Rabu, 4 Januari 2012

Bebaskan Anwar 901 : UMNO Cheras persoal pendirian Majlis Peguam & Suhakam

UMNO Bahagian Cheras hari ini mempersoalkan pendirian Majlis Peguam dan Suhakam yang membisu berhubung kedegilan pakatan pembangkang untuk mengadakan perhimpunan haram 9 Januari ini, hari di mana Anwar Ibrahim akan dijatuhkan hukuman bersalah atau tidak dalam kes meliwat.


"Sikap ini jelas menunjukkan kedua-dua badan itu turut bersekongkol dengan Anwar yang menggunakan demontrasi jalanan untuk membersihkan dirinya yang didakwa meliwat," tegas ketuanya, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Beliau turut mempesoalkan apakah barisan peguambela Anwar turut merestui gerakan tidak bertamadun itu yang jelas melanggar undang-undang sedia ada.


"Sebagai pengamal undang-undang, saya nak tanya mereka (Majlis Peguam dan peguambela Anwar) apakah perbuatan kumpulan pro- Anwar itu betul dan masuk akal,? soal beliau.


Katanya, sikap double-standard Majlis Peguam dan Suhakam telah menghakis keyakinan orang ramai terhadap fungsi dan peranan sebenar majlis berkenaan.


"Kalau setakat mahu jadi perkakas pembangkang untuk mengecam kerajaan, adalah lebih baik kedua-dua badan tersebut dibubarkan," tambahnya.


Katanya, jika niat mereka sememangnya untuk mencetuskan kedaan huru-hara, adalah lebih baik mereka (peguambela) tidak membela Anwar sejak dari dulu dan sebaliknya mengadakan rusuhan jalanan untuk membebaskan seorang individu.


Syed Ali juga mengecam keras sikap pemimpin PAS yang kononnya digelar ulama tetapi tidak berani menjelaskan kepada umum apakah perbuatan itu (perhimpunan haram) digalakkan oleh ajaran Islam.


"Dalam PAS kononnya ada ramai tok gutu dan ulama, mengapa mereka jadi bisu dalam kes liwat Anwar, mengapa mereka juga sanggup jadi kambing hitam untuk berarak demi kerana kepentingan politik Anwar,"tegasnya sambil menyifatkan pemimpin PAS sekarang ini sememangnya bacul dan lebih pentingkan kedudukan.

Bagaimanapun jelas Syed Ali lagi, Anwar seperti sudah dapat menjangkakan bahawa beliau akan disabitkan bersalah sehingga terpaksa mengerah seluruh penyokongnya termasuk daripada DAP dan PAS supaya berhimpun pada hari tersebut.


"Ini menunjukkan niat mereka tidak bersih, ada strategi jahat untuk melakukan kacau-bilau sebaik keputusan penghakiman diumumkan," katanya.


Syed Ali kesal kerana pembangkang terutama pemimpin Islam dalam PKR seperti menolak hukum qadha dan qhadar Allah swt.


"Sebagai pemimpin Islam, mereka sepatutnya insaf dan redha dalam menerima ketentuan Illahi dengan berlapang dada dan bersyukur," katanya.


Lagi pun kata beliau, jika Anwar yakin kepada ketentuan Allah swt dan benar tidak melakukan perbuatan liwat, tidak ada sebab untuk beliau terlalu takut atau gementar untuk menunggu tarikh 9 Januari ini.


"Nampak sangat dia sedang menggigil ketakutan sehingga terpaksa mengajak penyokongnya adakan perhimpunan untuk membebaskannya daripada sebarang pertuduhan meliwat," ujar berliau.


Anwar, yang kini berumur 64 tahun didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.


Beliau dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Kesiksaan yang membawa hukuman penjara sehngga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.


Dalam perkembangan berkaitan, beliau sekali lagi mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya segera mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin PKR yang cuba menganjur perhimpunan haram 9 Januari ini.


"Semalam, saya dah nyatakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali melakukan hasutan dan provokosai serta ugutan, mengapa polis masih berdiam diri," tegasnya.


Beliau bimbang, sikap tunggu dan lihat yang diambil oleh pihak berkuasa akan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap intergriti PDRM.


Mengulas konvenyen Pakatan Rakyat (PR) kali ke-3 yang akan berlangsung di Alor Star, Kedah pada 13 Januari ini yang bertemakan 'Bersihkan Malaysia' seperti yang diumumkan Anwar lewat petang semalam, Syed Ali berkata :


"Tema tersebut bertepatan dengan usaha membersihkan negara ini daripada pemimpin yang rosak moral dan akhlak politiknya,".


Katanya, negara ini sememangnya bukan tempat bagi pemimpin pengkhianat bangsa seperti Anwar yang terjerumus dalam skandal moral yang begitu teruk.


"Eloklah sesama mereka bersihkan pakatan pembangkang daripada anasir-anasir perosak bangsa dan yang menjadi talibarut asing untuk menghancurkan negara dan meleburkan perpaduan rakyat pelbagai kaum.

0 comments: