Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Anwar cuba mengharapkan belas kasihan orang ramai dan menyeru mereka hadir di Mahkamah Jalan Duta sebagai tanda sokongan kepada beliau.
Katanya, Anwar mula melancarkan provokasi dengan membuat andaian keputusan 9 Januari ini dengan tiga kemungkinan, iaitu tidak bersalah, bersalah dan diikat jamin atau kemungkinan besar akan dipenjara.
Beliau mendakwa itu semua taktik halus Ketua Pembangkang itu untuk mengharapkan simpati dan sokongan dalam misi kempen ‘Bebaskan Anwar 901’.
“Umum menmgetahui Anwar memang licik melancarkan perang psikologi dan provokasi, beliau cuba beri gambaran kononnya tidak bersalah dalam kes liwat,” tegasnya.
Dalam hal ini katanya, Anwar cuba mendahului keputusan mahkamah dan beliau sengaja membakar emosi penyokong PKR.
Syed Ali mengulas kenyataan Anwar bahawa sama ada beliau dipenjarakan atau tidak, tidak penting, namun apa yang dinatikan adalah keputusan rakyat menilai dan membuat pilihan pada pilihan raya akan datang untuk merubah kerajaan.
Bercakap kepada media selepas menyampaikan ceramah di Taman Sin Hoe, Bukit Baru Melaka, malam tadi, Anwar antara lain berkata keputusan itu tidak penting sebaliknya perubahan yang bakal dilakukan oleh rakyat untuk menumbangkan kerajaan.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga memberitahu solat hajat akan diadakan diseluruh negeri bagi mengelak fitnah dan kezaliman.
Mengulas lanjut, Syed Ali berkata rakyat tidak mudah untuk diperdayakan dengan 'cerita sedih’ Anwar sehingga sanggup menyusahkan kehidupan mereka.
“Saya tak nampak rakyat sanggup menukar kerajaan hanya kerana pentingkan diri Anwar yang terheret dalam pelbagai isu moral yang menjijikkan terutama pada kaca mata orang Islam,” tegasnya.
Dalam perkembangan lain, Syed Ali menyifatkan keenganan Anwar bersumpah laknat kononnya atas nasihat ulama Yusoff al-Qardawi, sebagai cuba ‘berselindung disebalik sehelai daun’.
“Tidak timbul soal mempermainkan agama, jika seseorang itu yakin tidak melakukan kesalahan atau cuba membersihkan dirinya daripada sebarang tuduhan, mengapa takut untuk menyatakan kebenaran dengan bersaksikan al-quran,? “soal beliau.
“Itulah kepintaran Anwar, cuba menggunakan pelbagai helah dan muslihat, cukup
dengan faktanya untuk mengelirukan orang ramai.
dengan faktanya untuk mengelirukan orang ramai.Mengenai kesediaan PKR untuk berunding dengan polis berhubung perhimpunan haram 9 Januari ini seperti dinyatakan oleh Timbalan Presiden parti itu, Azmin Ali, Syed Ali menjelaskan sekiranya baik untuk ketentaraman awam, ianya patut diadakan.
“Tetapi, boleh kah PKR terutama Azmin memberi jaminan tidak akan berlaku kekecuhan atau keganasan semasa perhimpunan tesrebut ? Ini kerana cerita bohong mereka seperti mengulangi kejadian demontrasi Bersih 2.0 di ibu kota tidak lama dulu,”, katanya.
Beliau berkata, pemimpin Bersih 2.0 pada mulanya memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang kekacauan dan keganasan, tetapi apabila ianya berlau, mereka salahkan pihak polis dengan turut an mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat.

0 comments:
Catat Ulasan