KUALA LUMPUR : Umno Bahagian Cheras hari ini melancarkan ‘Tabung Azan’ bagi menyokong secara moral akhbar Utusan Malaysia yang disaman RM30 juta oleh Ahli Parlimen DAP Seputeh, Y.B. Teresa Kok berhung isu laungan azan.Ketuanya, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee ketika mengumumkan penubuhan tabung berkenaan menegaskan, UMNO Bahagian Cheras berasa terpanggil dan amat prihatin dengan akhbar Utusan Malaysia yang sedang berjuang untuk menegakkan syiar Islam dan kepentingan orang Melayu.
“Apabila pemimpin DAP itu menyaman akhbar Utusan Malaysia hanya kerana isu laungan azan, maka tindakan Teresa itu seolah-olah mencabar dan menghiris seluruh perasaan umat Islam di negara ini,” jelasnya.
Beliau menjelaskan, akhbar Utusan Malaysia adalah milik orang Melayu dan sinonim dengan perjuangan UMNO, maka tindakan Teresa itu samalah seperti menggugat kepentingan seluruh umat Islam.
Katanya, sebagai langkah permulaan, UMNO Bahagian Cheras dan Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) masing-masing menyumbang sebanyak RM10 ribu bagi menggerakkan tabung tersebut.
“UMNO Bahagian Cheras amat prihatin dengan peranan akhbar berkenaan dan setelah isu laungan azan didedahkan, maka ianya telah membuka mata kita semua betapa kesucian agama Islam sedang berhadapan dengan ancaman yang semakin serius.
Syed Ali mengumumkan demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Cheras, di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel, dekat sini pagi tadi.
Sehubungan itu, beliau berharap bahagian-bahagian UMNO yang sedang bermesyuarat di seluruh negara akan turut menubuhkan ‘Tabung Azan’ di peringkat bahagian masing-masing.
Dana yang terkumpul itu akan disatukan di bawah Tabung Azan induk kelolaan UMNO Bahagian Cheras yang kemudiannya akan diserahkan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pengguna Islam untuk mengendalikan perjalanan tabung berkenaan.
Katanya, kutipan daripada tabung tersebut akan disalurkan kepada masjid-masjid dan surau untuk melengkapkan pelbagai kemudahan, seperti membeli peralatan pembesar suara untuk laungan azan dan menganjurkan kursus-kursus muaazim kepada golongan remaja.
“Kita mahu melahirkan seramai mungkin muaazim muda yang mampu melaungkan azan dengan baik dan tertib dalam usaha kita memperjuangkan syiar Islam di negara ini,”tegasnya.
Syed Ali juga menjelaskan, kutipan tabung itu juga akan disalurkan kepada akhbar Utusan Malaysia yang sedang berdepan dengan saman RM30 juta daripada Teresa, jika akhbar tersebut memerlukan bantuan.
“UMNO Bahagian Cheras amat prihatin dengan peranan akhbar berkenaan dan setelah isu laungan azan didedahkan, maka ianya telah membuka mata kita semua betapa kesucian agama Islam sedang berhadapan dengan ancaman yang semakin serius.
Syed Ali mengumumkan demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Cheras, di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel, dekat sini pagi tadi.
Sehubungan itu, beliau berharap bahagian-bahagian UMNO yang sedang bermesyuarat di seluruh negara akan turut menubuhkan ‘Tabung Azan’ di peringkat bahagian masing-masing.
Dana yang terkumpul itu akan disatukan di bawah Tabung Azan induk kelolaan UMNO Bahagian Cheras yang kemudiannya akan diserahkan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pengguna Islam untuk mengendalikan perjalanan tabung berkenaan.
Katanya, kutipan daripada tabung tersebut akan disalurkan kepada masjid-masjid dan surau untuk melengkapkan pelbagai kemudahan, seperti membeli peralatan pembesar suara untuk laungan azan dan menganjurkan kursus-kursus muaazim kepada golongan remaja.
“Kita mahu melahirkan seramai mungkin muaazim muda yang mampu melaungkan azan dengan baik dan tertib dalam usaha kita memperjuangkan syiar Islam di negara ini,”tegasnya.
Syed Ali juga menjelaskan, kutipan tabung itu juga akan disalurkan kepada akhbar Utusan Malaysia yang sedang berdepan dengan saman RM30 juta daripada Teresa, jika akhbar tersebut memerlukan bantuan.

63 comments:
Alhamdulillah... Semoga Allah memberkati kita semua dalam perjuangan kita menghidupkan SYIAR ISLAM di Malaysia. Harap dapat war-warkan cara bagaiman kita dapat menderma untuk tabung ini.
Salam!!
Inilah yang dikatakan pemimpin Melayu sejati. Dalam banyak pemimpin UMNO LAIN dok sibuk berebut jawatan, Datuk Wira Syed Ali lancarkan TABUNG AZAN demi maruah dan kepentingan umat Islam.
Kita sokong penuh usaha yang dibuat oleh Datuk Wira, sedangkan pemimpin UMNO Wilayah membisu seribu bahasa, termasuk pengerusinya - memang tak ada idea langsung nak bantu sesama Islam.
Tapi Datuk Wira, bagaimana cara nak hulurkan bantuan tu? Bahagian UMNO lain tak buat apa pun.
Tahniah dan syabas. Inilah pemimpin UMNO tulin.
Tahniah dari saya. :)
tulisan johari dan saudara zul sudah semakin baik.tahniah
Alhamdullialah. Semoga Allah memberkati mereka yang memperjuangkan Islam. Tetapi, pandangan saya, Tolong jangan politikkan isu ini. Dalam kes ini,Teresa Kok menyaman Utusan kerana menyiarklan berita FITNAH.Timbul soal KEBENARAN.pIHAK YANG memfitnah WAJIB BERTANGGUNGJAWAB. Sekiranya Utusan tidak menyiarkan maklumat palsu atau FITNAH maka mereka tidak perlu gentar dan orang-orang politik seperti Syed perlu melihat dari perspektif perundangan dan bukan perkauman atau Islam lawan bukan Islam.Ini bukan soal Islam lawan bukan Islam. Dalam Islam kita di ajar untuk menegakkan kebenaran. Jadi soal pokok ialah kebenaran. Utusan bukannya nya melawan ketidakadilan. Mereka atau pemberita atau penulis yang menulis mengenai isu azan perlu menghadapi kebenaran. Jika 'mereka, Utusan membohong maka wajib mereka di denda atau apa menerima apa jua penghakiman yang bakal di terima.
Saya mencadangkan agar pihak Dato serta mana-mana pihak yang telah menyumbang wang ribu-ribu itu terus menderma kepada orang-orang Islam miskin di luar sana. Ia lebih berfaedah dan menurut jalan Allah. Tetapi biasa lah orang politik memang mahu cari publisiti murahan. Duitnya ada tidak pada akhir episod ini belum lah tentu lagi.
saya rasa pihak pengendali blog boleh la tukar banner gambar blog. per; ketua puteri bahagian.
bagi mantan, congrats for a job well done. bagi yang baru, good luck!
:D
ini mungkin ciri2 malaysian malaysia yang mereka laung2kan
rasanya baik kalo duit dikumpulkan awal-awal. 30juta tu bukannya sikit. Tapi kita mulalah simpan sekarang, bila sampai masa untuk bayar 30juta, adalah duit membayarnya.
sememangnya teresa difitnah. jadi apa lagi? bayarlah.....
I am really saddened with the inability of people to differentiate right from wrong
Have u all not seen that UMNO Bahagia Cheras is actually tying the issue of suing Utusan Melayu with challenging the rights of Malay??????
What relevance lies between these 2 issues?????
While Utusan Melayu is spreading lies all over without consequences, inciting racial tension, causing innocent persons to be put under ISA, is it wrong for the ones being wronged to seek justice in a rightful????
If it is not wrong, what then does this act has to do with challenging the rights of Muslims and Malays?????
Wake up people!!!!!! Stop being fooled by these politicians with their agendas and lies in their efforts to protect their own benefits.
jgn kito hubungkan isu Tabung Azan ini dgn tujuan mempertahankan maruah umat Islam, Melayu. Laporan yang berbau senistic dr Utusan itu buat kacau perpaduan aje..
The truth must prevail, let the courts decide about the case. Please put religious and racial lines apart for a better multi racila Malaysia. Dont politise the issue by cllloecting funds to save utusan which actually must be careful when printing something. The question is whether utusan is professional or not.
Hang langsung tak faham. Kalau hendak tuduh kena ada bukti. Kalau tidak namanya fitnah. Kalu fitnah dosanya besar.
Tuan Syed, memandangkan masjid itu sendiri mengatakan yang tidak ada sesiapa pun yang menyuruh supaya azan dperlahankan atau diberhentikan. Artikel Utusan Malaysia tidak betul dan telah menyebabkan seorang ditangkap dibawah ISA. Saya berpendapat yang isunya bukan pasal laungan azan seperti yang dicanangkan oleh tuan tetapi salah lapuran oleh Utusan Malaysia. Tidak kiralah apa agam seseorang itu tapi Islam mengajar kita menolong orang yang benar bukannya yang salah!
umno telah sesat baliklah le ke pangkal jalan LOL
Buat malu keturunan Alhabshee!
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Akan terjadi berbagai fitnah, di mana pada ketika itu orang yang menjauhi fitnah lebih baik daripada orang yang berdiri, orang yang berdiri lebih baik dari orang yang berjalan, manakala orang yang berjalan lebih baik dari orang yang melibatkan dirinya dengan fitnah tersebut, orang yang terlibat dengan fitnah tersebut akan mengalami kehancuran. Sesiapa yang menemui tempat berlindung maka hendaklah beliau berlindung dari fitnah tersebut.
kalau mencabar utusan sama seperti mencabar melayu, adakah mencabar harakah sama seperti mencabar islam?
sungguh tidak logik. makin saya dengar kata2 pemimpin UMNO, semakin saya sedar bahawa UMNO tidak lagi relevan kepada kami org melayu
The article related was written by a guy on his conversation with his friend on the azan matter. The reporter had said sorry if his article was taken differently by Teresa Kok.
But, now, not only Karpal is suing Utusan for RM10m, Teresa is asking for RM 30m.
You call for freedom of speech!!!Now, DAP is suing the press. Can you imagine, if UMNO took Rocket to court for every single issue that touches the Malay Right enshrined in our Constituition?
I am just an UMNO member, since 30 years ago. Never in the history of this land that the Non-Malays question the existence of Malay rights in this country.
There are rights for every citizen in their respective domain, but, if you cross over the domains of others, there will be repercussion. That is why we have charter to follow.
I am staying in Shah Alam, one of the EXCO member form PKR happens to be my school mate. What ever transpired in Utusan is dittoed by him. Of course there is no black and white to this effect.
You may trust Teresa Kok, as she was also the one who said that, a Chinese (China) lady was tortured by the police while in custody. Prompting our stupid PM to call on a minister to fly all the way to China to say sorry. And all of us now know that, the lady was Malay. Do we here Teresa Kok "fighting" for the Malay girl?
Wake-up PAS, PKR Malay wake-up too.
Dermalah ke tabung Azan.
Dermalah kepada tabung Azan, Kalau tak jadi disaman, mana akan pergi wang tabung ini? Pikiak baik2 woi....
A'kum,
Kawan nak tanya pada Anonymous 13/10/08 10:59pm, Mana bukti yg 'masjid itu sendiri mengatakan yang tidak ada sesiapa pun yang menyuruh supaya azan dperlahankan atau diberhentikan'. Kawan percaya semua pembaca blog ini nak tengok bukti. Kalau tak de bukti maknanya kenyataan itu fitnah samalah juga dengan kes ketuk ketampi yang menyatakan perempuan dlm tahanan polis itu adalah warga china.
Tabung Azan ni kawan lihat bukanlah satu perkara yg patut dipolitikan. Kawan melihat Tabong ini adalah lebih untuk menjaga kepentingan hak orang melayu yang beragama Islam. Cuma orang yang tidak mempunyai jiwa Islam & melayu sahaja tidak dapat menghargai usaha Datuk Bahagian Cheras ni.
Dari mula kawan lihat memang YB ni nak main soal agama dan perkauman.
Kalau kita lihat semasa wartawan china dan Yb seputehni kena tahan Polis, semua pehak NGO, parti pembangkang, parti komponen BN semuanya mendesak supaya mereka ini dibebaskan. Kawan tengok semuanya dah dilepaskan. Seorang saja lagi yang masih ditahan, Raja Petra. Sekarang ni mana pehak NGO, parti pembangkang, parti komponen BN tak nak ke bebaskan dia. Dari isu ini kita dapat lihat Isu perkauman masih tebal diantara kaum. Pelik tetapi benar, Kalau kita hendak membuat sesuatu untuk kepentingan bangsa melayu yang beragama Islam, maka kita akan dianggap perkauman. Tapi kalau bangsa lain memperkecil hak orang melayu, ia akan dianggap hak asasi rakyat berbilang kaum.
Lagi pun apa yang Datuk Bahagian Cheras buat kawan rasa bagus. Nak melahirkan muazim, membeli pembesar suara untuk surau dan masjid selain membayar saman YB Seputeh tu. Kawan rasa Datuk Bahagian cheras ni tak lekeh. Tengok dia buat program kat sekolah-sekolah pun kawan rasa dia ni memang orang banyak duit. Tak payah risau la untuk menyumbang kat Tabung azan ni.
Kawan juga nak mencadangkan supaya satu bank account khas dibuka untuk tabong ni. Kalau setakat nak bagi RM50 kena pergi ke Jalan Peel tu, bukannya mudah.
Mencari KEBENARAN, adakah ini tidak penting? Kepada sesiapa yang menyokong Senator Syed Ali, tolong jangan diperdayakan oleh orang politik, Teresa Kok saman Utusan bukan mengenai Islam, ini adalah politik yang paling busuk iaitu menguna fitnah. Kalau tak setuju, tak pe. Gunalah akal dan pikirlah sendiri apa yang betul dan apa yang salah.
MPtu telah difitnah oleh Utusan. Pihak masjid telah mengatakan bahawa tiada pihak yang menghalang azan dilaungkan. PA system masjid itu yang rosak. Disebabkan fitnahtulah MP itu diISAkan. Saya sokong 100% beliau menyaman Utusan. Bukan sahaja RM30 juta. Saman biar sampai bankrap Utusan. Tabung ni utk ape? Kocek?
Kepada Azan (October 14, 2008 9:58 AM), pandai kawan bertanya dimana bukti. Kenapa tak tanya Utusan dimana buktinya tentang tuduhan terhadap Teresa Kok ?
Kamu mengaitkan isu Raja Petra, Teresa dan wartawan akhbar Cina ditahan ISA sebagai isu perkauman, saya pikir kamu telah sesat perfahaman, isu ditahan ISA adalah isu keadilan dan isu menyalahguna kuasa. Kamu pandai tanya dimana bukti, kenapa tak tanya dimana bukti untuk tahan mereka? Jangan jangan kamu berat sebelah.
tak hairan langsung dengan kempen seperti ini. ia memang sinonim dengan minda cetek para pemimpin United Malays National Organization. Eh! Buat tabung plak pegi tukar nama United Malays National Organization kasik bersifat kemelayuan sikit.
tu la pasal bila banyak sangat kaki ampu dan yang bodoh dalam UMNO sekarang
Alahai Tuan Syed..niat dan tujuan tabung tu bagus tapi sebab dan alasan tabung tu ditubuhkan tak masuk akal laa..please la Tuan Syed..jangan la asyik nak memperbodohkan orang..heee
Syed Ali, tolong jangan tipu masyarakat lagi, perjuangan UMNO bukan untuk Islam, tapi untuk kekayaan pembesar-pembesarnya dan isteri-isteri, anak-anak serta kroni-kroni, itu perjuangan sebenar UMNO.
Datuk Syed Ali,
Why are you are fanning racial and religious sentiments? And who is stupid enough to believe that the defamation suit against Utusan Malaysia by DAP politicians is a challenge to Muslims? Utusan is just a tool for UMNO to propagate their agenda. I don't buy into this non-sense you are claiming and most commentators of this blog are not buying into this crap. This is more proof that UMNO is bankrupt of ideas and has to resort to playing the racial and religious card to win back support using whatever means possible which includes the Azan issue. I respect you as a person but not as a politician. You are just drowning in UMNO's agenda and you've proven this fact time and time again that you are out of touch with reality.
Masjid Kota Damansara officials have denied that their mosque had ceased sounding the azan from its loudspeakers due to pressure from non-Muslims.
They clarified that it was a damaged amplifier that resulted in the calls to prayers to be made without the aide of a PA system.
Secretary of the three-week-old mosque Ahmad Redzuan Samsudin said a police report was lodged on Wednesday against former Selangor menteri besar Dr Mohd Khir Toyo for claiming pressure from non-Muslims and a state exco-backed petition had forced them to stop making the azan through the loudspeaker.
“Last Saturday (Aug 30), lightning during a thunderstorm had struck and damaged the PA system. Thereafter, we borrowed equipment from the SMK Kota Damansara in Section 10, but problems with the wiring further delayed us from sounding the azans through the loudspeaker.
“There was no pressure from non-Muslims,” said Redzuan when contacted. [Malaysiakini]
Kepada anonymous 14/10/2008 11:03am, kan demo sendiri yang menyatakan Teresa Kok itu difitnah buktikanlah yang Utusan telah tidak berkata benar.
Tentang Raja Petra ni demo tengok sendiri apa jadi kat dia. Orang melayu kena guna aje dengan kaum lain. Lepas kepala otak di jumudkan dengan isu salah guna kuasalah, isu keadilanlah dan lain-lain. Tidak mustahil satu hari nanti kawan rasa, pemimpin Melayu akan membela hak bangsa asing walaupun tahu hak bangsa Melayu tergadai. Kawan bukanya berat sebelah, tapi kawan sayangkan Melayu dan Islam. Itu saja.
Macam manapun Tabung Azan ni baik, tapi mestilah ditadbir dgn betul.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Saya masih perlukan laungan azan untuk penanda masuk waktu sholat.
Di Malaysia ni ada dua jenis Melayu - satu Melayu Islam dan satu lagi Melayu bukan Islam (sebab tak ikut syariat).
Oleh sebab itu, orang yang menentang penubuhan TABUNG AZAN ini alah golongan Melayu bukan Islam, sebab tu mereka sanggup bersubahat dengan golongan kafir.
Ini buklan isu politik, tetapi maruah agama, orang Melayu (yang Islam).
Jadi, tak perlulah kita perbesarkan usaha murni UMNO Bahagian Cheras tubuhkan TABUNG AZAN. Kalau nak derma, dermalh secara IKHLAS, tapk payah nak melalak ke hulu ke hilir. Letih.
Siapakah yang lebih Islam? Yang memenangkan FITNAH (walaupun ke atas orang bukan islam) lebih islam? Fikirlah betul-betul.
saya baca dah artikel tu. Macam baca urtv, tak sebut nama orgnya. 'artis terkenal dari sini ada hubungan dgn penyayi popular yg pernah berkahwin dgn seorg pelakon glamer'. Hahaha. nama teresa tidak disebut pun. Jadi, blum tentu lagi dia boleh menang kes itu. Toksahlah nak panjangkan lagi kes ni. Ekonomi tgh meleset oi! Bila rakyat dan pwmimpin nak sedar nih?
Sokong ini isu fitnah. Dahlah difitnah, disumbat dalam ISA pulak. Sekarang cuba nak politik dan putar belikkan kan isu ni kononnya untuk mempertahankan azan.
Apa punya zalim orang Islam macam ni. Duit tu patutnya didermakan kepada rumah2 anak yatim atau orang2 tua.
Tahniah! tahniah1 tahniah! saya ucapkan kepada anda semua yg menyokong theresa kok. mudah2an anda terus memberikan sokongan anda dan mendoakan supaya samannya berjaya. dgn berkat doa anda termasuk yg beragama islam mudahan akan dpt memperkayakan lagi KOCEK wanita suci ini yg sememangnya sdh kaya dan yg tidak henti2 memperjuangkan bangsa melayu. teruskan menggunakan kebencian anda kepada UMNO sebagai alasan untuk terus menyokong idola anda theresa. biarlah isu agama islam dibincangkan secara terbuka, biarlah petisyen dihantar kepada masjid supaya bacaan ayat suci al-quran tidak dilaungkan, biarlah tulisan jawi dipertikaikan, yg PALING PENTING ialah UMNO ditumbangkan. itukan yg di mahu, tidak kira apa caranya. Wahai saudara2, ini bukan isu UMNO,PKR,DAP atau PAS, ini adalah soal agama islam dan ketuanan melayu yg sdh mula dipertikaikan. Sedarlah. walau apapun, sebagai umat islam tak kira yg menyokong kerajaan atau pembangkang, usaha yg baik seperti tabung ini tak seharusnya dikritik. kalau tak nak derma takpa, tapi jgnlah mempertikaikan keikhlasan seseorang utk melakukan sesuatu yg baik demi agama kita. Kita renung-renungkan lah. Wasalam.
tujuan tabung nie memang tak munasabah. apa gunanya bua tabung untuk menjaga utusan. kalo lah utusan buat salah, buat berita fitnah, patutlah dia dia dihukum, kan? sudahla dia salah, nak tahankan dia lagi... tak boleh la nie... macamlah bapa yang asyik tahankan anak yang menipu.
kalau utusan tak bersalah, dakwa baliklah kok. kalau laung berita salah kuat2, laungan maaf pun kena kuat2 lah... baru sepandan.
syarikat yang dulunya milik seorang member UMNO Datuk Nazri Aziz, pun pernah mendakwa malay mail kerana fitnah.... pahal takde tabung untuk Malay Mail?
tabung... ada udang disebalik batu...jangan-jangan duit dalam tabung azan tu jadi macam isu balkis.... bahas isteri khir toyo memang betul... mana dia orang pegi, duit tu kena ikut....
Wahai Azan October 14, 2008 2:58 PM, sistem keadilan apa yang kamu guna pulak? tertuduh kena bukti yang dia tak bersalah? Ini adil ke? Ini selaras dengan ajaran Islam ke?
Dalam hal ini kawan rasa utusan yang kena saman dengan Teresa Kok. Jadi kenala buktikan yang utusan itu bersalah.
Kalau demo baca utusan hari ni. Utusan bertindak terhadap Teresa kerana memfitnah. Sebenarnya siapa yang fitnah siapa. Fikirkan !! Jangan buat penderian berat sebelah.
Teresa Kok tu pun memang dah terbukti tukang bawak fitnah (kes ketuk ketampi) demo lupa ke? Ke saja buat lupa.
Nak tubuh tabung azan untuk latih muaazim memang suci dan baik, tapi yang rasa kurang sedap hati ialah kenapa kutipan tabung juga disalur kepada akhar Utusan. Macam mana kutipan akan dibahagikan, sama rata rata Utusan dan muaazim ke? Utusan dahlah banyak dana sendiri, kenapa nak saing dengan masjid masjid yang kurang kemampuan.
Banyak sungguh komen yang diberikan, tetapi malangnya, 70 peratus daripadanya hanya mengutuk dan mempertikaikannya. Ini mencerminkan orang yang komen itu TIDAK ADA jiwa Melayu tulin, sebaliknya Melayu yang hanya pada nama, ilmu agama langsung tak ada.
Ngapalah kita nak pertikaika n penubuhan Tabung Azan tu? Usaha itu murni dan satu kerja amal jariah yang digerakkan oleh UMNO Cheras. Sebagai orang Islam, berdosa kalau kita buat tuduhan tanpa ada bukti,syak wasangka dan fitnah. Ngapa kita cepat sangat buat macam-macam tuduhan, sedangkan Tabung itu baru nak berjalan. Kita tenguk dahulu sejauhmana keikhlasannya, jangan cepat-cepat nak buat fitnah - berdosa.
Islam tidak menegah kita berbaik dengan golongan kafir,tetapi kalau jenis Teresa Kok yang suka sangat buat hal dan menimbulkan pelbagai isu yang menyentuh kepentingan kesucian agama Islam, apakah kita semua hanya berdiam diri dan membiarkan beliau dengan agenda DAP. (Hanya orang Islam yang jahil dan munafik saja yang sanggup bersubahat dengan golongan kafir, maka terimalah akibatnya di akhirat kelak).
Jadi, tolonglah hentikan tuduhan fitnah dan buruk sangka terhadap kepimpinan UMNO Bahagian Cheras yang mengambil daya usaha tubuhkan TABUNG AZAN. Kalau kita tidak mahu derma, lebih diam saja, dan kalau sudi hulurkan derma, lakukanlah secara diam-diam dan ikhlas hati.
Sebagai orang tua, saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Datuk Syed Ali yang berani bersuara dan mempertahankan kepentingan agama Islam yang mah suci. Ini bukan isu politik, tetapi adalah soal masa depan syiar Islam di Malaysia.
Sekian, Assalamualaikum dan marilah kita menegakkan panji-panji kalimah Allah SWT dibumi bertuah ini, semoga kita dan anak cucu kita dihindari daripada bala dan bencana. Sesungguhnya bala daripada Allah SWT amat dasyat dan menakutkan. Wasallam.
HELLO!!! She was not involved in any azan issues... as proven by the support of the affected mosque. So many of you guys talk as if she was. The issue here is Utusan published lies about her which caused her so much hardship. So u r saying that it is noble to support and defend liars? Please use your brains when u talk. Sometimes I wonder whether u all r that stupid or r just trying to play up the race and religion card for your own UNpopularity.
Pelik betul ada politician yang sanggup mengadaikan Islam kerana untuk memenuhi kemahuan sendiri....
Haji Daud, tolong bentangkan bukti bila Teresa kok dan DAP menentang Islam.....Jangan fitnah begitu sahaja. Kita orang Islam mesti tunjuk contoh yang baik.....
<<< Ketuanya, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee ketika mengumumkan penubuhan tabung berkenaan menegaskan, UMNO Bahagian Cheras berasa terpanggil dan amat prihatin dengan akhbar Utusan Malaysia yang sedang berjuang untuk menegakkan syiar Islam dan kepentingan orang Melayu. >>>
Dah belum puas menbuat fitnah pada orang, kini Mingguan Malaysia menghasut supaya Teresa dibunuh, melalui cerpen yang ditulis Chamil Wariya.
Adakah ini digelar 'pejuangan Islam'?
Sedarlah, wahai umat-umat Islam, pastikan segala derma anda adalah 'Halal'.
Janganlah mencemari nama Islam demi kepentingan setengah pihak yang cuba mengkaburi mata kita yang inginkan keamanan.
Regarding the comment made by Haji Daud, I feel sickened with the rationale behind his thinking.
Again and again he accused teresa as anti-Islam, trying to protrait her as an enemy of Islam. I just wish to ask is there any proof of these serious accussations.
Regarding the azan issue, she has been proven to be innocent as evidenced by the testimony made by the mosque and her release from ISA. If these evidences aren't enought, i dont know what is.
Then the tulisan jawi issue, again Utusan Melayu twisted the fact, misleading the crowd. Then who should be responsible for such misunderstanding between races and religion???
How could then u have become so self-righteous then u have the right to judge teresa and others to hell????
Teresa has been a parliament representative with such credibility and dedication towards her duty. She has been fighting for equality and justice which are severely lacking in our country now.
Especially in this time of many irresponsible politicians are trying to politicize any issues to prolong their political life.
The UMNO chief is tying both issues of suing Utusan Melayu and Islam. If u sue Utusan Melayu = challenge the sanctity of Islam and rights of Malays. Would u think such thinking is a logical one? If u really think so, then I can only feel sorry for u.
Therefore, i plead Haji Daud, when u r accusing the crowd of fitnah, aren't u doing the same thing to teresa? Then who is going to hell then?? We should repent together then. May God have mercy on us
Please dun be racist or show ur ketuanan melayu in multi racial country...
ISA take action lar... wat u wait for...
assalamualaikum kepada semua..panas nampaknya di ruangan ini..tak kira penyokong pihak mana2pun...kenapa tidak kembali kepada ajaran Islam yang sebenar..berpandukan A-Quran dan Hadith..bukankah itu saranan dan wasiat Rasulullah SAW sebelum Baginda wafat...jangan kita saling berkelahi..janganlah kita saling fitnah memfitnah..bukankah kita bersaudara??kedua-dua pihak belum pasti benar...biarlah pihak yang arif menentukannya...bukan kita yang menghukum...semuanya terletak pada 'niat' kita..berkenaan dengan penubuhan tabung tersebut...objektifnya adalah baik..bagi membantu saudara yang berada dalam kesusahan..di satu sudut...implemantasinya agak lemah..mungkin sedikit keraguan sekiranya kes ini tidak memihak kepada Teresa Kok...ke manakah agaknya wang yang dikumpul akan diperbelanjakan atau disalurkan..mungkin pihak yang mencadangkan penubuhan tabung tersebut punyai alternatif lain..atau 'plan B'..Waallahualam..bagi saya ianya satu usaha yang baik..namun tuduhan terhadap Teresa juga ada keraguan...maka keputusan membawanya ke Mahkamah adalah jalan terbaik..namun begitu tidakkah pihak pembangkang juga tidak terlepas dari menimbulkan keraguan kepada rakyat...berkenaan tuduhan yng dilemparkan kepada TPM kita..jika benar...kenapa tidak dilaporkan kepada pihak yang berkuasa disertakan sekali dengan bukti-bukti yang ada..?? seperti yang dibahaskan oleh Lim Kit Siang, penasihat DAP dalam parlimen yang mana beliau menuduh TPM berdasarkan maklumat-maklumat yang diperolehi daripada blog-blog. akhbar-akhbar dan media lain..walaupun beliau memboikot Utusan Melayu, bila ada tulisan membabitkan isu melibatkan pemimpin-pemimpin kerajaan..begitu lantang dia menyokong ditambah pula dengan menjadikan ia sebagai sumber maklumat yang ada...(bukankah itu dikatakan hipokrit?)..marilah kita sama-sama mendoakan yang terbaik buat pemimpin kita...tak kira dari parti mana kerana jika dimakbulkan..tidakkah kita akan hidup dalam susana yang harmoni..??renungkanlah....salam
Kalau Teresa benar-benar bersalah, kenapa polis membebaskan beliau, kenapa sampai sekarang dia belum didakwa, kenapa si khir toyo mengeluarkan "posting" itu dari blognya dan kenapa setiausaha surau tersebut menafikannya? Tak tahulah, orang-orang umno ini betul-betul bodoh ataupun berlagak bodoh? Tapi, saya nak menyokong cadangan si ali supaya orang-orang umno menderma kepada tabung azan. Dermalah banyak-banyak. 1% daripada wang "komisyen" untuk setiap kontrak pun pasti lebih dari mencukupi. Bolehlah pencuri-pencuri ini memulangkan wang rakyat yang dicuri itu apabila teresa menang kes ini.
pemimpin politik kat bumi tercinta ni sama saja, baik yg kerajaan mahu pun pembangkang. boring aku. dari pilihanraya itu hari, tak habis2 lagi. Ditambah lagi dgn org malaysia ni yg memang suka benar dengar gosip politik. Bila nak mula kerja betul2 ni? Mana aspirasi masing2 janjikan masa pilihanraya nak bangunkan negara? Dari ahli2 yang paling banyak buat bunyi dalam parlimen tu, takde sorang pun yg aku nampak berkaliber, atau niat betul2 ikhlas. Masing2 ada agenda sendiri. Baik lagi la aku sokong pak lah. Walaupun die kurang ciri2 pemimpin, at least niat dia baik. Tapi sebab tu kot org umno tikam dia dari belakang. huhu.
As I read this article, millions of my brain cells are dying. What a stupid article.
UMNO enough of your nonsense la. I cant stand reading such stupid write up and your logic behind this. Tak relevan langsung.
I recommend to pull back this article and your fund because its totally a shame and embarassement to other people.
-Jaguh Kampung-
apa yang diharapkan semoga Allah S.W.T mengampunkan dosa mereka2 yang mengutuk dan mencerca usaha kearah membela Islam di bumi ini.Perhatikan betul2. Buka otak dan hati yg dikurniakan ALLAH kepada kamu. Apakah isi perjuangan TABUNG AZAN ini. Baca dengan teliti. Jangan hanya diselubungi ketaksuban kepada satu2 individu kamu menidakkan usaha suci ini. Melahirkan muazin muda dengan memperbanyakkan/mengadakan pertandingan azan utk melatihkan anak2 muda ISLAM ini boleh melaungkan azan. Yakni bleh menjadi generasi pelapis kelak. Anakmuda ISLAM cabar mereka yang mencerca dan mengutk usaha ini agar mengucap kalimah syahadah supaya terbuka kebenaran dihati dan terhindarlah kebahilan dijiwa. ALLAHUAKBAR. HAIYA ALASSOLAH, HAIYA ALLALFALAH.....
haji daud : jadi, melayu tulin tak boleh tak setuju dengan cadangan Datuk Wira, dan kena setuju 100% dengan Datuk Wira baru dikira ada ilmu agama dan melayu tulin?
melayu tulin tak boleh berfikir secara bebas?
Jadi Raja Melewar yang pergi tak syok dan berperang dengan Raja Khatib kat Seri Menanti tak tulin?
Umno cawangan cheras memng telah songsang dari segi pengetahuan. yang saya tahu, pada zaman Nabi Mohamed dahulu, tiada terdapat bekalan letrik, tiada loud speaker dan tiada amplifier.
Anonymous said...
I am really saddened with the inability of people to differentiate right from wrong.
Have u all not seen that DAP is actually trying the issue of suing Utusan Melayu with challenging the rights of Malay??????
relevance does lie between these 2 issues
While Roket, Harakah and WAsilah is spreading lies all over without consequences, inciting racial tension, is it wrong for the ones being wronged to seek justice in a rightful????
it is not wrong, because this act has to do with challenging the rights of Muslims and Malays...without azan, there will be no Solat, no Islam
Wake up people!!!!!! Stop being fooled by these politicians with their agendas and lies in their efforts to protect their own benefits.
sputjam : ape masalah dengan persekitaran tuan nie? zaman ape dah skrang nie? cube tgk calendar dah tgk tahun. hayati maksud azan yang selalu tuan dengar hari2 tu? haiya alassolah : marilah sembahyang haiya alalfalah : marilah menuju kejayaan. Kejayaan yg dimksudkan ni adalah mengikut peredaran waktu, zaman dan ketika....tuan telah membuktikan bahawa memang benar perumpamaan melayu yang menybut "ibarat katak bawah tempurung ". katak ke nie ek? hehehehe
Salam!!....dah ade katak pandai antar comment la....no name plak tu....sape ek? aq suka la belai2 kepala katak nie...licin...heheheheh jgn marah beb...gurauan membawa kebahagian..kemarahan membawa pengaruh syaitonnn
weh, kalau nak derma sangat, derma je la kat tabung masjid masing2...
takyah nak kecoh nak buat tabung azan la, tabung bumbung masjid la.
dahla sebahagiannya nak dibagikan kepada utusan malaysia. tak relevan langsung. politik sangat.
dah2, nanti gi semayang jumaat, pakat2 derma bila tabung lalu depan korang. jangan pandai melalak aje tapi buatnya tidak.
pada anakmuda islam,
bila aku baca artikel tu dengan teliti, tidak dapat tidak aku akan dapat mengesan betapa azan sekarang ni pn telah berjaya dipolitikkan.
kalau setakat pertndingan azan, sekolah agama tempat aku mengajar dulu pun ada buat laaa....tak payah nak tubuhkan tabung apa2 pun memang usaha tu dah ada. bukan setakat pertandingan azan je, musabaqah quran, nasyid, khat...pendek kata, macam2 ada. syarahan pun ada.
kita beralih pada tujuan kedua: lepas tu nak selia masjid2 punya PA system....adoyai, sebelum tabung ni ada pun PA system masjid kg aku berfungsi dengan baik...hasil dari sumbangan jemaah melalui TABUNG MASJID masing2.
jadi, buat apa tabung azan ni???
tinggal untuk satu tujuan saja. meh aku copy and paste kan untukmu:
Syed Ali juga menjelaskan, kutipan tabung itu juga akan disalurkan kepada akhbar Utusan Malaysia yang sedang berdepan dengan saman RM30 juta daripada Teresa, jika akhbar tersebut memerlukan bantuan.
haha...nampak apa tujuan sebenar tabung ni??
membantu utusan meloya membayar saman atas fitnah mereka!!!!
huh, taknak aku terlibat dalam urusan fitnah2 ni.
Guys, no point arguing among us. We're all brothers, Malaysian. I'm not trying to defence anybody. But just trying to be a rational Malaysian.
Look at history. Both side either the government or opposition, have their weaknesses. Both are racial. This is the fact. Only a moron would think otherwise.
Enough of politician playing games with our emotion. I won't be surprise if tomorrow Lim Kit Siang join BN, or Anwar join UMNO or BN collapse, or even Tun Dr Mahathir join PAS. Everything is possible in politics. Havem't you all ever learn..
Whatever it is we will never put this politic away from our daily life, simply because Malaysia itself was created based on political parties. Look at other countries that own their independence through warriors, nationalist.. politics to them are just a side winger. But in Malaysia politic is like bread & butter.. sad..
Think about it..
teringat citer P. Ramlee, pendekar bujang lapok bila mereka sampai ke kg pendekar mustar terjumpa sekolah dan sudin cuba mengeja papan tanda sekolah tuu....alif, mim, nun, wau..bunyinya SARKAS (sarkis)
sedih n kesian tgok politik skrg...kot2 lah sponsor utusan lwn teresa ker okay gak, ini nak pau lagi duit rakyat...hampeh...
dah berapa dah kutipan tabung ni? tolong la hebahkan dengan ikhlas yer.
ramai nak tahu. every single sen donated must be declare.
tabung azan ni seeloknyer disalurkan ke masjid la. utusan malaysia dah bercampur banyak halal dan haram nyer. banyak maksiat dalam utusan malaysia ni. artis seksi2, fitnah, hiburan dan sebagainya. jadi, tak elok la tabung yg berniat baik disalurkan kepada utusan ni.
Jangan pasal parti politik bodoh/murahan PAS/PKR semua nya tergadai.
Akan tiba suatu hari nanti azan tidak akan dibenarkan lagi berkumandang di Malaysia. Jika parti extremist(DAP) memegang tampuk pemerintahan negara.
Bila itu sudah terjadi, menangis air mata tiada berguna. Jadilah hamba di negeri sendiri, dan itulah yang terjadi sekarang sedikit demi sedikit.
Post a Comment