KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menasihati Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin tidak cepat melatah dengan menyertai parti politik kerana dihalang menyampaikan ceramah agama.Menurutnya, jika bekas Mufti Perlis itu membabitkan diri dalam dunia politik dikhuatiri imej dan kredibiliti beliau sebagai tokoh agama akan terjejas.
“Saya nasihatkan Dr. Asri jangan cepat melatah dengan isu penahanannya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini dengan membuat keputusan yang bakal mencemarkan ketokohan beliau,” tegasnya.
Beliau berpendapat isu Dr. Asri seharusnya dilihat daripada sudut penguakuasaan undang-undang syariah Islam di setiap negeri yang memerlukan penceramah agama mematuhui garis panduan yang ditetapkan.
“Tidak ada sesiapa yang boleh merasakan dirinya istimewa dan kebal daripada undang-undang,” jelasnya.
Sehubungan itu katanya, jika setiap penceramah mematuhui peraturan sedia ada masalah halangan untuk menyampaikan kuliah atau ceramah agama tidak akan berlaku.
“Jika masalah itu sebagai pendorong Dr. Asri untuk bercakap bebas di atas pentas politik, ternyata langkah itu tidak bijak,” tambahnya.
Syed Ali menjelaskan, pendakwah lazimnya sedia menerima pelbagai dugaan, cabaran dan halangan untuk menyampaikan seruan agama dan mereka kebiasaannya juga tahan diuji, sabar dan tidak mudah berputus asa.
Bagaimanapun katanya, Dr. Asri mempunyai hak untuk menyertai parti politik jika dirasakan dengan berbuat demikian beliau bebas untuk bercakap dan menyampaikan ceramah.

Mengulas pertemuan Dr. Asri dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kota Bharu semalam, Syed Ali berkata pertemuan mereka mengundang banyak persepsi.
“Rakyat boleh membuat pelbagai andaian hasil pertemuan itu, tetapi bagi saya hanya mereka berdua sahaja tahu apa yang dibincangkan,” ujarnya.
Mengenai kemungkinan Dr. Asri menyertai PAS dan ditawarkan jawatan penting, Syed Ali berkata PAS boleh berbuat demikian jika dirasakan beliau (Dr Asri) akan memberi keuntungan politik kepada parti itu.
“Cuma saya mengingatkan Dr. Asri supaya tidak membiarkan dirinya dijadikan alat atau perkakas oleh PAS untuk meraih populariti politik menjelang pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Dalam pertemuan dengan Nik Aziz, Dr. Asri memberitahu beliau tidak menolak kemungkinan menyertai parti politik jika terus dihalang daripada menyampaikan ajaran agama.
5 comments:
SEJARAH ada bukti, seseorg yg dilhat mempunyai ilmu agama, kemahiran dlam soal hukum hakam bila menyertai parti poltik terutama sekali PAS, mereka akan turut sesat dalam idealogi parti itu.
Dalam soal ini ada unusr ugutan daripada Dr Asri. Mengapa beliau mengugut begini? Apa puncanya? Adakah sesuai seorang ualamak bertaraf Mufti seperti beliau mengeluarkan kenyataan seperti ini? Apa motifnya atas sekadar menagih simpati supaya dia dilihat begitu penting dalam arus perkembangan dakwah dlm negara kita ini?
kalau benar Dr Asri berjiwa besar dan berlapang dada, dia kena anggap segala yg berlaku ke atasnya hari ini adalah satu ujian yg hanya sebasr hama kalau mahu dibandingkan dgn apa yg berlaku ke atas org lain.
Dalam perjuangan dakwah, Dr Asri tidak boleh hilang nilai istiqamahnya..
Salam.
Teman setuju benor le bahawa mantan Mufti Perlis ni main ugut-ugutan. Weh, malu le orang alim pun dah pandai buat demand macam artis tersohor tanahair.
Kenapa dia tak mahu ikut undang-undang agama Islam di setiap negeri, terutama Selangor, kan agama tu di bawah payung Raja-Raja Melayu kalu ikut Perlembagan Negara, maknanya mantan Mufti ni dah lawan Raja (derhaka le ).
Untuk makluman semua, bekas Mufti Perlis ni le yang dikatakan buat ceramah suatu ketika dulu dok kutuk dan cerca keturunan Syed kerana tak ikut ajaran WAHABI.Syed Ali tak perasan ke dia dok caci dan maki hamun keturunan Syed di Perlis (dia mungkin lupa Raja Perlis pun keturunan Syed, maka dia di katakan telah dipecat jadi Mufti kerana hina Raja Syed di Perlis, sama ada betul ke tidak, wallahullam).
Kesimpulannya, apa guna kita nak besarkan isu kecil ni, akhbar pun tak payah lagi nak vover-up mantan Mufti Perlis ni, saje nak beri dia glamour kok.
Ada suara sinis bertanya, kenapa ayah Pin di tangkap kerana bawa ajaran tanpa tauliah ? Jawab le.
Kpd Syed Ali, teman harap jangan kendur perjuangan, teruskan demi kebaikan umat Islam dan orang Melayu.
TK.
salam.
Anwar Berahim belum lagi bercakap isu Dr. Mohd.Asri, maka kita tunggu apa dia komen dan mungkin Anwar akan offer jawatan Timbalan Presiden PKR.
Ini baru permulaan bunga-bunga buruk dalam politik. Jika anda berminat untuk naik pentas politik, maka telinga anda harus tebal dan sesekali mata anda harus dibutakan seketika.
Ini kerana dalam politik, benda yang sah hitam boleh dikatakan putih, apatah lagi Dr. Asri yang ada Phd, entah-entah besok akan ada fitnah bahawa ijazah kedoktoran itu palsu atau dibeli! Jadi, pikirlah 2X sebelum naik pentas politik yang penuh dengan adu domba, tikam belakang, fitnah, pembohongan dan pura=pura baik.
Dr. Asri ambil lah ingatan dan pesanan Datuk Syed Ali ini kerana apa yang beliau katakan itu, ada benar, sebelum diri anda ditelanjangkan, lebih baik jangan main politik.
Mana berani Pak Syeikh Nuar berahim bagi komen!
dr asri ni yg paling bagus jgn sertai politik dan jgn berdakwah sbb die ni jelas ego dlm berdakwah dan suke sindir2 org yg idak sealiran dengannyer.fahaman die pun mengelirukan dan taksub sgt pada ibnu taimiyah dan ibnu qayyim sedangkan die juga melarang org taksub dgn 4 mazhab, imam bukhari dan al ghazali.dok umah diam2 jadi ustaz ajar fardhu ain dan tajwid lagi bagus...ckp pandai sebijik cam anwar ibrahim bole pengaruhi org..bakat yg disalahgunakan.
Post a Comment