaru Awar menyokong kekejaman rejim Israel, bermakna dia adalah musuh umat Islam," tegasnya.

Menurutnya, seluruh umat Islam berasa terhina dengan pendirian Ketua Pembangkang itu yang disifatkan sebagai amat keterlaluan dalam usaha beliau mencari alternatif luar untuk berkuasa.

"Belum pernah berlaku lagi dalam sejarah politik tanahair, seorang pemimpin politik Melayu yang mengaku Islam dikatakan melindungi rejim Israel," katanya.

Justeru itu katanya, seluruh umat Islam di negara ini wajib menolak dan menysihkan Anwar daripada gelanggang politik.

"Manusia jenis ini amat berbahaya, bukan setakat boleh merosakkan negara malah turut menghancurkan masa depan umat Islam," tegasnya lagi.

Beliau berkata, keganasan dan kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin sudah terbukti dan mendapat kecaman daripada seluruh dunia.

"Ketika dunia mengutuk kekejaman Israel, Anwar pula mempertahankannya, ini satu perkembangan yang amat menakutkan," katanya sambil menyifatkannya sedbagai petanda kepada kehancuran umat Islam jika tidak ditangani segera.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu turut kesal dengan pendirian PAS terutama Dewan Pemudanya yang begitu takut untuk mengecam Anwar secara terbuka.

"Permuda mereka hanya berani bersuara dalam twitter, dengan mendakwa ia satu pengkhianatan kepada umat Islam tetapi tidak menyebut nama Anwar," ujarnya.

Menurutnya, ini menunjukkan Pemuda PAS terlalu takutkkan Anwar kerana lebih menjaga kepentingan politik.

"PAS juga talibarut kepada musuh Islam yang bertopengkan agama untuk kepentingan peribadi.
Dalam perkembangan lain, Syed Ali mengingatkan pembangkang jangan cuba mengaitkan UMNO dengan isu video seks 0.2 membabitkan Anwar seperti yang didedahkan oleh salah seorang trio 'Datuk T', Shuib Lazim.

"Kita memberi ingatan sedemikian kerana sudah menjadi lumrah pembangkang, apa sahaja musibah yang berlaku terhadap Anwar, mereka sewenang-wenangnya menuduh itu kerja UMNO," tegasnya.

"Penting sangatkah Anwar, apa sahaja yang berlaku terhadap dirinya dikaitkan dengan UMNO, inilah kerja jahat pembangkang yang cuba menutup kejijikan moral beliau.
Katanya, UMNO tidak ada masa untuk berbuat demikian kerana isu Anwar tidak memberi kebaikan kepoada rakyat.

"Itu soal peribadi beliau, sama ada terjebak dalam kes liwat atau video sesks, tak ada kena mengena dengan UMNO," ujarnya.

Beliau sekaligus menafikan anggapan Naib Presiden PKR, N. Surendran yang dilaporkan berkata pendedahan video seks 0.2 bertujuan untuk cemarkan reputasi Anwar.

Surendran dikatakan sebagai mendakwa lebih banyak lagi pita video seks yang akan direka dan diedarkan memandangkan PRU ke-13 semain hampir.

Dalam hal ini, Syed Ali menyifatikan isu pita video seks sepertimana didakwa Shuib dirakamkan pada 12 dan 13 Januari 2011 di Thailand adalah soal peribadi beliau.

"Terserah kepada pihak berkuasa (polis) untuk melakukan siasatan jika dakwaan itu berasas, kita (UMNO) tidak berminat dalam isu tersebut," katanya.

"Jika bukan Anwar yang beraksi lucah dalam video seks itu, apa yang mereka takutkan sangat?," soal beliau lagi.

0 comments: